dEn daPEk msG ni keK freNsteR..kreDit tU paAn yaNg uPlod MEndE ni..sO kOraNg piKIrLAh maNE yaNG eLok maNE yaNg taK eLok..peaCe
Arghh... Gua bosan betul lah ini macam bro… Bukak email aje, ade orang kempen boikot… Bukak YM je... ade SMS orang buat program Palestine... Bukak Fs je ade orang ajak pi demonstrasi... Siap hantar SMS lagi… Adoi…Hmm... Palestine ni bukan kes baru lah... Gua rase boikot ni dah pernah ade mase zaman gua sekolah rendah dan menengah... haha... Gua time tu pon ambil bahagian jugak dalam kempen boikot ni... Tapi macam tak berjaya je... cawangan KFC, McD, Starbuck terus bercambah, Exxonmobil terus gagah, nokia terus maju... dan lain juga terus mara ke hadapan...
Oh... Gua bukan tak sedih, gua lagi sedih... Member gua sorang mamat Palestine, name dia Ahmad, mase malam Gaza kene bomb... dia call gua... dia bagitau, rumah family dia kena bomb... cousin dia, adik perempuan dia, dengan mak dia terbunuh dalam serangan itu... moga Allah bagi mereka syahid... Ha, gua lagi 10 kali lagi sedih... sampai bergenang air mate gua... ade sesiapa yang ade kawan-kawan palestine dekat sini? Gua dapat berita direct dengan suara pilu dan khabar yang tragis... Lu ingat gua tak sedih? Nyanyi sikit, sayu dan pilu, bermain dijiwa ku, hilangmu kini tiada pengganti... yeyergh!!!
Apa makna demonstrasi dan boikot?
Demonstrasi bermaksud perhimpunan manusia untuk menyatakan protest ketidakpuashatian mereka terhadap sesuatu isu. Demonstrasi aman adalah tanpa sebarang rusuhan dan kekasaran. Boikot pula adalah pemulauan terhadap sesuatu. Maksud secara jelas disini demonstrasi aman dan boikot untuk isu Palestin adalah protest terhadap serangan Israel terhadap Palestin dan boikot product dan service US dan Yahudi.
Apa tujuan boikot dan demonstrasi?
Boikot... macam-macam tujuan yang gua penah dengar... gua akan listkan apa yang gua ingat...
Jihad ekonomi
Melumpuhkan ekonomi US dan Yahudi
Memberi amaran kepada US dan Yahudi
Cara yang mampu kita bantu orang Palestin
untuk merugikan syarikat US dan Yahudi
fatwa dari Ulamak terkenal
kerana Allah
tolong la isi tempat kosong ni...
Demonstrasi pulak...
Mengutuk kekejaman Yahudi
Meminta setiap pihak membantu dan menyokong
Menunjukkan rasa tanggungjawab kita terhadap sesama saudara Islam
Menyatakan ketidakpuashatian terhadap Yahudi
tolong isi tempat kosong...
Demonstrasi dan boikot ini sunnah ke?
Sebelum gua jawab soalan ni... Kita muzakarah balik...
Korang mesti dah tau makana dalil Al-Quran dan Sunnah kan?
Ibadah?
Ibadah mesti kena ada dalil dari Al-Quran dan Sunnah. Ibadah mesti mengikut sunnah baru Ibadat itu sah dan mendapat pahala...
Contoh:
Mamat Boikot: Hari ni aku ingat aku nak solat magrib 5 rakaat, sebab semangat sangat... Boleh tak?
Mamat demo: Oi, mane boleh... Solat maghrib 3rakaat saje...
Mamat Boikot: Ala, hari ni aku semangat lebih ni... Nak solat lebih sikit... apa salahnya kan...
Mamat demo: Nabi pon solat 3 rakaat je maghrib...
Mamat Boikot: Nabi dah ade banyak amal... Lagi pon dia maksum... aku tak maksum... Lebih tak apa, kurang jangan...
