Disember 24, 2010

Seronok Buat Yang Susah

Entri panas badan sebelum wa menulis tentang wang. Semalam lepas makan malam, wa seperti biasa akan menonton televisyen demi mengetahui perkembangan semasa. Jika tiada isu-isu menarik wa lebih suka menonton filem tidak kiralah filem baru atau lama.

Malam tadi televisyen swasta yang paling kuat mengampu kerajaan Malaysia menyiarkan slot 999. Wa lebih tertarik menonton vj rancangan itu dari berita yang disampaikan. Semalam kes yang dipaparkan agak kelakar, mereka berjaya menangkap seorang pakcik yang agak berumur sewaktu membuat tangkapan di Sarawak berkenaan kasino dalam hutan. Keadaan waktu serbuan tu agak serabut yang mana, sang kameramen pun sibuk mengejar para penjudi.

Selepas tangkapan diaorang pun temuramah tukang tangkap dan seorang peniaga jajan di dalam hutan tersebut. Pendapat wa orang Malaysia ni memang suka buat sesuatu yang susah. Owh lupa pula antara aktiviti perjudian yang berlangsung di kasino haram tu ialah sabung ayam, pakau dan main dadu. Dalam hutan tersebut terdapat juga peniaga jajan dan ada beberapa orang Ahlong berkeliaran demi meminjamkan wang kepada tahi-tahi judi ini. Tidak lupa terdapat tokong bagi memohon pertolongan kepada tuhan untuk menang dan kaya.

Berbalik kepada susah yang ingin wa ceritakan,  pepatah "Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah" langsung tak boleh pakai dalam situasi ni. Bagi tertuduh, tak kiralah dari golongan tokay sabung ayam ke, jual jajan ke, kaki judi dan Ahlong ke, wa respek luorang sebab sanggup bersusah payah mengharung hutan belantara bagi memuaskan nafsu judi masing-masing. Dan bagi pihak penguasa, wa memang respek lu sebab lu berjaya jumpa ramai kaki judi yang bersembunyi di semak samun dan berjaya membongkar tempat perjudian ini. Pendapat wa, semua ini sukar dilakukan. Apatah lagi perlu bermain kejar-kejar dan sorok aci ataupun istilah paling mudah pois sentri di dalam hutan. Mana tak nya, silap-silap kena sorok ngan hantu kopek.

Tapi wa agak konfius, kenapa perlu bersusah payah sampai ke hutan. Cuba lu usyar sekeliling kota yang lu diami, ada berapa banyak kedai no ekor. Kedai teka kuda mana menang pun ada gak. Tapi kenapa diorang tak kena tangkap? Itu pun penganiyaan terhadap binatang jugak. Penganiayaan terhadap mesin seperti kereta dan motor apa cerita pulak? Penganiyaan terhadap manusia yang bergelar atlit bagaimana pula? Yang kat hutan lu sibuk carik. Yang kat luar hutan ni lu xnak tangkap sebab apa? Jawapannya Syarikat Perjudian Berlesen. Kes ini sama sahaja dengan bank Islam, takaful dan sekutunya. Riba yang dihalalkan, maka semua hidup senag dengan merompak, berjudi dan membunuh.

peeslashass kalau entri kewangan tak siap petang ni tunggu minggu depan eh

Tiada ulasan: