Disember 19, 2011

Rezeki

Kalau wa sembang rezeki tu bukan wang luorang percaya tak?

Kalau tak percaya layan je video ni

Disember 13, 2011

Trend








"Memiliki Segulung Ijazah Adalah Trend"






















peeslashass kalau trend maknanya macam Kpop, tak lama lagi habislah trend tu

Disember 02, 2011

Rezeki






"Duit Tabung Masjid Yang Di Curi = Rezeki?"




peeslashass merompak dari perompak

November 24, 2011

Alangkah Lucunya Negeri Ini

Harini wa nak kongsi ngan luorang untuk menonton sebuah filem yang bagi wa gempak. Lebih gempak dari filem KL Gangster dan pendapat wa orang-orang Malaysia masih lagi tak mampu untuk menghasilkan filem-filem bergenre sebegini.

Filem ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat terutamanya kepada pemimpin, tidak kira pemimpin sebuah negara, sebuah organisasi ataupun sebuah keluarga.

Wa bagi sinopsis sikit mengenai filem ini, mengisahkan seorang penganggur graduan sarjana pengurusan yang gagal mendapat pekerjaan, lalu mengajak satu kumpulan pencopet untuk bekerjasama. Niat murni mamat ni sebenarnya adalah untuk membawa keluar pencopet-pencopet muda ini keluar dari kancah pencopetan. Namun terdapat beberapa isu yang menarik dibangkitkan sewaktu menguruskan pencopet-pencopet muda itu. Dan ending untuk filem ini sangat cool bagi wa kerana pengarah tinggalkan untuk kita berfikir sendiri.



Selamat Menonton

peeslashass walaupun Indonesia tewas bolasepak dengan Malaysia, namun filem Malaysia tewas teruk dengan filem Indonesia

November 03, 2011

Seksualiti Merdeka













*
Bila Sesebuah Negara Islam Tidak Menjalankan Hukum Allah







*semua nak mengaku dunia ini miliknya



Anonymous

Oktober 24, 2011

Murtad I

Isu murtad memang tengah 'in' sekarang ni. Isu ni isu serius dan bukan isu memain. Sebab selepas kewafatan Rasulullah, ramai orang Islam keluar dari Islam kerana bagi mereka pemimpin Islam dah takde, maka Islam pun berkubur bersama pemimpinnya. Dan tugas terawal Khalifah Abu Bakar ialah membunuh mereka yang murtad bukannya membunuh orang kafir. Ini adalah kerana orang yang murtad jauh lebih merbahaya dari golongan kafir.

Adakah kerana mereka yang murtad ini sudah mengetahui rahsia-rahsia Islam yang tidak diketahui oleh orang kafir dan takut mereka menghebahkan kepada orang Islam ataupun mereka yang berniat untuk mengenali Islam ataupun musuh-musuh Islam sendiri.

Wa tinggalkan dulu dengan persoalan tu, dan wa kaitkan pula dengan jihadist yang mana baru-baru ini melakukan satu perhimpunan dan menggesa orang-orang Islam yang lain untuk berkumpul bersama-sama menyatakan bahawa umat Islam di Malaysia menentang gerakan murtad di tanahair ini. Dan tidak silap wa perhimpunan tersebut gagal menarik lebih ramai orang Islam berkumpul malah angka 1 juta yang dijangka hadir jauh tersasar dari bilangan mereka yang hadir. Ke mana perginya umat-umat Islam di tanah air ini.

Ada yang mengatakan perhimpunan ini adalah agenda politik. Ada juga yang menarik diri kerana tiada agenda politik. Wa tidak pasti sama mana satu yang benar. Menentang golongan murtad adalah wajib namun adakah tindakan berhimpun ini dapat menyelesaikan masalah. Apa yang dapat wa nyatakan disini ialah perhimpunan tersebut menambah lagi masalah kepada orang-orang Islam di Malaysia.