Ha, boleh tak ini macam? TAK BOLEH sebab tak ade dalil dari Quran dan Sunnah untuk solat maghrib 5 rakaat...
Usul dalam ibadah “semua ibadah adalah haram jika tiada dalil dari quran dan sunnah”
Apa makana bid’ah?
Perbuatan yang dikatakan “ibadat” tetapi “ibadat” itu nabi dan sahabat tidak pernah lakukan pada zaman mereka... Segala “ibadat” yang baru adalah bid’ah, bid’ah itu sesat, dan sesat itu ke neraka... Oh... Aku petik kata-kata Dr Asri, yang tak sunnah itu bid’ah lah, yg tak Islam itu kafir... Mudah kan?
Apa makna sunnah?
Korang dah tau kan? Bende yang Nabi s.a.w. dan sahabat r.a. buat ada dalil dari quran dan hadis... Ok, korang semua dah ingat balik semua tu? Bagus... Kita mulakan perbahasan mengenai tajuk...
Soalan : Demonstrasi dan boikot ini sunnah ke?
Aku rasa korang perlu tanya diri korang dulu soalan tu sebelum korang nak boikot or pergi demonstrasi...
Adakah ia ibadah?
Ok, Jom kita check...
Ada dalam Quran Allah s.w.t. suruh kita buat demonstrasi dan boikot?
Ada dalam sunnah Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. pernah buat demonstrasi dan boikot?
Jawapan : tak ada... So, apa hukum demonstrasi dan boikot? Pilihlah sendiri antara tak sunnah, bid’ah atau bukan ibadah... Mungkin boleh diletakkan makruh atau harus... WA...
Mari kita rujuk dalam sejarah Islam... Siapakah golongan pertama yang memulakan boikot?
Jawapan : Kafir Quraish... Mase Nabi s.a.w. awal buat dakwah kat Makkah... Nabi s.a.w.dan para sahabat r.a. telah diboikot oleh kafir quraish di lembah Abi Talib untuk beberapa tempoh... Sehingga ada yang mati kelaparan... Dikatakan Khadijah wafat kesan dari boikot itu... Ada Nabi s.a.w.suruh sahabat or Nabi s.a.w. ajak sahabat buat demonstrasi dekat kaabah or depan umah Abu Jahal?
Soalan: Siapa pula yang memulakan demonstrasi dalam sejarah Islam?
Jawapan : Khawarij... Khawarij yang memulakan demonstrasi menentang pemerintah Ali bin Abi Talib... Ok, Mase di Mekah, di awal kurun kenabian ramai sahabat ditangkap dan diseksa... ada yang di depan mata Nabi s.a.w.sendiri... Ada Nabi s.a.w. ajak orang Islam buat demonstrasi? Masa di Madinah, selepas Nabi s.a.w. diangkat menjadi pemimpin... Ade Nabi s.a.w. suruh boikot orang yahudi yang pada ketika itu memegang ekonomi di Madinah dan banyak menindas orang Islam...
Takde beb... Ade orang Islam ketika itu buat demonstrasi or boikot? Orang Yahudi juga pada masa itu telah berpakat dengan kafir quraish secara sulit untuk menjatuhkan Islam... Mereka telah mengkhianati perjanjian JPA... eh, silap... telah mengkhianati bai’ah dengan Nabi s.a.w. ... Ada Nabi s.a.w. ajak para sahabat boikot yahudi... sebab mereka mahu menghancurkan Islam... ada tak kawan-kawan?
Mengikut Sejarah, boikot dan demonstrasi telah dimulakan pada zaman Rom... Oh, rupanya tertib boikot dan demonstrasi ini adalah tertib orang kafir, nasrani dan yahudi...
Dalam quran ada kata kan,lebih kurang camnila “jangan menyerupai mereka... ” Aku tak minat nak cari or tulis dalil penuh... Korang sendiri check dan patut tau... Lagi, "mereka tak kan redha kepada kamu selagi kamu tak ikut cara mereka... ” Camtulah lebih kurang...
