Disember 10, 2010

Kahwin Muda

Siapa ada baca sokkaba pasal sorang minah 14 tahun kawen ngan mamat 23 tahun angguk kepala. Wa salah seorang darinya. Apa pendapat kalian mengenai isu ini. Maaf ye, wa janji nak cite pasal kewangan, tapi wa potong ngan kisah kawen lak. Secara jujur dan ikhlasnya, wa menyokong kerajaan Melaka.

Ada lah kisah seorang minah yang namanya Shahrizat beriya-iya cuba menghalang perkahwinan muda ni. Siap nak buat akta kawen umur 16 tahun. Katanya budak 14 tahun masih tidak matang.

Cuba luorang refresh balik, suatu ketika di mana heboh untuk mengajar matapelajaran seks di sekolah. Kalu tak silap wa minah ni ada gak kecoh-kecoh suh matapelajaran seks diajar si sekolah. So apakah alasan beliau meminta pendidikan seks di sekolah. Alasannya ialah kes pembuangan bayi yang semakin banyak. Ni direport oleh Utusan. Bagaimana anak ni boleh terhasil? Ianya terhasil selepas sepasangan lelaki dan perempuan bercinta dan pusing-pusing pokok (rujuk filem Aku Tak Bodoh). Sudah tentunya dengan melakukan seks. Maka kiranya jika belajar mengenai seks, mereka tidak akan melakukan seks.



Cerita pasal matang ni bukannya berkisarkan tentang umur. Cuba tanya adik-adik yang berumur 12 tahun ke atas, tahukah mereka apa itu zakar, faraj ataupun payudara. Wa dengan konfidennya memberitahu hanya peratusan kecil yang tidak tahu. Namun selebihnya tahu walaupun mereka tidak mahu menjawab. Masalah remaja Melayu ialah mereka malu bila berbicara secara terus. Namun tidak malu dengan kamera handphone. Kira sahaja ada berapa banyak 3GP remaja yang masih bersekolah di handphone masing-masing.

Adakah itu dikatakan tidak matang. Apakah tujuan utama berkahwin? Pun wa kena cite ke. Tujuan utama perkahwinan ialah untuk mendapatkan zuriat. So ketepikanlah bagaimana dengan pelajaran semua tu. Pentingkah pelajaran untuk seorang wanita yang sudah berkahwin. Ya, penting untuk mendidik anaknya supaya akur perintah Allah dan mengajar anak dari ditipu oleh manusia-manusia yang buas di dunia kini. Adakah pelajaran sehingga tingkatan 2 itu tidak cukup sedangkan pada darjah 6 telah di uji dengan Penilaian Asas Fardhu Ain.

Permasalahan utama wa ialah apa yang dimaksudkan dengan M A T A N G yang sefahaman dengan Shahrizat itu. Oleh hal yang demikian, ada sesiapa yang ingin suarakan pendapat. Sila tinggalkan di ruangan komen ya.

17 ulasan:

muhsync berkata...

wa memang sokong kenyataan lu seratus beratus peratus. huh..!! inilah masalahnya bila orang yang jenis nak asingkan hal agama dengan hal dunia. sedangkan agama itu sendiri pun tak pernah asingkan isu dunia. kononnya diorang ni MATANG sangat kot. kalo dah tutup kepala pun separuh, apatah lagi perhiasan dada yang terpampang di mata orang. nanti diorang ni jugak yang komen pasal isu agama. kekadang diorang ni lebih ustazah dari ustazah

izzargh berkata...

biakan la dy kawen.. law x, wujud la kes buang bayi. isk3. cian baby tu..

[ a D D y ] berkata...

nice sein..

dora jom kawen..

ikutrasamata berkata...

dy matang bukan maksud ape itu zakar, faraj n sebagainya..shahrizat tu dulu xigt ke zaman diorg mane ade pendidikan seks tapi kawin mude tadahal pun..mengajar agama lagi bagus dari ada pendidikan seks yang formal..diorg lupe agaknya pendidikan islam tu pun da cukup..kalau x cukup..better mantapkan silibus tu..wa igt..subjek ni tentu rmai yang yang xtuang lari ikut pntu belakang kelas

Effy Saiful berkata...

wa suke ayat lu...pegang tangan pusing2 pokok tu...haha..

pada aku, wa sokong hasil nukilan lu...cume kurang jelas dgn ape yg lu cube sampaikn..hehe..

isu matang nk kawen ni, byk yg blh dperkatakn...

GigiWangi berkata...

haha. orang dulu kawen umur berapa agak-agaknya? lagi muda kot.

tapi asal sekarang orang cuba untuk kawen lewat eh?

ke sebab makin educated?

[ a D D y ] berkata...

ikutrasamata

memanglah matang tu apabila mengenali senjata sulit tu..tapi matang ialah apabila kita mampu menilai sesuatu yang baik atau buruk..

cuma matang yang dimaksudkan oleh sharizat tu yang wa nak tau..

yup..
dan sedar tak sedar..
pendidikan seks ni bakal diajar di sekolah..

[ a D D y ] berkata...

abg bob

tu la bro..
wa memang nak sampaikan sesuatu yang x sampai sangat..

kiranya kurang klimax la..
payah la nak klasemen cenggini..

memang banyak..
even yang konon2nya cukup matang pun bercerai berai..
dan tahun depan plak..
kursus kawen diadakan selama 3 minggu kot x silap wa..

alasan kerana anak muda x matang..

alasan sebenarnya bagi wa..
nak kaut untung..
300 inggit kursus kawen beb..

lu dah la nak kawen..
lagi mau kuar 300 inggit..

[ a D D y ] berkata...

gigi wangi

memang diorang kawen muda dulu..
sebab xyah belajar tinggi2..

tapi diorang still tau nak produce anak..
jaga anak..
sebab Islam yang ada dalam jati diorang masih lagi kuat..

lu boleh tengok..
agak susah nak carik atok2 yang x gheti ngaji jadik imam untuk solat..

atuk2 zaman skang..
ape cite..
still g dangdut..

Saidatul Madiha Abd Rahim berkata...

tak setuju.
matang perlu juga diukur dari segi kebersediaan untuk menghadapi financial,psychological atau emotional damage.

adakah perempuan tu faham akan kesan penceraian awal, hak penjagaan anak (sekiranya berlaku), urusan nafkah zahir dan batin, tanggungjawab isteri dan suami serta cara untuk mendidik anak?

kahwin bukan sekadar untuk melahirkan zuriat. ia lebih berbentuk sokongan spiritual pada saya, menjaga kemaluan.

[ a D D y ] berkata...

dish
kesan penceraian awal, hak penjagaan anak,urusan nafkah, semua tu tak silap wa ada di ajar sewaktu mengambil kursus kahwin.

maksud kematangan tu wa setuju.
namun tidakkah semua itu tidak bergantung kepada umur.

ada juga kita melihat mereka yang berumur lanjut namun perangai mereka langsung tidak matang..

lihat sahaja di dalam parlimen..
mereka yang konon2nya paling matang bergaduh sesama sendiri..

sedangkan financial mereka teramatlah kukuh

Saidatul Madiha Abd Rahim berkata...

true, tapi pada usia muda, sekiranya seseorang perempuan itu berkahwin, adakah pendidikannya akan berterusan?
berhenti sekolah, tiada degree, tiada kemahiran untuk survive dalam hidup sekiranya perkara yang tak diingini berlaku?contoh, penceraian, kematian, economic downturn etc.

and lagi satu, support system kita adakah cukup kukuh untuk membantu pasangan yang bernikah pada usia muda atau pasangan yang bercerai pada usia muda? dan akses pada bantuan (kewangan,kesihatan,perundangan, kaunseling, khidmat nasihat etc), adakah diketahui ramai?

=)

just my 20 cents.

[ a D D y ] berkata...

pendapat anda sangat bermakna..

benar..
sebenarnya semua ini berbalik kepada pemerintahan..

pada tampuk pemerintahan kini melakukan sesuatu yang sepatutnya tidak salah adalah sesuatu yang perlu difikir berulang kali..

pemerintah merupakan kulit kepada rakyatnya..
jika cantik molek kulitnya, insyaAllah cantik isinya..

namun jika kulit pun sudah tidak cantik..

wa dah terangkan fungsi seorang wanita pada entri sebelum ni..
dan persoalan yang akan berbangkit ialah penceraian..

dalam perkahwinan, penceraian adalah sesuatu yang paling tidak diingini oleh setiap pasangan..

namun, sifat lelaki yang gagal mengawal frontal lobe dan sekaligus gagal mengawal tindak tanduk si isteri menyebabkan penceraian..

untuk mengubah semua ini mari kita berubah ke sistem pemerintahan yang sebenar..
sistem khilafah..

kenal siapa umar abdul aziz..
pemerintah zaman ummaiyah..
cuma memerintah sekejap sahaja, namun mampu menjadikan negaranya bebas dari kemiskinan..
dan beliau juga ada menawarkan wang zakat untuk melaksanakan perkahwinan..

dan beliau juga tidak meninggalkan satu harta pun kepada keluarganya walaupun beliau seorang pemerintah..

Saidatul Madiha Abd Rahim berkata...

haha.gagal kawal frontal lobe.

sebenarnya, pada aku la, asas paling penting ialah kesucian dan keberkatan nikah.

salah satunya dari aspek kesederhanaan majlis, buang elemen pembaziran, pencemaran bunyi, bermegah-megah dengan majlis etc.

yang kedua keberkatan nikah, ramai perempuan berada dalam keadaan tak suci masa nikah, maksud aku bukan sebab haid, tapi sebab warnakan rambut, make up tebal-tebal, tinggal solat semata-mata untuk nampak cantik masa majlis.
sama juga dengan lelaki, bila akad nikah rambut berwarna, macam mana mandi wajib sah ke tak?

benda ni macam kau kata la, berkait-kait, tapi yang penting pada aku, kesedaran diri sendiri, sebab untuk bina masyarakat matang sebenarnya bermula dari katil perkahwinan.

=D

[ a D D y ] berkata...

nice one dish

elyse berkata...

addy

aku lambat respon la entri ko ni

aku mmg respek kawen muda.even aku tak kawen lagi. yang tang shahrizat tu, mmg die agak tingtong sikit

takkan nak buat akta tu?gile ke hape?

10 tahun lagi, buat akta baru sebab utk mengelakkan lelaki kawen ngn org mgribi, jadi pempuan malaysia kene di kahwinkan.

gile hape Shahrizat
kite tgk anak die jadi ape nnti

[ a D D y ] berkata...

haha..
tu la elyse..tapi aku risau sekarang ni, ada berita kata di malaysia 105 lelaki untuk 100 wanita..adakah ini termasuk lelaki2 bangla indon myanmar dan vietnam?