Golongan-golongan murtad mempersendakan perhimpunan ini. Penyokong-penyokong politik mempersendakan perhimpunan ini malah orang-orang kafir dan pendakyah juga bertepuk tangan kerana kegagalan program perhimpunan ini. Ada juga yang mengatakan Bersih 2.0 lebih mendapat perhatian rakyat (orang Islam) berbanding isu murtad ini.

Kembali kepada golongan murtad. Murtad terdiri kepadabeberapa jenis antaranya ialah murtad yang menyembunyikan kemurtadannya, murtad yang menyatakan dengan terang murtadnya dan murtad yang menyerang Islam selepas keluar dari Islam.

Mengapakah fenomena murtad ini perlu diambil perhatian, kerana murtad ialah menjual keimanan kepada kekufuran. Ianya seperti memadamkan lampu di malam yang gelap gelita sewaktu sedang berjalan. Ianya berbeza dengan kafir yang sememangnya dalam kegelapan, dan tugas mereka yang beriman ialah menunjukan cahaya itu kepada golongan kafir ini. Bagi golongan murtad pula, mungkin mereka lebih gembira berjalan dalam kegelapan kerana dalam kegelapan, mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa diketahui oleh orang lain. Dan kebebasan itu merupakan keseronokan yang dipimpin oleh syaitan kerana tugas mereka untuk memesongkan hati-hati manusia ini berjaya.

September 07, 2011

Wa masih mengosongkan ruangan tajuk semasa wa menaip bait-bait cinta ni untuk tatapan luorang. Wa pun tak tahu nak tulis apa. Banyak yang wa fikirkan dan semua tu tak dapat wa luahkan atas papan kekunci depan wa ni. Isu politik, semakin rapuh kat Tanah Melayu. Satu parti yang terang-terang namanya Islam mengakui Komunis sebagai HERO. Sekarang ni bukan Al-Quran dan Hadith ke yang jadi panduan anta-anta semua. Buku tulisan Carl Marxx yang dijadikan panduan.

Isu Murtad, baru kalian nak buka mata. Lu tau tak macam-macam cara dakyah orang Kristian ni untuk pancing lu masuk agama mereka. Yang lu usha kat televisyen tu cuma sikit. Yang iklan kat dalam semua toilet tu apa kes. Ada sekali wa masuk toilet mamak kat tempat wa ni diorang berdakyah dengan tulisan yang agak besar bertulis "Juruselamat yang benar ialah Yesus (Isa al-Masih)" lebih kurang camtu la. Tulisan yang sama wa perasan kat toilet pasaraya dan toilet stesyen minyak. Tapi yang paling wa kelakar bila ada pejuang-pejuang agama wa ni memaki-maki tulisan. Bro, dia dah jalankan tanggungjawab dia berdakyah. Lu bila lagi nak start berdakwah.

Isu biometrik, kecoh bila kerajaan nak guna sistem biometrik waktu pilihanraya dan perkaitannya dengan biometrik pendatang asing. Tapi yang pentingnya pendatang asing sudah dibiometrikkan namun pilihanraya belum lagi dilaksanakan. Tak perlulah lu nak bising-bising tentang benda belum berlaku. Kalau nak bising-bising pun ceritalah pasal perkara yang pasti berlaku, macam mati, hari akhirat.

Isu bola pula cerita kekalahan teruk salah satu pasukan terkenal di England. Di tanah melayu pula piala Malaysia pula sedang berlangsung. Tidak lupa juga cerita perpindahan pemain bola sepak yang membelanjakan berjuta-juta pound yang wa rasa lebih layak untuk membantu rakyat-rakyat di somalia.

Akhir sekali, isu hero negara yang terkorban di somalia jika tak silap wa nagara Islam juga dan menjadikan negara tersebut antara negara yang merbahaya. Adakah ini salah satu fitnah dajal. Adakah somalia ni seperti monyet yang diberikan bunga. Dan wa berharap kita tidak tertipu dengan semua tipu daya mereka. Bantulah mereka di Somalia kerana mereka juga menyembah tuhan yang sama dengan kita.

peeslashass ...

