Zaman kapitalis merupakan zaman dimana yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin dan yang golongan pertengahan semakin terhimpit. Wa dilahirkan dalam golongan pertengahan sama seperti lu yang sedang membaca blog wa ni. Sebab wa pasti yang kaya-kaya tidak membaca blog tetapi masanya lebih terluang dengan bisnes-bisnes bagi mengayakan diri sendiri. Golongan-golongan pertengahan macam wa memang selalu meluahkan ketidakpuashatian melalui laman-laman sosial dan tidak lupa juga melalui puisi dan muzik. Namun jika golongan-golongan yang pertengahan ini semakin terkenal dan menjadi salah seorang golongan kelas atasan, maka mereka juga semakin kurang meluahkan perasaan malah lebih suka mencari keuntungan.
Memang itu lumrah sebagai manusia. Bila harta dan pangkat disogokkan ke dalam diri seseorang tu selalunya manusia terlupa tentang Allahuakbar. Ayat yang lu sebut-sebut selalu dalam solat lu "Allah Maha Besar". Selesai solat pendapat lu duit lagi besar, pangkat lebih besar. Baru-baru ini harga minyak dengan gula naik. Oleh kerana waktu kenaikannya pada hujung tahun, ketika anak sedang bercuti. Hati tengah senang dengan wang ihsan RM 500. Naiknya pun cuma 5 sen. Wa yang dari golongan pertengahan ini dah sepatutnya tergolong dalam golongan miskin. Dengan hutang PTPTN yang sedikit pun wa tak bayar. Dengan hutang ayah bonda. Wa rasa wa patut masuk Bersamamu. Apalah nilai seribu ringgit ketika ini. Jika dahulu seorang bapa mampu menanggung 4 orang anak dan isteri yang tidak bekerja. Kini RM 1000 tidak mampu menyara hidup seorang mat despatch pun.
Jadi benarlah yang di tengah semakin tertekan dan makin lama akan jatuh miskin. Sedangkan mengikuti bancian dari jabatan kerajaan tanah melayu, bilangan mereka yang miskin semakin sedikit setiap tahun. Sejauh mana kebenaran statistik ini. Adakah pendapatan kurang dari RM 500 dianggap miskin. Mari kita gali lagi persoalan yang membelenggu hidup kita yang semakin miskin ini. Minyak yang dijual oleh syarikat terkemuka di tanah air lu ngan wa ni milik siapa. Tengah laut tu milik diorang ke? Adakah diorang membayar wang untuk melakukan cari gali di laut tersebut. Jika diorang bayar, diorang bayar pada siapa? Dan yang terbaru kecoh satu dunia apabila seorang wanita dari sepanyol mendakwa matahari milik beliau. Tindakan wanita ini tiada bezanya dengan kapitalis-kapitalis profesional yang luorang takut-takutkan. Apakah kuasa yang ada di tangan mereka. Mampu memenjarakan kita? Mampu membunuh kita? Ambillah kata pepatah Farid Kamil dalam filem Rempit V3 "Mati Sekali Sahaja, Nak Takut Apa?". Dan kata Syarifah Amani dalam filem Mualaf "Mati Itu Pasti, Oleh Itu Pelajarilah". Secara jujurnya skrip tersebut wa ubah ikut suka wa. Tetapi isinya tetap ada di situ.
Kita lebih sangat memikirkan tentang hidup dari mati, sedangkan banyak cerita pasal mati di sentuh dalam hadith. Kalau tak pernah baca, klik ini, ini, tau ini. Cukup cerita pasal mati, kita bincang semula tentang kenaikan barang di tanah air yang tercinta ini. Mengapa hal ini kerap terjadi? Jawapannya ialah sistem kewangan. Pernah lu terfikir mana letaknya nilai RM 50 pada kertas tersebut. Bagaimana jika wang tersebut hancur, adakah wang tersebut boleh digunakan. Sungguh berbeza dengan mata wang yang digunakan pada zaman kegemilangan Islam suatu ketika dahulu. Jika emas dileburkan, ia masih mempunyai nilai. So lu dapat bezakan tak bagaimana sempurnanya pemerintahan Islam. Dan sistem barter yang lu belajar dengan cikgu-cikgu sejarah dahulu, sebenarnya bukanlah sistem tukar suka sama suka. Dalam hadith banyak membicarakan tentang sistem pertukaran wang. Yang sebenarnya, bahan perantaraan pertukaran barang itu bergantung kepada makanan ruji sesuatu puak. Misalnya di tanah melayu, nasi merupakan makanan ruji. Oleh hal yang demikian, beras menjadi perantaraan bagi barang yang ingin ditukar. Dan jika kita kaji semula, semua makanan ruji sesuatu kaum sukar untuk basi. Di tanah arab misalnya, kurma dijadikan sebagai matawang. Dan di sesetengah negara dimana bijiran menjadi makanan ruji juga sukar untuk basi.
Sebelum wa tersasar lebih jauh. Wa berhentikan dahulu penulisan wa dan kita akan cuba bincangkan tentang sistem kewangan yang semakin runtuh ini dan akibatnya.
peeslashass terasa janggal pulak bila wa mengubah stail penulisan wa ni.
9 Biddeford Land For Sale Near Me
3 tahun yang lalu
3 ulasan:
nak carik butang like, tapi tak jumpa. haha.
Betul tuh. Duit, makin lama makin menyebabkan manusia lupa diri. Dalam zaman sekarang, duit orang paling kejar. Nombor satu dalam hidup.
Alaa, sbg contoh, budak2 nak masuk sekolah asrama penuh sekarang ni, bukan macam dulu dah. Dulu, yang miskin pun boleh masuk sekolah asrama penuh, sekrang nak masuk, paling2 pun kena keluar rm1000. itu baru sekolah. yang kalau budak bandar, tak kisah, family kaya raya. kalau parents depa kerja nelayan je, tak naya? sadis oh dunia sekarang. Erk.
thanx gigi wangi..
yang dekat bandar ke kampung semuanya masih sama..
kos sara hidup di bandar adalah berbeza dengan kos sara hidup di kampung.
sebab wa rasa sekarang di kampung pun mampu meraih pendapatan sama banyak ngan di bandar..
part sekolah tu wa sokong..
kerajaan suruh kita belajar tinggi2..
tapi diorang bebankan dengan masalah kewangan..
berhutang untuk berpendidikan..
wa rasa nak anta bakal anak wa belajar pondok lagi baik..
Kapitalis membunuh bangsa sendiri.
Catat Ulasan