Soalan : Tapi niat kami baik…kerana Allah... nak tolong saudara kita...
Jawapan: Niat tak menghalalkan cara... Boleh tak Ella nak buat konsert amal? Niat Ella baik, dia nak kutip derma, nak sumbang kepada Aman Malaysia... Niat oranganizer yang panggil Pussycatdoll untuk buat kosert amal baik sebab dia nak penuhkan tabung Mercy... Boleh tak buat konsert amal wahai muslimin dan muslimat yang diredhai Allah?
Tapi ini fatwa Ulamak terkenal, Al-Qaradhawi... Dr. Asri pun setuju... dia pun pergi demonstrasi dekat UK... Aku pinjam balik kata-kata mereka , ”Ulamak tidak maksum... kadang mereka buat juga silap... Tapi Quran dan sunnah tidak akan silap…Kita mohon keampunan untuk mereka... ”
Apa pandangan ulamak lain?
Ibn Baaz, Albani dan syeikh uthaimin punya fatwa plak kata demonstrasi dan sewaktu dengannya suatu perbuatan yang mungkar... Tapi yang pasti, tiada dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah mengajar kita boikot memboikot dan berdemonstrasi...
Soalan : Bagaimana cara mengikut Quran dan Sunnah?
Jawapan : Ha, ini soalan yang patut korang tanya dulu... Ok, kita balik zaman awal di Mekah... Ramai sahabat diseksa, dibunuh dan lain... Ada yang di depan mata nabi... Even masa Nabi s.a.w. di Madinah, masih ada sahabat r.a. yang tertinggal di Mekah kerana ditangkap dan dihalang oleh kafir Quraish... Mereka diseksa... Apa Nabi s.a.w. buat?
Nabi s.a.w. sabar,dan suruh mereka pun sabar... contoh pada keluarga Ammar bin Yasir r.a.
Nabi s.a.w. doa untuk mereka... Selalu sangat...
Nabi s.a.w. buat Qunut untuk mereka...
Nabi s.a.w. habiskan harta dia dan harta khadijah untuk tujuan dakwah... Banyak tau Nabi s.a.w. sedekah...
Apa sahabat buat?
Pada yang berkemampuan dari segi ekonomi, bantu mereka dengan wang seperi Abu Bakar r.a. menebus Bilal r.a. dan memerdekakan dia...
Abu Bakar r.a. member seluruh hartanya sehingga tinggal Allah dan rasul untuk keluarganya dan baju guni berbutang guni untuk dirinya...
Umar r.a. memberi ½ daripada hartanya...
Uthman r.a. memberi ¼ daripada hartanya...
Abdul Rahman bin Auf r.a. melengkapkan ketenteraan orang Islam ketika itu...
Pada pandangan gua, apa yang perlu kita buat pasal Palestine ni... Oh, mudah sangat... Dah baca apa Nabi s.a.w. buat? Sahabat r.a. buat? Jom copy!!! Sebab semua itu sunnah!!!
dermalah sebanyak mungkin... siapa yang ada kereta Harga $30k tu, jual lah... Beli kereta $10k je... lagi $20k hantar ke Palestin... or Yang mana tengah kumpul duit nak beli rumah harga $300k tu, lupakan lah... anta duit $300k ke Palestin...
Kita bersabar dan suruh mereka sabar... Gua teringat kata-kata Ahmad, “aku doa dan sabar jela... tak boleh buat apa dah... semua ni jadi atas kelemahan sendiri... ” macam mana nak suruh diorang sabar? Carila kawan-kawan Palestin, suruh dia pesan kat saudara mara dia... korang ade kawan Palestin tak? Kalau yang mampu macam para professional yang kaya raya... pergilah ke Palestin sendiri... dakwahkan mereka tentang sabar... tentang pengharapan hanya pada Allah... bukan pada senjata, bukan pada bantuan dari UN... Katakan pada mereka sesunggahnya hanya Allah sahaja yang berkuasa. Makhluk tiada kuasa...