Ogos 15, 2011

Awek Terawih

Semalam lepas isya' wa lepak luar sambil dengar tazkirah. Wa rasa wa lagi selesa dengar speaker luar tu dari ngadap imam membaca kitab tu. Feel dia lebih sikit. Sedang wa duduk-duduk ngan adik wa, wa perasan budak-budak kecik tengah main sorok-sorok. Memang jadi trend untuk budak-budak merapatkan ukhwah kat surau. Mana yang bukan satu sekolah boleh ngam time terawih ni.

Budak-budak yang ke surau atau masjid ni wa boleh kategori kepada beberapa golongan. Golongan yang pertama golongan yang di bawa oleh keluarganya sendiri. Golongan ni selalunya kira geng-geng nerd dan sembahyang pun sebelah bapak dia. Ada gak yang datang ngan family ni tapi wat hal sendiri cuba approach geng-geng nerd ni buat hal sendiri dari solat. Tapi kalau geng-geng nerd ni pasti tak layan diorang sebab dah nama pun nerd diorang ni bijak segala segi. Golongan berikutnya klen-klen yang datang sendiri naik basikal tak pun jalan kaki. Diorang ni dapat kepercayaan penuh dari keluarga yang sememangnya bizi dalam hal duniawi.

Geng-geng tu geng indi. Diorang datang selalunya bukannya nak solat tapi main. Paling stail time takbiratul ihram semua ada kat sof sendiri. Setat je imam baca Al-Fatihah, budak-budak tu dah keluar sof. Ada gak wa perasan pakcik-pakcik yang masuk sof lambat geleng kepala bila sebelah kiri kanan dia tiba-tiba kosong. Dia batalkan solat dia untuk merapatkan sof. Nampaknya tak ramai lagi yang tau cara untuk merapatkan sof apabila seseorang keluar sof. Benda-benda basic ni jarang diorang bincangkan waktu tazkirah. Ada gak yang setatkan sof dari tepi sedangkan sepatutnya sof dimulai dari tengah. Bebalik kepada klen-klen indi ni, selalu pasti ada kepala yang bawak mercun untuk diorang berperang malam tu. Dan permainan wajib untuk klen-klen ni kejar-kejar ataupun sorok-sorok. Secara tidak lansung aktiviti ni berjalan sehingga ada yang kena sound ngan bapak masing-masing. Bila dah nak abis je solat witir diorang ni masuk semula surau biar nampak muka datang solat.

Budak-budak ni mengingatkan wa tentang diri wa kecik-kecik dulu. Wa join klen-klen nerd. Sebab sampai sekarang wa nerd lagi. Wa ikut solat sampai abis, lepas tu tolong orang-orang tua sediakan moreh. Part tolong menolong ni paling best sebab wa boleh select kuih yang sedap-sedap dulu. Dalam tolong-tolong ni, wa adalah perasan sorang awek ni. Kiranya tak sempat berkenalan sampai la wa dah tak solat terawih kat situ. Sebab tu la wa seronok sangat pergi terawih zaman dulu dengan harapan dapat berkenalan ngan awek tu. Wa saspek awek tu dah kawen sekarang ni.

peeslashass wa cuma kenal abang ngan bapak minah tu je time tu, x sempat tanya nama awek tu

