September 24, 2010

Ri Vi Yu


sebelum pengkaji2 illuminati menyerang filem MAGIKA..
wa akan meriview filem ni dulu..
lu tau tak MAGIKA dah kuar wayang..
smalam first day..
wa memang menyokong filem2 melayu..
kecuali filem2 prof..
sori prof bagi wa cite lu memang sampah..
wa tunggu cd cetak rompak je nak tengok cite lu..
cite2 david teoh plak..
bergantung kepada situasi..
ade duit lebih wa tengok..
dan selepas filem cicak man..
wa masih lagi boleh menyokong filem2 kru..
filem wa wajib tonton ialah filem afdlin..
walaupun my-spy mengecewakan wa..

sebelum wa cite..
lu usha dulu teaser ni..



secara officially cerita ini masih tidak meruntuhkan akidah sebagai orang islam..
walaupun tiada scene solat dalam filem ni..
dan dari pengkajian wa star of davids pun x muncul dalam filem ini..
apatah pak pandir yang memakai songkok hitam..
bukan kopiah putih seperti pope..
walaupun banyak tulisan jawi dalam filem ini..
namun jawinya masih betul dan tidak terbalik..
justeru elemen menghina al-Quran tidak wujud dalam filem ini..
tetapi terdapat beberapa babak yang perlu pengawasan ibu bapa..
seperti pokok yang boleh bercakap..
walaupun pada dasarnya kita boleh bercakap kepada pokok..
bagi meningkatkan kesuburan..
lagu-lagu yang dimuatkan dalam filem ini juga tiada unsur2..
lagu di dalam church..

oleh itu bagi mereka yang merasai filem malayu mempunyai harapan..
tontonlah filem magika..

kisahnya dimulai dengan watak si fimie yang hangin satu badan..
wa pun x tau nape..
gaduh ngan kakak dia si DD..
oleh kerana hangin tu si fimie ni pun blah dari umah wan dia..
biasalah konon2..
merajuk..
ngelak dari akak dia masuk dalam hutan..
lepas tu si kakak kena tiow ngan bapak lak sebab tak tau jaga adik..
suh kakak carik adik..
kat sini kita boleh nampak isu yang di bangkitkan ialah isu kekeluargaan yang pincang..
oleh kerana kematian seseorang yang di sayangi..
so jadik camnilah bila x didik anak betul2..
x ajar nak menerima kenyataan..
yang ajal maut tu di tangan Allah..
dan percaya kepada qada' dan qadar tu rukun iman ke 6..
dalam si adik ni nyorok dari akak dia..
dia pun yterjatuh dalam perigi yang membawa dia ke alam magika..
si akak yang terdengar jeritan adik pun cuba selamatkan adik dia..

di alam magika dia bertemu dengan watak2 cerita dongeng..
yang sering luorang dengar dari mak ayah luorang..
sebelum tidur..
anak2 sekarang payah sket nak dengar dari mak ayah..
mak ayah kan sibuk carik harta..
so dia dengar kat skolah la..
antara watak2 dongeng yang wujud dalam cite ni ialah..
anggota polis hang tuah lima bersaudara..
mahsuri yang langsung tak tahu berbahasa melayu..
si awang yang sibuk sangat nak bunuh si dayang (lembing awang pulang ke dayang)..
pak pandir dan mak andeh yang kurang lawaknya..
nenek kebayan yang hot..
puteri gunung ledang yang dah tua..
orang minyak yang menjadi usahawan minyak berjaya..
wartawan bawang putih dan bawang merah..
penunggu yang bertukar kepada naga..
dan tidak lupa badang yang poyo..


isu2 semasa yang cuba diketengahkan juga menarik..
namun lawak2 lucahnya juga bakal menyebabkan hanya mereka yang betul2 faham je tergelak..
tapi lawak nabil memang betul2 ketara..
ade sket kat teaser tu..
plot kucar kacir semamangnya trademark cite malayu..
paling kucar kacir cite epilog syurga cinta..
dalam filem plotnya masih tidak licin..
mungkin kerana sume watak2 dongeng dikumpulkan di awal cerita..
lebih menarik jika watak2 dongeng di kembangkan pada setiap journey si kakak menyelamatkan adiknya..
pemilihan pelakon begitu berkesan..
setiap watak memang berjaya mereka mainkan dengan baik..
walaupun pada mulanya wa berfikiran negatif kepada lakonan mawi..
namun beliau berjaya melakonkan wataknya dengan baik..
sekarang ni wa sedang menanti untuk menonton filem awek wa sorang ni..



ulasan wa, wa bagi 4 bintang untuk filem ni..
bagi mereka yang x suka cite2 muzikal..
xyah tonton filem ni..
lu dengar je orang cite..

peeslashass lepas ni nak tgk legend of chen zhen ngan wallstreet..

1 ulasan:

jaie berkata...

mcm alice in wonderland. haha









wa mesti ushar coz ada part nenek kebayan yg hot.