Oktober 25, 2010

Hassan Al Banna

lu kenal siapa hassan al-banna..
bagi yang x kenal..
arini wa nak kenalkan lu ngan mamat ni..
wa rasa, hassan al-banna ni boleh dikategorikan sebagai salah seorang idola wa..
mamat ni dilahirkan pada bulan oktober 1906 di mesir..
so ni kiranya macam tribute to hassan la.
kalo astro boleh buat satu bulan bulan p ramlee..
wa pun nak buat satu minggu cite pasal hassan al-banna..



mamat ni merupakan pengasas ikhwanul-muslimin yang mana telah diharamkan pada tahun 1948..
kerana dituduh merancangkan pemberontakan untuk menumbangkan kerajaan..
bapanya iaitu ahmad al-banna merupakan seorang ulama' dan banyak menghasilkan kitab-kitab yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat islam..
yang mana kitab2 ni memang payah nak carik sekarang ni berbanding majalah mastika dan mangga..
so tidak hairanlah anaknya yakni hassan al-banna terpengaruh dengan keilmuan dan ketokohan bapanya itu..
hassan al-banna ni kira hero kebangkitan islam selepas jatuhnya kerajaan uthmaniyah di turki..

pada march 1928, hassan telah menubuhkan organisasi Al Ikhwan Muslimun di bandar Isma'iliyyah..
dan kemudiannya dia berpindah ke kota Qahirah pada tahun 1933 dan menubuhkan cawangan di sana bersama adik bongsunya..
pertubuhan ini berkembang semasa perang dunia kedua sedang meletus..
mamat ni telah mengatur ikhwan muslimun dalam 3 peringkat..

1. memperkenalkan gagasan dengan menyebarkan melalui da'wah asas seperti ceramah-ceramah dan kegiatan kebajikan masyarakat..
2.membentuk keperibadian anggota ikhwan sebagai persediaan untuk jihad..
3.melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas


macam wa cakap tadi pada 1948 gerakan ni diharamkan oleh pemerintahan Al Naukrasyi dari parti al Sa'di..
sebab pengharaman tu, ibu pejabat organisasi tu dikepong dan semua anggota dalam pejabat tu kena tangkap..
kecuali hassan al-banna..
organisasi tu dicop sebagai musuh ketat kerajaan plak sebab fasiliti diorang cukup lengkap..
ada persediaan senjata, hospital, sekolah, kilang dan syarikat perniagaan yang kukuh..
dalam masa yang sama, hassan al-banna berusaha sedaya upaya menyelamatkan organisasinya..
namun menemui jalan buntu dalam usaha pendamaian dengan perdana menteri Al-Nukrasi Bassa..

pada 12 februari 1949, hassan al-banna telah mati di tempak sewaktu berjalan dari bangunan ikhwan muslimun untuk menaiki kereta sewa..
pembunuhan beliau dirancang oleh polis rahsia kerajaan demi menuntut bela kematian perdana menteri..
sedangkan perdana menteri tu dibunuh oleh mahasiswa yang tak puas hati gerakan ikhwan muslimun tu dibubarkan..



so lebih kurang camtulah cite pasal hassan al-banna ni..
lu boleh tanya pakcik gugel lagi pasal hassan al-bana..
kalo silap kat mana2 lu betulkan wa k..

peeslashass Al-fatihah untuk beliau

2 ulasan:

jaie berkata...

HAMAS dan PAS adalah cawangan kpd ikhwan.

[ a D D y ] berkata...

thanx 4 da info bro