Julai 19, 2011

Anugerah Bintang Popular

Jumaat malam haritu wa layan planet muzik. Anugerah yang menggabungkan 4 negara yang serumpun. Yang mana mereka mengangkat pemuzik-pemuzik yang hebat sekaligus menyaksikan negara mana lebih hebat dalam berkarya. Memandangkan wa layan tak layan je anugerah tu, wa lebih fokus sewaktu penobatan Siti Nurhaliza sebagai artis serantau paling popular dan x silap wa dah menang lebih dari 10 kali. Bermaksud lebih dari sedekad. Sedangkan bagi wa penglibatannya dalam bidang seni pada waktu kini adalah sangat terhad. Dan tahun depan Siti tidak boleh bertanding dalam kategori tersebut. Perkara yang sama berlaku sewaktu anugerah bintang popular, di mana Siti sendiri keluar dari bertanding untuk anugerah tersebut dan barulah beberapa artis yang lain seperti Rosyam Noor, Saiful Apek dan Faizal Tahir memenangi anugerah tersebut.

Walaupun empayar Siti makin musnah, namun kerana popularitinya Siti masih menjuarai pertandingan tersebut. Ini dapat wa kaitkan dengan cengkaman kuasa pemerintah negara wa sendiri. Walaupun berbagai spekulasi tentang pemerintahan part politik kerajaan, namun setiap kali pilihanraya, pasti mereka memenangi kerusi masing-masing. Walaupun berbagai usaha pembangkang untuk menjatuhkan lawannya namun sang pemerintah masih steadi duduk di kerusinya. Apabila popular dijadikan kayu pengukur untuk kemenangan sesuatu pihak, maka beginilah yang terjadi. Si petanding pasti melakukan apa juga cara untuk mengekalkan kekuasaannya. Wa tak kata Siti mengundi diri sendiri untuk menang, namun bagi bukan peminat Siti pasti beranggapan sebegitu. Maka jalannya sama seperti parti pembangkang yang menuduh bahawa sang kerajaan melakukan berbagai cara untuk kekal seperti wujudnya pengundi-pengundi hantu, undi pos, penggunaan dakwat kekal dan sebagainya. Oleh kerana sistem ini yang luorang setuju seperti setujunya lu dengan format Akedemi Fantasia. Maka lu sepatutnya bersetuju dengan siapa sahaja yang menang walaupun sang pemenang menipu dengan apa cara sekalipun.

Dan lu boleh lihat Akedemi Fantasia juga berkubur sama seperti sistem undiannya kerana orang ramai yang tidak mengundi untuk artis pujaan mereka. Lu juga perasan yang artis-artis yang lahir dari program undian ni semuanya tidak berkualiti seeperti artis-artis yang di pilih oleh juri-juri professional. Siti sendiri pernah memenangi rancangan Bintang RTM yang mana program itu pemenangnya diadili melalui bakat bukannya undian penonton. Lebih ramai artis yang berjaya melalui sistem program tersebut seperti Jamal Abdilah, Liza Hanim dan beberapa artis yang tak perlu wa sebutkan semuanya. Mereka yang dipilih oleh juri juga tidak semestinya disukai oleh penonton, seperti Ana Raffali yang diangkat dalam Juara Lagu menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku. Namun pada pendapat wa tiada yang lebih professional berbanding juri professional kerana mereka mempunyai ilmu terhadap bidang yang dia ceburi.

Sama seperti sistem pemerintahan Islam dimana khalifah atau imam dan sesetengah tempat memanggil qadi, mereka dilantik oleh majlis syura dimana mereka dalam majlis tersebut merupakan golongan2 bijak pandai dan tidak mempunyai kepentingan pada seseorang ataupun sesuatu. Mereka juga terdiri daripada golongan yang warak ataupun pada masa kini kita gelarkan sebagai alim. Dalam sistem pemerintahan Islam, tiada pilihanraya seperti kini. Pilihanraya sebenarnya berjaya mengaburi mata rakyat kini bahawa sistem tersebut merupakan sistem yang terbaik di mana semua orang berhak bersuara dalam memilih pemimpin mereka.

