Ogos 27, 2012

Motivasi

Ada orang bitau gua, lu tulis je apa dari hati lu. Biar pun tulisan lu macam celaka, tapi kadang-kadang tulisan lu tu jadik motivasi untuk orang.

Tapi orang mana yang termotivasi baca belog gua ni. Gua bukan pakar motivasi. Gua bukan orang yang boleh cerita lebat, dapat duit dengan cerita gua. Gua cuma tulis belog untuk menjajarkan (harap-harap ini bahasa melayu yang betul) pandangan gua sama dengan seluruh rakyat tanah melayu.

Dulu masa gua tingkatan dua, sekolah gua ada anjurkan kursus motivasi dengan Fadzilah Kamsah. Taim tu zaman dia tengah top. Takde lagi stail marketing pawer masuk dalam sokkaba, cerita kat tivi, ada testimoni-testimoni. Taim tu dia keluar je tivi semua orang tengok. Tapi gua langsung tak terkesan dengan motivasi dia tu. Yang gua tau semua orang kena bodoh dengan dia aritu. Ala main benda baca arahan sebelum buat sesuatu tu. Arahan pertama baca arahan sampai habis, tapi yang cikgu-cikgu pun kena bodoh haritu. Gua macam biasa tak layan.

Lepas tu bila tingkatan tiga, dia bawak pulak Dr Syukri. Yang ni dia bawak budak-budak nak periksa je. Kali ni gua terkesan sekejap dengan motivasi dia. Lagipun gua memang minat mamat ni sebab buku kecik dia tu. Nota kecik dia memang selalu gua beli. Senang jadik toyol masa periksa. Tapi motivasi dia lekat dalam otak gua ni cuma sehari je. Lusanya gua buat perangai balik. Tapi paling show haritu dia, hujung-hujung motivasi dia ni dia ada tanya macam mana nak ambil duit RM50 dekat kerusi atas pentas. Semua sembang kencang, sampai sorang mamat ni g pentas tu ambik duit tu terus jadik hak milik dia. Benda tu yang gua pakai sampai sekarang. Tak perlu nak sembang macam mana lu nak benda tu. Lu buat baru lu dapat.

Masuk tingkatan lima di sekolah lain, dia jemput Dr Syukri ni lagi. Gua yang sememangnya pegang "buat je jangan sembang kencang" mengharap di hujung program berlaku peristiwa sama. Ya, dia ada suruh buat benda yang sama. Cuma kali ini tiada ganjaran. Gua pergi setelkan suruhan dia tu. Sebab gua harap walaupun gua tak dapat kertas bernilai tu, gua dapat sedarkan kawan-kawan gua macam yang brade dapat RM50 tu.

Lu tak perlu termotivasi dengan tulisan orang. Yang penting lu buat baru lu rasa nikmat. Kalau setakat hari-hari lu baca belog-belog agama, lepas tu terkesan sekejap. Kongsi dengan kawan-kawan fesbuk. Tapi lu tak buat apa yang lu kongsi.









TAK GUNA!!


Ogos 06, 2012

Orang Asing


Menjadi orang asing adalah seronok pada awal perkenalan. Namun adakah orang asing itu menjadi menarik di akhir perkenalan?