Disember 24, 2010

Wang

Lu tengok je video-video ni dulu. Lepas tu siapa yang berani komen la. Kredit untuk tok guru maya wa en syurgadidunia.

Bahagian 1

Bahagian 2

Mana-mana yang selesa hidup kat dunia ni komen la.

Seronok Buat Yang Susah

Entri panas badan sebelum wa menulis tentang wang. Semalam lepas makan malam, wa seperti biasa akan menonton televisyen demi mengetahui perkembangan semasa. Jika tiada isu-isu menarik wa lebih suka menonton filem tidak kiralah filem baru atau lama.

Malam tadi televisyen swasta yang paling kuat mengampu kerajaan Malaysia menyiarkan slot 999. Wa lebih tertarik menonton vj rancangan itu dari berita yang disampaikan. Semalam kes yang dipaparkan agak kelakar, mereka berjaya menangkap seorang pakcik yang agak berumur sewaktu membuat tangkapan di Sarawak berkenaan kasino dalam hutan. Keadaan waktu serbuan tu agak serabut yang mana, sang kameramen pun sibuk mengejar para penjudi.

Selepas tangkapan diaorang pun temuramah tukang tangkap dan seorang peniaga jajan di dalam hutan tersebut. Pendapat wa orang Malaysia ni memang suka buat sesuatu yang susah. Owh lupa pula antara aktiviti perjudian yang berlangsung di kasino haram tu ialah sabung ayam, pakau dan main dadu. Dalam hutan tersebut terdapat juga peniaga jajan dan ada beberapa orang Ahlong berkeliaran demi meminjamkan wang kepada tahi-tahi judi ini. Tidak lupa terdapat tokong bagi memohon pertolongan kepada tuhan untuk menang dan kaya.

Berbalik kepada susah yang ingin wa ceritakan,  pepatah "Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah" langsung tak boleh pakai dalam situasi ni. Bagi tertuduh, tak kiralah dari golongan tokay sabung ayam ke, jual jajan ke, kaki judi dan Ahlong ke, wa respek luorang sebab sanggup bersusah payah mengharung hutan belantara bagi memuaskan nafsu judi masing-masing. Dan bagi pihak penguasa, wa memang respek lu sebab lu berjaya jumpa ramai kaki judi yang bersembunyi di semak samun dan berjaya membongkar tempat perjudian ini. Pendapat wa, semua ini sukar dilakukan. Apatah lagi perlu bermain kejar-kejar dan sorok aci ataupun istilah paling mudah pois sentri di dalam hutan. Mana tak nya, silap-silap kena sorok ngan hantu kopek.

Tapi wa agak konfius, kenapa perlu bersusah payah sampai ke hutan. Cuba lu usyar sekeliling kota yang lu diami, ada berapa banyak kedai no ekor. Kedai teka kuda mana menang pun ada gak. Tapi kenapa diorang tak kena tangkap? Itu pun penganiyaan terhadap binatang jugak. Penganiayaan terhadap mesin seperti kereta dan motor apa cerita pulak? Penganiyaan terhadap manusia yang bergelar atlit bagaimana pula? Yang kat hutan lu sibuk carik. Yang kat luar hutan ni lu xnak tangkap sebab apa? Jawapannya Syarikat Perjudian Berlesen. Kes ini sama sahaja dengan bank Islam, takaful dan sekutunya. Riba yang dihalalkan, maka semua hidup senag dengan merompak, berjudi dan membunuh.

peeslashass kalau entri kewangan tak siap petang ni tunggu minggu depan eh

Disember 23, 2010

Anak-Anak Kita

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita

Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang

kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar

Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Entri kali ni wa mengharapkan feedback luorang tentang lagu ini. Wa suka lirik lagu ini. Ni antara lagu terbaik M. Nasir yang wa suka. Wa juga suka masa M. Nasir masa kena banned dulu kerana menyoal SIAPA MAHATHIR?

peeslashass sedang stadi pasal kewangan rirex eh..

Disember 15, 2010

Melayu

selepas entri berbaur seksis..
wa bukak plak entri berbaur rasis..
entri untuk kewangan wa belum rancang lagi isinya..
eh tersalah format pula..

Siapa yang mengaku melayu sila duduk. Baru-baru ini sibuk diperkatakan tentang ketuanan melayu. Oleh hal yang demikian, mari kita kaji siapa melayu ni. Bila wa taip je melayu dekat google, dan tekan enter. Search paling tinggi ialah video awek melayu bogel. Wa nak mintak siapa yang jaga google ni tolong naikkan rating orang search melayu terus ke laman wikipedia eh. Malu wa ngaku melayu camni. Ingat orang melayu pandai bogel je ke. Bila wa taip cina ngan india, takdelah pulak cina bogel ke india bogel. Diorang ni tak reti berbogel ke?

Bila berbicara pasal ketuanan pula, dah memang tiada apa-apa yang lebih tinggi dari tuan. Dan tuan kepada diri lu ialah Allah. Dia pemilik alam ni, tubuh lu tu Allah bagi pinjam je. Bila-bila masa Dia nak Dia boleh ambil balik. So tak perlulah lu nak bangga dengan kekacakan yang lu ada, semua tu milik Allah. Oleh hal yang demikian, ketuanan melayu pula? Apa yang kecoh sangat berita-berita media masa. Cerita tu semua tak penting, wa cabar luorang buat pendedahan pasal sistem kewangan. Ke luorang tak tau yang sistem kewangan kapitalis ni makin musnah. Dan kerana wang, manusia sakit. Persoalan wa, kenapa orang gila tidak mendapat penyakit walaupun dia tak mandi berbulan-bulan? Pernah lu nampak diorang ni pening-pening kepala? Okay fine, memang gila tu satu penyakit, namun penyakit-penyakit yang lain diorang tak kena pun. Pendapat wa ialah penyakit sebenarnya wujud kerana stress. Dan bagaimana manusia boleh mengalami stress, kerana di kepala masing-masing sering memikirkan tentang bagaimana ingin mendapatkan wang. Sedangkan orang-orang gila mampu juga hidup walaupun mereka tidak mempunyai wang. Wa cerita camni bukannya wa meminta untuk menjadi kurang siuman, namun mereka yang tidak siuman ni kadang-kadang mampu mengajar kita tentang erti sebenar kehidupan.

Berbalik semula kepada melayu, kata wikipedia; Orang Melayu ialah sebuah kaum atau suku yang merupakan penduduk asal Asia Tenggara berketurunan Austronesia ataupun nama lainnya Nusantara. Manakala Ketuanan Melayu pula merupakan ideologi politik yang diamalkan di Malaysia bukannya Tanah Melayu. Ada juga berpendapat, ketuanan melayu ni ibarat tuan rumah yang menjemput tetamu ke rumah masing-masing, dan tetamu mempunyai haknya sendiri dan tuannya berhak ke atas apa yang ada di dalam rumahnya. Di sini bermaksud, orang cina dan india merupakan tetamu kepada Malaysia.

Permasalahan berlaku apabila ada yang menyatakan orang Melayu sebenarnya sama seperti orang cina dan india merupakan pendatang dan warga asal tanah melayu ialah orang asli yang menetap di bumi malaysia itu sendiri. Bagi pejuang-pejuang bangsa melayu pula, mereka telah nyatakan yang melayu ialah bangsa nusantara dan mereka telah lama tiba di tanah melayu dan memajukan tanah itu sebelum kehadiran bangsa-bangsa asing. Jika tak silap wa, dalam perlembagaan malaysia, ada menyatakan bahawasanya mereka yang berbangsa melayu menganuti agama Islam. Kerana itulah apabila berlakunya kes murtad, pelbagai kontroversi di Jabatan Pendaftaran yang mana apabila seorang melayu ingin mengubah status agama di dalam kad pengenalan beliau. Sedangkan jika bangsa lain ingin menukar ke agama Islam, perkara tersebut mudah dilaksanakan.

Oleh hal yang demikian, wa berpendapat bahawasanya perlembagaan tersebut menyatakan tentang ketuanan Islam bukannya ketuanan Melayu. Cuba lu fikirkan sejenak, dan bayangkan wajah pejuang melayu lu. Dah dapat, lu search nama dia kat google. Lepas tu lu tengok latar belakang dia. Cari biografi dia, lu tengok asal usul dia. Tengok berapa melayunya dia. Wa jamin payah lu nak jumpa yang mak bapak dia betul-betul melayu. Pasti ada perkahwinan campur. Yang ingin wa sampaikan di sini ialah betapa mudahnya untuk menjadi melayu. Lu cuma masuk Islam dan selepas beberapa keturunan, keturunan lu akan jadi melayu. Sebenarnya tak perlu pandang jauh, lu semak je keturunan lu. Berapa ramai yang bangga bila mengetahui dia berdarah kacukan belanda ke cina ke. Akhirnya dapat juga skim pinjaman buku teks.

peeslashass bila lagi lu nak pertuankan Islam?

Disember 10, 2010

Kahwin Muda

Siapa ada baca sokkaba pasal sorang minah 14 tahun kawen ngan mamat 23 tahun angguk kepala. Wa salah seorang darinya. Apa pendapat kalian mengenai isu ini. Maaf ye, wa janji nak cite pasal kewangan, tapi wa potong ngan kisah kawen lak. Secara jujur dan ikhlasnya, wa menyokong kerajaan Melaka.

Ada lah kisah seorang minah yang namanya Shahrizat beriya-iya cuba menghalang perkahwinan muda ni. Siap nak buat akta kawen umur 16 tahun. Katanya budak 14 tahun masih tidak matang.

Cuba luorang refresh balik, suatu ketika di mana heboh untuk mengajar matapelajaran seks di sekolah. Kalu tak silap wa minah ni ada gak kecoh-kecoh suh matapelajaran seks diajar si sekolah. So apakah alasan beliau meminta pendidikan seks di sekolah. Alasannya ialah kes pembuangan bayi yang semakin banyak. Ni direport oleh Utusan. Bagaimana anak ni boleh terhasil? Ianya terhasil selepas sepasangan lelaki dan perempuan bercinta dan pusing-pusing pokok (rujuk filem Aku Tak Bodoh). Sudah tentunya dengan melakukan seks. Maka kiranya jika belajar mengenai seks, mereka tidak akan melakukan seks.



Cerita pasal matang ni bukannya berkisarkan tentang umur. Cuba tanya adik-adik yang berumur 12 tahun ke atas, tahukah mereka apa itu zakar, faraj ataupun payudara. Wa dengan konfidennya memberitahu hanya peratusan kecil yang tidak tahu. Namun selebihnya tahu walaupun mereka tidak mahu menjawab. Masalah remaja Melayu ialah mereka malu bila berbicara secara terus. Namun tidak malu dengan kamera handphone. Kira sahaja ada berapa banyak 3GP remaja yang masih bersekolah di handphone masing-masing.

Adakah itu dikatakan tidak matang. Apakah tujuan utama berkahwin? Pun wa kena cite ke. Tujuan utama perkahwinan ialah untuk mendapatkan zuriat. So ketepikanlah bagaimana dengan pelajaran semua tu. Pentingkah pelajaran untuk seorang wanita yang sudah berkahwin. Ya, penting untuk mendidik anaknya supaya akur perintah Allah dan mengajar anak dari ditipu oleh manusia-manusia yang buas di dunia kini. Adakah pelajaran sehingga tingkatan 2 itu tidak cukup sedangkan pada darjah 6 telah di uji dengan Penilaian Asas Fardhu Ain.

Permasalahan utama wa ialah apa yang dimaksudkan dengan M A T A N G yang sefahaman dengan Shahrizat itu. Oleh hal yang demikian, ada sesiapa yang ingin suarakan pendapat. Sila tinggalkan di ruangan komen ya.

Naik

Zaman kapitalis merupakan zaman dimana yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin dan yang golongan pertengahan semakin terhimpit. Wa dilahirkan dalam golongan pertengahan sama seperti lu yang sedang membaca blog wa ni. Sebab wa pasti yang kaya-kaya tidak membaca blog tetapi masanya lebih terluang dengan bisnes-bisnes bagi mengayakan diri sendiri. Golongan-golongan pertengahan macam wa memang selalu meluahkan ketidakpuashatian melalui laman-laman sosial dan tidak lupa juga melalui puisi dan muzik. Namun jika golongan-golongan yang pertengahan ini semakin terkenal dan menjadi salah seorang golongan kelas atasan, maka mereka juga semakin kurang meluahkan perasaan malah lebih suka mencari keuntungan.



Memang itu lumrah sebagai manusia. Bila harta dan pangkat disogokkan ke dalam diri seseorang tu selalunya manusia terlupa tentang Allahuakbar. Ayat yang lu sebut-sebut selalu dalam solat lu "Allah Maha Besar". Selesai solat pendapat lu duit lagi besar, pangkat lebih besar. Baru-baru ini harga minyak dengan gula naik. Oleh kerana waktu kenaikannya pada hujung tahun, ketika anak sedang bercuti. Hati tengah senang dengan wang ihsan RM 500. Naiknya pun cuma 5 sen. Wa yang dari golongan pertengahan ini dah sepatutnya tergolong dalam golongan miskin. Dengan hutang PTPTN yang sedikit pun wa tak bayar. Dengan hutang ayah bonda. Wa rasa wa patut masuk Bersamamu. Apalah nilai seribu ringgit ketika ini. Jika dahulu seorang bapa mampu menanggung 4 orang anak dan isteri yang tidak bekerja. Kini RM 1000 tidak mampu menyara hidup seorang mat despatch pun.

Jadi benarlah yang di tengah semakin tertekan dan makin lama akan jatuh miskin. Sedangkan mengikuti bancian dari jabatan kerajaan tanah melayu, bilangan mereka yang miskin semakin sedikit setiap tahun. Sejauh mana kebenaran statistik ini. Adakah pendapatan kurang dari RM 500 dianggap miskin. Mari kita gali lagi persoalan yang membelenggu hidup kita yang semakin miskin ini. Minyak yang dijual oleh syarikat terkemuka di tanah air lu ngan wa ni milik siapa. Tengah laut tu milik diorang ke? Adakah diorang membayar wang untuk melakukan cari gali di laut tersebut. Jika diorang bayar, diorang bayar pada siapa? Dan yang terbaru kecoh satu dunia apabila seorang wanita dari sepanyol mendakwa matahari milik beliau. Tindakan wanita ini tiada bezanya dengan kapitalis-kapitalis profesional yang luorang takut-takutkan. Apakah kuasa yang ada di tangan mereka. Mampu memenjarakan kita? Mampu membunuh kita? Ambillah kata pepatah Farid Kamil dalam filem Rempit V3 "Mati Sekali Sahaja, Nak Takut Apa?". Dan kata Syarifah Amani dalam filem Mualaf "Mati Itu Pasti, Oleh Itu Pelajarilah". Secara jujurnya skrip tersebut wa ubah ikut suka wa. Tetapi isinya tetap ada di situ.

Kita lebih sangat memikirkan tentang hidup dari mati, sedangkan banyak cerita pasal mati di sentuh dalam hadith. Kalau tak pernah baca, klik ini, ini, tau ini. Cukup cerita pasal mati, kita bincang semula tentang kenaikan barang di tanah air yang tercinta ini. Mengapa hal ini kerap terjadi? Jawapannya ialah sistem kewangan. Pernah lu terfikir mana letaknya nilai RM 50 pada kertas tersebut. Bagaimana jika wang tersebut hancur, adakah wang tersebut boleh digunakan. Sungguh berbeza dengan mata wang yang digunakan pada zaman kegemilangan Islam suatu ketika dahulu. Jika emas dileburkan, ia masih mempunyai nilai. So lu dapat bezakan tak bagaimana sempurnanya pemerintahan Islam. Dan sistem barter yang lu belajar dengan cikgu-cikgu sejarah dahulu, sebenarnya bukanlah sistem tukar suka sama suka. Dalam hadith banyak membicarakan tentang sistem pertukaran wang. Yang sebenarnya, bahan perantaraan pertukaran barang itu bergantung kepada makanan ruji sesuatu puak. Misalnya di tanah melayu, nasi merupakan makanan ruji. Oleh hal yang demikian, beras menjadi perantaraan bagi barang yang ingin ditukar. Dan jika kita kaji semula, semua makanan ruji sesuatu kaum sukar untuk basi. Di tanah arab misalnya, kurma dijadikan sebagai matawang. Dan di sesetengah negara dimana bijiran menjadi makanan ruji juga sukar untuk basi.

Sebelum wa tersasar lebih jauh. Wa berhentikan dahulu penulisan wa dan kita akan cuba bincangkan tentang sistem kewangan yang semakin runtuh ini dan akibatnya.
peeslashass terasa janggal pulak bila wa mengubah stail penulisan wa ni.

Disember 06, 2010

Selamat Tahun Baru

.n.o.k.t.a.h.






















b.u.k.u b.a.r.u





peeslashass Jom Mendalami Islam

Disember 01, 2010

Wanita Oh Wanita

mungkin entri kali ini agak sexist..
wa bukannya mahu menyalahkan wanita..
semua ini berlaku apabila si lelaki tak mampu mengawal wanita..
tugas seorang lelaki ialah mengawal wanita-wanita ini dari membuas..
maaf jika wa mengibaratkan seperti mengawal singa di dalam kandang sarkas..
wanita ialah kaum yang buas sebenarnya..
lihat sahaja nafsu berbelanja kaum wanita..
lihat bagaimana mudahnya kaum wanita terpengaruh dengan hasutan-hasutan peti televisyen..
"bang, jom melancong ke ...."
"bang, awak tak pernah pun belikan saya ..."
"bang, napa awak tak romantik macam ..."
lu tambah sendiri dengan apa-apa yang sesuai..
frontal lobe kaum wanita lemah..
so kaum2 lelaki yang kuat pada bahagian frontal lobe ni perlu membantu wanita mengatasi masalah mereka..

sekarang ni pulak iklan2 melalui fesbuk merebak seperti infleuenza h1n1..
semuanya dipasarkan melalui fesbuk..
dari ubat-ubatan sehinggakan keropok lekor..
dari jubah sehingga pakaian dalam..
evolusi yang sangat merbahaya..
wa bagi contoh untuk perkahwinan..
mula2 yang perlu seorang lelaki adakan ialah wang untuk pertunangan..
dan oleh kerana di fesbuk semua orang nak kongsi apa yang dilakukan pada majlisnya..
maka akan ada gadis2 yang menginginkan majlis yang hampir serupa malah boleh menewaskan majlis sahabat ataupun artis pilihannya..
maka si lelaki perlu mengeluarkan wang yang agak banyak untuk mengadakan majlis yang hebat..
sedangkan pada masa sebelum adanya peti televisyen dan jalur lebar ni..
majlis diadakan agak simple dan adakalanya ada wanita ataupun keluarga yang menolak pinangan..



oleh kerana kos untuk meniru agak mahal..
maka pihak lelaki memerlukan bantuan si perempuan bagi memenuhi impian si perempuan yang frontal lobe nya telah dikuasai oleh anasir2 jahat ini..
maka si perempuan pun mula bekerja mengumpul wang..
dan bila wang ada di mata perempuan, mereka sukar mengawal perbelanjaan..
maka wang di tempat mereka semakin cair..
wa x tau lagi istilah apa nak pakai so wa pakai istilah cair..
konon2nya nak inflasi sifar..
tapi perkara yang sangat mustahil dilaksanakan kerana wang yang kita guna kini langsung tiada nilai..
yang lelaki pula merosakkan frontal lobe mereka sendiri dengan menghisap rokok..
di samping wanita-wanita yang berpakaian tidak menutup aurat sekaligus membantu kerosakkan frontal lobe..
bila frontal lobe lelaki rosak..
wanita-wanita melaungkan serta memperjuangkan hak2 mereka yang entahapeapentah..
nak bekerja?
islam pun tidak melarang wanita bekerja..
namun kepentingan anak serta suami letak dimana..
di tangan orang gaji..
bebas berpakaian?
adakah islam melarang wanita memakai pakaian..
malah menyuruh mereka menutup aurat lagi..
bila ditanya mengapa tidak menutup aurat?
alasan yang mengarut seperti hipokrit dan belum sampai seru yang mereka keluarkan..

memakai pakaian cantik bila ingin keluar rumah..
namun bila bersama suami..
hampeh...
dengan segala tepung di muka..
konon2 cantik untuk suami..
tapi brapa lama masa yang diluang bersama suami..

wa harap entri kali ini tidak mengundang sebarang salahanggap dari pembaca belog wa..
wa cuma risau dengan keadaan dunia masa kini..
sehinggakan perasaan takut mendapatkan zuriat wanita kadang2 terbit dalam hati wa..
entri ini bukan untuk menyalahkan wanita sepenuhnya..
akhirnya berbalik semula kepada si lelaki..
kalian telah di lantik sebagai khalifah atau pemimpin di muka bumi..
maka pimpinlah kaum wanita..

peeslashass solat penyelesaian segala masalah..