Namun ketahuilah, bahawa sistem itu akan musnah kerana jika dirujuk kepada perhimpunan yang berlaku baru-baru ini. Ramai yang tidak mempercayai pilihanraya, namun mereka sebenarnya tidak kenal kepada sistem Islam yang jauh lebih baik dari sistem demokrasi. Mereka berhimpun meminta ketelusan dalam sistem yang sememangnya salah.

peeslashass kalau pengadil salah buat keputusan macam mana?

Julai 14, 2011

Demokrasi Lumpuh



peeslashass seronoknya menyertai bersih

Julai 13, 2011

Barang Berharga

[1]
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
[2]
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
[3]
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
[4]
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
[5]
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
[6]
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
[7]
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).


peeslashass satu surah cite pasal taqaful diorang tak guna pun

Julai 11, 2011

Tuntutan Ambiga

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam... tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


peeslashass saja bikin belog panas

Julai 08, 2011

Bertani

Wa bukan nak bercerita tentang kaum-kaum petani yang memberontak di negara satu ketika dahulu. Yang menjadi inspirasi kepada pemuda-pemuda berjiwa punk untuk bangkit esok pagi menuju ke perhimpunan yang dianggap haram bagi sesetengah manusia. Dan ada juga yang menganggapnya perhimpunan yang suci, yang mana dapat membersihkan sistem-sistem yang telah lama wujud di tanah bertuah ini.

Pernah tak luorang perasan suatu ketika dahulu, datuk dan nenek moyang kita merupakan petani-petani yang mengerjakan tanah kurnian Allah. Lu pernah tak dengar yang datuk kepada moyang lu merupakan seorang peguam. Dalam filem-filem lama juga menceritakan tentang golongan-golongan yang lahir lama dan jauh dari kita merupakan golongan petani. Adakah kerana teknologi menyebabkan ramai manusia kini meninggalkan kampung dan tanah untuk menjadi hamba kepada teknologi itu sendiri. Cuba lu tengok sekeliling lu, lu perasan tak ada golongan yang meminta-minta. Ada yang menipu dan mencuri untuk mendapatkan sesuatu. Adakah teknologi mengajar lu untuk melakukan sebegitu.

Pendapat wa, mereka dahulu, maksud wa moyang lu dan generasi sebelum wa hidup dalam Daulah Islam. Daulah Islam merupakan sebuah negara yang ditadbir oleh pemimpin Islam dan bernaung dibawah seorang Khalifah dan sistem pemerintahan ini di panggil sistem khilafah. Pada zaman tersebut, setiap muslim diberi tanah untuk di usahakan sendiri. Mereka juga diberikan bantuan sabsidi seperti baja dan anak-anak tumbuhan. Oleh kerana akhlak mereka pada zaman tersebut jauh lebih baik dari sekarang, maka penjualan sabsidi jarang berlaku pada zaman tersebut. Namun semua itu berubah selepas tanah melayu menerima pakai sistem demokrasi berparlimen. Sistem ciptaan manusia yang pada mulanya kelihatan sempurna. Namun sistem itu semakin lama semakin musnah.



Selepas sistem manusia menjadi pegangan manusia kini. Maka ideologi-ideologi kufar yang lain pun menular dalam fikiran manusia, seperti kapitalis, sosialis, komunis dan macam-macam lagi idea dari luar yang mereka guna pakai. Kita mudah lupa yang sebenarnya jawapan kepada segala masaalah yang berlaku kini ada di tangan kita. Wa jamin setiap rumah yang beragama Islam pasti ada senaskah Al-Quran. Marilah bersama-sama kita wujudkan kembali Daulah Islam. Katakan tidak kepada demokrasi, dan tidak perlulah menyertai perhimpunan yang langsung tidak memberi apa-apa perubahan.

peeslashass lagho ialah sia-sia

Julai 04, 2011

Bersih

Supaya belog wa diusha oleh orang kerajaan. Wa pun nak buat entri pasal bersih. Tapi entri wa bukanlah pasal perhimpunan haram yang mengarut tu. Wa nak cite pasal bersih iaitu bersih suci tu. Lu perasan tak bila lu solat lu ada baca doa iftitah sebelum lu baca al-Fatihah.

Allah maha besar lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan suci dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”

Hanifan tu dikaitkan dengan bersih atau suci, namun ada juga yang menafsirkan sebagai lurus. Tapi untuk konteks ni wa mengambil maksud bersih ataupun suci. Kerana untuk mendirikan solat, seseorang perlulah yakin bahawa dirinya dalam keadaan bersih dan tidak dalam keadaan berhadas samaada hadas kecil atau besar. Selain itu pakaian yang digunakan perlulah bebas dari najis dan najis ni terbahagi kepada 3 najis mukhafafah, mughallazah dan muttawasittah. Yang ni wa kompom luorang dah belajar waktu sekolah rendah dulu. Dalam PAFA pun kena tasmiq pasal najis ni. Tu pun kalau ustaz atau ustazah luorang rajin buat benda ni. Sebab wa rasa masa darjah 6 je wa kena tasmiq. Lepas tu wa tengok PMR ngan SPM wa tiba-tiba je lulus PAFA ni.

Berbalik kepada cerita bersih tu. Dalam solat lu dah bitau yang lu yakin lu bersih tapi lu tetap berserah dengan Allah sebab lu tak tahu kadang-kadang kita yakin tempat tu suci. Tapi ada najis yang kita tak perasan, maka kita berserah kepada Allah. Bersuci atau mahukan sesuatu yang bersih ni adalah sebahagian dari iman. Oleh hal yang demikian bukan sahaja solat menginginkan kebersihan, tapi dalam sumber pendapatan pun kita perlu sucikan dengan membayar zakat dan bersedekah. Dan kadang-kadang lu terfikir tak Allah sangat memudahkan kita dalam segala urusan. Jika nak bersuci, pakai air. Yang mana sumbernya terlampaulah banyak. Kalo dah takde air, dibenarkan pulak menggunakan debu tanah. Kan cantik agama Islam. Tak pernah menyusahkan umatNya.

Dan bagi mengakhiri entri wa kali ini wa mengajak sahabat-sahabat yang membaca belog wa ni tidak terlibat dalam perhimpunan yang mengarut ni. Perhimpunan ini adalah sia-sia. Tapi bagi yang nak pergi gak. Wa harap luorang tak lupa solat sebab sibuk sangat nak berperang ngan polis-polis. Dan satu lagi lu jangan nak samakan perjuangan lu dengan berhimpun ni sebagai jihad. Kalau lu anggap itu jihad, baik lu duk umah ngaji dulu.

peeslashass bersih 2.0 ibarat membenarkan zina dengan memakai kondom

Jun 24, 2011

Tepat Dan Padat

Terima kasih kat Lok Zul sahabat wa yang tunjuk video ni kat fesbuk. Kalau buat video macam ni wa rasa tak payah sampai berjuta-juta kot. Dahlah murah. Effisien kot.



peeslashass membazir amalan syaitan

Jun 21, 2011

3 GP

Minggu lepas kecoh apabila kartun keluaran utusan yang mengutuk parti pembangkang. Ramai yang melenting dan ada juga yang memihak kepada pelukis kartun tu. Wa pun terpanggil untuk mengulas sedikit isu kartun itu. Memang jadi lumrah selalunya dari kecik bila bukak surat khabar, page yang wa kejar nak tengok ialah intisari rancangan dan kartun. Tapi semenjak dah besar ni, wa langsung x beli surat kahabar sebab loya ngan berita-berita yang di sampaikan. Sehinggakan waktu 8 malam pun wa lebih rela menonton drama kappow kat astro ceria. Namun tidaklah menjadikan wa ni tak ambil tahu pasal isu semasa.

Yang ingin wa kongsi ngan luorang ialah isu "Bolehkah Rakaman Video Dijadikan Bukti Kes Zina?". Dan isu ini hampir sama ngan kes kartun itu yang mana minah tu nak report kes rogol. Namun untuk kes rogol pesalah boleh dituduh bawak pertuduhan yang lain. Bagi yang rajin membaca boleh usha penerangan yang agak baik di sini. Wa pula nak cerita pasal kes zina seperti zina-zina 3GP yang banyak dan mudah kita dapati di mana-mana laman sesawang di alam maya ni.

Jawapannya ialah TIDAK BOLEH. Rakaman Video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes zina kerana pembuktian dalam kes zina cuma dibolehkan dengan 3 cara. Cara-caranya ialah :-

1. al-iqrar
2. as-syahadah
3. bukti penghamilan
Al-iqrar tu bermaksud pengakuan dari pelaku zina itu sendiri dengan pengakuan yang jelas yakni pengakuan yang tidak boleh ditarik balik. Dan untuk kemantapan, pengakuan tu boleh dilakukan sebanyak 4 kali. Sebagai contoh A dan B berzina kemudian mereka rasa sangatbersalah dan takut dengan azab Allah dan berharap Allah dapat meringankan hukuman mereka, maka mereka pun mengakuilah perlakuan mereka dan qadi pun bolehlah menghukum mereka berdua.

Manakala as-syahadah pula bermaksud kesaksian yang mana seperti yang di sebarkan dalam kartun tersebut, iaitu saksi dari 4 orang Lelaki Muslim yang adil dan merdeka. Dan mereka berempat menyaksikan perbuatan zina itu dengan jelas iaitu memasukan zakar ke dalam faraj. Dan pendapat wa untuk pembuktian yang kedua ni tersangat-sangatlah mustahil kerana untuk mendapatkan lelaki muslim yang adil seperti mencari jarum di dalam longgokan jerami. Dan bagi yang kena tuduh pula masih ada pembelaan bagi mereka di mana jika mereka benar-benar tidak berzina 4 orang saksi ini boleh di jatuhkan hukuman Qazaf. Jika luorang tah tentang hukum-hukum ini lu pasti takut untuk main tuduh je mana-mana pasangan berzina walaupun ketara videonya tersebar.

Dan yang terakhir pula bukti penghamilan. Iaitu seorang wanita yang hamil dan dia tidak menafikan dia telah berzina. Namun lu langsung tak boleh tuduh mana-mana perempuan yang hamil tanpa suami melakukan zina kerana teknologi kini macam-macam perkara boleh berlaku, seperti permanian berhadas yang tidak sengaja dilakukan terhadap perempuan tersebut ke.

Video tersebut tidak boleh dijadikan bukti namun video tersebut boleh digunakan sebagai usaha untuk membuat si pelaku zina mengaku sendiri iaitu kembali ke pembuktian yang pertama. Namun lu kena tahu gak yang cara untuk mendapatkan pengakuan tu bukan lah secara paksaan tidak kira paksaan secara ugutan ataupun fizikal. Kerana syarat utama dalam pengakuan ialah ikhtiyar iaitu tiada paksaan.

Setakat tu je cite wa kali ni. Kalau lu nak tahu lebih lanjut lagi tentang hukum ni mungkin lu boleh baca entri ni. Sebab wa pun rembat dari diorang.

peeslashass seronok baca komen di keretamayat

Jun 17, 2011

Hacked

Malaysian Hackers The Best..





Dalam Kenakalan Ada Kesopanan..






Sebab Tu Cita-Cita Wa Jadik Hakers Tak Kesampaian..





Sebab Wa Kurang Nakal..