Pergi Palestine, korang jihad sana... Jangan main cakap je jihad sana, jihad sini... Gua ada member mau sponser sesiapa nak pegi jihad... sapa nak bagi nama!
Salurkan semangat hangat taik ayam sekarang ni untuk tingkatkan amal kita, jauhi maksiat... Yela, kan kita tengah marah,hati panas pasal bengang ngan Yahudi or US kan? So, gunakanlah samangat tu untuk tingkatkan amal... solat 5 waktu di Masjid,dimana azan diazankan, takbiratul ula, di tempat yang besar jemaahnya... Pastu ketuk pintu semua rumah orang Islam yang tak solat subuh berjemaah especially yang rumah dekat dengan masjid... Ajak mereka pi Masjid... buat dakwah pintu ke pintu... pujuk rayu mereka dengan senyuman... pada 1/3 malam, ko pujuk rayu Allah pulak dengan air mata... Kita usaha sampai dengan rakaat solat kita, boleh selesaikan masalah... kalo dah boleh itu macam, ko doa Israel kalah, sure Israel kalah... huhu...
Lepas tu, kita kempen dan amalkan beli barangan orang Islam dulu... kalau nak beli sos, beli la sos aminah hasan... nak beli ubat gigi, beli la mukmin... nak beli prepaid, beli la celcom... nak beli kerete, beli la proton... nak pi mkan, pi kedai Swinging Bowl, bukan pi kedai K-nood... ni gua tengok ade gang yang support boikot, tapi dok melantak kat kedai kapir tu... huhu... oh, kapir tu bukan yahudi ek? ekeke... tapi kalau kapir tu bangkrap, dia takde duit, pastu mati tak makan... kalo orang kapir mati, dia tak beli barang US&Yahudi... sebab kapir ni mana support boikot ni dan mereka tak memandang product orang Islam... hehe... Kalau kita semua dulukan barang orang Islam dulu, kita tak payah nak boikot pon... dalam masa yang sama, kita telah melakukan “jihad” ekonomi... Nak beli barang dapur, pergi ke Pasaraya Maju Basri, bukan ke Carefore, Giant, Woolworth atau Coles... Nak beli daging pun, beli kat kedai orang Islam, bukan kedai James, Faisal Tehrani... Tetiba aku teringat 1 kisah ni, masa aku kat KL dulu, aku ada nusrah Jemaah Saudi... Korang tau kan Saudi tak join boikot ni... Tapi pak arab tu punyalah bagus... Masa aku bawak mereka ke pasar, dia tanya aku, where’s muslim shop? Mase tu dia nak beli sayur je... Aku pusing dengan mereka cari orang Melayu jual sayur... Lepas tu, dia beli semua sayur orang Melayu tu... Abis licin... Yang ni abang aku pulak citer, dia bawak pak arab yang sama tu pergi shopping di KLCC... macam kat pasar juga, dia tanya mana 1 kedai muslim... abang aku kata kat KLCC ni just Nasi Bukhara je muslim... Pak arab seorang ni nak beli boot... So, dia usya semua kedai kasut... Abang aku ingat dia usya boot, rupanya dia usya dalam kedai tu ada pekerja muslim tak... pastu dia cakap, kalau takda kedai Muslim kita cari kedai yang ada pekerja muslim... sebab nanti bos dia bayar gaji kat dia... kalau kedai tu bungkus, mana dia nak kerja... kalau boss dia jenis bagi komisen, dia dapat komisen... Korang boleh buat cam ni tak?
Kita muhasabah diri... Kita check diri kita... contoh, check software yang kita guna, pirate or original... kalo guna pirate, ko pencuri... boleh kene potong tangan! Sebab harga software mahal! Bukan free... hahaha... ko dah berdosa... check tengok jeans kita Levis siam ke levis original... pastu check kita ikut sunnah ke tak dalam setiap amalan kita? blablabla... kita kene hindari dosa, baru Allah hantar pertolongan... Kalau Allah tolong kita, kita bolehla jugak tolong orang Palestin...
korang tambah sendiri... asal jangan boikot dengan demo sudah…
Soalan : Boleh tak kalau nak boikot jugak?
Jawapan : Boikotlah... Ko yang susah nanti... sebab tak boikot pon bukan dosa... korang tengoklah gua makan KFC nanti... =p Gua ada nasihat untuk orang yang nak boikot jugak...
Mesti amal dengan istiqamah... Jangan nak hangat taik ayam... Boikot seumur idup... Jgn nak on off... nak amal jangan ikut nafsu beb... Kalau stakat sebulan bulan, baik tak payah... itu namenye hangat taik ayam...
Boikot sampai syarikat tu bangkrap or ko mati before dia bangkrap...
Bak mai dalil dari Quran dan sunnah pasal boikot...
Yang ni extreme sikit, siape yang belajar di overseas especially negara yang sokong Yahudi... Balik Malaysia skang... hahaha... Sebab korang study kat US, UK, Aussie adalah penyumbang utama kepada ekonomi mereka... Korang bagi duit lagi banyak! So, balik Malaysia! Macam tak boleh belajar je dekat Malaysia! Dr. Asri pon balik Malaysia skarang! Sorry Dr. Asri... I like dengar your kuliah even kadang I tak stuju dengan you... hehehe... UK support Yahudi... Apsal nak bagi duit kat UK... Macam kat negara lain tak boleh belajar... Pergi lah Saudi or Negara Islam lain...
Korang kena boikot jugak China!!! Baru adil!!! Baca bawah...
Turkistan
Korang tau pasal Turkistan?
Turkistan adalah 1 bangsa yang 100% muslim...
Mereka telah dijajah oleh China tanpa diketahui oleh secara umum oleh dunia...
Orang Turkistan sampai skang dijajah China!
Mereka dibom oleh tentera China!
Dibunuh!
Ditangkap!
Ditindas habis-habisan!
Tanah mereka dirampas!
Kata seorang warga Turkistan kat aku,"Palestine is better than Turkistan. Atleast the world can know about them. They get many helps from the world but no one knows about Turkistan.”
Korang apa tau? Baru pergi 1 program pasal Turkistan dan berani cakap lebih dengan gua. Apa yang korang boleh buat nak tolong orang Turkistan ni? Ha, since korang boikot US&Yahudi sebab tindas Palestin, korang kena la boikot China sebab tindas orang Islam Turkistan!!! Dalam semua orang Melayu, gualah antara orang yang paling kenal Turkistan... hehe...
Why? Gua takda semangat asabiyah macam orang lain... kawan, grouping dengan gang 1 bangsa je... Gua kawan dengan orang Turkistan... Gua tido dengan orang Turkistan... Gua makan dengan orang Turkistan... Gua makan makanan Turkistan... Gua kerja dengan orang Turkistan... Gua belajar bahasa Tuskistan... Gua tengah planning nak usya minah Turkistan... huhu... ni lawak je... =p
Yang penting gua penah safar 3 hari dengan orang Turkistan... So, gua lagi kenal orang Turkistan... menurut Umar Al-Khatab, jika mahu kenal 1 orang tu, safar dengannya at least 3hari... hehe...
Baru ni... Gua punya kawan punya uncle datang dari Turkistan... Apa dia bagitau?
Masa hari raya puasa dan korban, kerajaan China halang mereka untuk buat solat hari raya... diorang tangkap sesiape yang nak organize...
Sesiapa yang ajar agama akan ditangkap dan dibunuh... Generasi baru di Turkistan kebanyakkan jahil agama...
Orang Islam yang mcm warak sikit especially yang berjanggut, ditahan dan di lokap...
If ada yang cuba nak buat group underground nak lawan kerajaan China, 1 family akan dibunuh... Beberapa family telah mati dibubuh beberapa bulan lepas...
…arghh... aku tak ingat... pendek kata system mereka lebih sistematik untuk menghapuskan Turkistani di Turskistan dan Islam pada Turkistani...
Kepada gang boikot, sila boikot China jugak ek...
Gua ada soalan... Adakah korang confirm 100% semua syarikat yang korang listkan tu sponser Yahudi untuk bunuh orang Islam? Dekat tanak yahudi ade sticker Nestle ke KFC? huhuhahaha. Coles dan Woolworth pon syarikat Yahudi gak... Apsal takde dlm list? Bias la korang! Tak adil... Print ikut nafsu! kuang kuang kuang…
Ending...
Adakah niat korang makan KFC, beli product Nestle, pakai product buatan Yahudi,US dan China adalah untuk membantu mereka menghapuskan orang Islam?
Aku makan KFC sebab sedap... nyam3... =p
Cuba korang bayangkan kesan negative kalau boikot ni berjaya...
Katakanlah exxonmobil, kfc, mcd, ibm bungkus kt Malaysia... Ekonomi Malaysia turut bungkus kot secara logikanya... Sosioekonomi jugak akan bungkus... Ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan... Beribu orang akan menganggur... Warganegara Malaysia yang study kat oversea lepas tu khianat perjanjian sebab takanak balik, nak kerja dekat oversea mungkinlah tak terkesan dengan kebungkusan ekonomi dan sosioekonomi Malaysia... hehe... Bila dah takde kerja, orang Malaysia jadi penyamun, perompak dan pencuri... Oh, negara ku…ku... ku...
Oh, ade ustaz cakap bumi Allah luas, banyak lagi rezeki lain... So, gang boikot, sedekah harta anda kat orang yang fakir seperti seperti aku dan orang Pelestin... Korang buat boikot ni mesti yakin tinggi... =p Nanti Allah ganti dengan lebih banyakkan... Yakin la please... Bende tak kene kat batang idung boley la citer... Cube try test majikan tak masuk gaji tengok... Sponser tak masuk elaun tengok... huhu... Nak bagi fatwa camtu pon, tengok la dulu tahap iman umat akhir zaman ni macam mana... Iman sahabat yang bagaikan syurga dengan neraka jauhnya dengan kita pun, nabi tak suruh boikot... Gua rase kalo nabi suruh sahabat boikot, memang takde hal bagi mereka... pikir beb... lagipon kan ada hadis berbunyi camni, lebih kurang maskud dia camni la... ”permudahkanlah, jangan kamu menyusahkan, sampaikan khabar yang menggembirakan, bukan khabar yang menyusah or mendukacitakan... ”
Beberapa hari lalu, aku YM dengan member aku sorang ni... aku tanye pasal boikot ni... dia tak jawab... tapi dia cakap... pakcik dia kata, “Kalau orang tempat aku teruskan boikot... kedai runcit aku bungkus la... dahla kedai runcit sekarang ni bukannya untung sangat... diorang boikot pulak barang aku jual…kalau aku bungkus, siape nak bagi anak bini aku makan nanti...?”
Korang nak bagi makan kat anak bini pakcik ni nanti?
P/s : Gua rasa gang boikot ni poyo je... Hangat taik ayam je... Korang tengok la nanti... dah lama sikit... diorang qada balik la makan KFC , Nestle dan lain... Macam boikot yang dulu jugak... Orang US&Yahudi tersengih tengok korang sambil cakap,"nila jela yg diorang mampu buat... lemah sungguh orang Islam... hehehe... diorang boikot sekejap je... kita takyah risau... diorang hot hot chicken shit je... huhuhahaha gelak yahudi!”
Wallaualam...
nak baca lebih kat krenmaut blogspot..
promote blog sket bang ben,haha...
9 Biddeford Land For Sale Near Me
3 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan