Lu tengok je video-video ni dulu. Lepas tu siapa yang berani komen la. Kredit untuk tok guru maya wa en syurgadidunia.
Bahagian 1
Bahagian 2
Mana-mana yang selesa hidup kat dunia ni komen la.
Lu tengok je video-video ni dulu. Lepas tu siapa yang berani komen la. Kredit untuk tok guru maya wa en syurgadidunia.
Bahagian 1
Bahagian 2
Mana-mana yang selesa hidup kat dunia ni komen la.
Entri panas badan sebelum wa menulis tentang wang. Semalam lepas makan malam, wa seperti biasa akan menonton televisyen demi mengetahui perkembangan semasa. Jika tiada isu-isu menarik wa lebih suka menonton filem tidak kiralah filem baru atau lama.
Malam tadi televisyen swasta yang paling kuat mengampu kerajaan Malaysia menyiarkan slot 999. Wa lebih tertarik menonton vj rancangan itu dari berita yang disampaikan. Semalam kes yang dipaparkan agak kelakar, mereka berjaya menangkap seorang pakcik yang agak berumur sewaktu membuat tangkapan di Sarawak berkenaan kasino dalam hutan. Keadaan waktu serbuan tu agak serabut yang mana, sang kameramen pun sibuk mengejar para penjudi.
Selepas tangkapan diaorang pun temuramah tukang tangkap dan seorang peniaga jajan di dalam hutan tersebut. Pendapat wa orang Malaysia ni memang suka buat sesuatu yang susah. Owh lupa pula antara aktiviti perjudian yang berlangsung di kasino haram tu ialah sabung ayam, pakau dan main dadu. Dalam hutan tersebut terdapat juga peniaga jajan dan ada beberapa orang Ahlong berkeliaran demi meminjamkan wang kepada tahi-tahi judi ini. Tidak lupa terdapat tokong bagi memohon pertolongan kepada tuhan untuk menang dan kaya.
Berbalik kepada susah yang ingin wa ceritakan, pepatah "Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah" langsung tak boleh pakai dalam situasi ni. Bagi tertuduh, tak kiralah dari golongan tokay sabung ayam ke, jual jajan ke, kaki judi dan Ahlong ke, wa respek luorang sebab sanggup bersusah payah mengharung hutan belantara bagi memuaskan nafsu judi masing-masing. Dan bagi pihak penguasa, wa memang respek lu sebab lu berjaya jumpa ramai kaki judi yang bersembunyi di semak samun dan berjaya membongkar tempat perjudian ini. Pendapat wa, semua ini sukar dilakukan. Apatah lagi perlu bermain kejar-kejar dan sorok aci ataupun istilah paling mudah pois sentri di dalam hutan. Mana tak nya, silap-silap kena sorok ngan hantu kopek.
Tapi wa agak konfius, kenapa perlu bersusah payah sampai ke hutan. Cuba lu usyar sekeliling kota yang lu diami, ada berapa banyak kedai no ekor. Kedai teka kuda mana menang pun ada gak. Tapi kenapa diorang tak kena tangkap? Itu pun penganiyaan terhadap binatang jugak. Penganiayaan terhadap mesin seperti kereta dan motor apa cerita pulak? Penganiyaan terhadap manusia yang bergelar atlit bagaimana pula? Yang kat hutan lu sibuk carik. Yang kat luar hutan ni lu xnak tangkap sebab apa? Jawapannya Syarikat Perjudian Berlesen. Kes ini sama sahaja dengan bank Islam, takaful dan sekutunya. Riba yang dihalalkan, maka semua hidup senag dengan merompak, berjudi dan membunuh.
peeslashass kalau entri kewangan tak siap petang ni tunggu minggu depan eh
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu
Entri kali ni wa mengharapkan feedback luorang tentang lagu ini. Wa suka lirik lagu ini. Ni antara lagu terbaik M. Nasir yang wa suka. Wa juga suka masa M. Nasir masa kena banned dulu kerana menyoal SIAPA MAHATHIR?
peeslashass sedang stadi pasal kewangan rirex eh..
1. memperkenalkan gagasan dengan menyebarkan melalui da'wah asas seperti ceramah-ceramah dan kegiatan kebajikan masyarakat..
2.membentuk keperibadian anggota ikhwan sebagai persediaan untuk jihad..
3.melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki..
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan..
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin..
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku..
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan..
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa
menetapkan sesuatu selain daripada Engkau..
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu..
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi..
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau..
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan..
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau..
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya..
Riwayat Qatada:Saya bertanya kepada Anas, "Adakah satu kebiasaan para sahabat Nabi berjabat tangan antara satu sama lain?" Beliau berkata, "Ya."