Dah Tu Yang Jaga Server2 Ni Tak Reti-Reti Nak Tambah Dinding Berapi..


peeslahass teringat kat bibir angelina jolie

Jun 14, 2011

Islam

Selepas mengeluarkan kisah tentang The Taqwacores ada beberapa sahabat wa yang bermurah hati bersama-sama mendownload muvie tu. Wa bukan taknak donlod tapi memandangkan wa cuma menggunakan brodband maka agak mustahil wa melakukan aktiviti donwload-download yang bersaiz besar ni. Sebuah filem yang sangat menarik walaupun subtitlenya belum ada kat sub-scene tapi wa masih boleh dapat butir-butir percakapan diorang. Tapi wa nak tengok sekali lagi lepas ada subtitle.

Filem tersebut mengingatkan wa tentang penggunaan perkataan-perkataan yang berkait dengan Islam untuk memajukan persatuan atupun produk mereka. Sebagai contoh, air mineral dengan nama-nama surah sedangkan pemilik kilang air tersebut bukannya Islam. Barang-barang kosmetik dan kebersihan diri juga tidak terlepas dari perkara-perkara ini. Dan yang terbaru, bank-bank dan syarikat insurans menggunakan perkataan-perkataan yang berlandaskan Al-Quran namun misi utama mereka untuk mengaut KEUNTUNGAN. Lama dah wa tak tulis kecik besar kecik besar ni. Dulu Jimbo ngan Pipi pernah maki wa sebab awal-awal dulu wa tulis rajin tekan butang Shift lepas butang Shift. Dan kali ni wa besarkan perkataan keuntungan tu supaya lu sedar yang sang kapitalis kini mempergunakan Islam bagi melakukan produk mereka.

Dan satu lagi penipuan dengan penggunaan nama Islam ialah Malaysia merupakan Negara Islam. Wa bukan menafikan bahawa lu yang membaca belog wa ni tidak Islam, namun penyalah gunaan perkataan Islam itu. Secara jujurnya di benak setiap orang Islam (baca Islam) menginginkan sebuah negara Islam walaupun mereka sendiri tidak faham apakah negara Islam. Nampak seperti wa dah berpusing-pusing di roundabout yang sama. Sekarang ni lu fikir betul-betul negara yang lu panggil negara Islam ni, adakah negara ini membiarkan penjualan arak? Dan mengambil untung dari kutipan cukai dari hasil yang secara terang-terang dikategorikan sebagai haram di dalam Al-Quran. Dan juga judi yang mempunyai lesen di Negara Islam, boleh sesiapa beritahu wa mana-mana ayat Al-quran ataupun Hadith yang membenarkan aktiviti judi.

Bagaimana pula dengan hukum yang di guna pakai di negara Islam luorang ni. Adakah hukum-hukum ini berlandaskan Islam dan kita saksikan juga kuasa mahkamah syariah sangat kecil berbanding kuasa mahkamah-mahkamah yang lain. Arakian yang demikian cuba lu cerita kat wa mana negara Islam kat muka bumi Allah sekarang. Jika tiada bila lagi kita semua nak wujudkan. Sanggupkah lu biarkan zuriat lu akan datang merasai apa yang kita rasai kini.

peeslashass masa untuk bangkit dari tidur yang panjang

Jun 09, 2011

U Tiub

Sekarang ni memang musim-musim kutuk mengutuk vidiyo-vidiyo orang kot. Bagi wa youtube memang lejen. Diorang berjaya membuat satu tren. Tren yang sangat rare. Sampai minah-minah yang payah nak popular pun tiba-tiba popular. Tak perlu masuk rancangan realiti macam Akedemi Sosial. Duduk depan laptop cakap benda-benda ngarut, terus aplod kat youtube.

Sekarang ni kecoh pasal pengarah muda Gambit dan Prema Yin dengan vidiyo ala-ala lucah. Diorang memang bijak mengguna situasi. Yang kondem ni bukan apa. Sebenarnya Prema Yin ni bukak tak abis. Vidiyo pun tak cukup memberahikan. Melodi pun boring tengah takde cite. So naikkanlah cite minah ngan mamat ni.

Bagi wa, vidiyo-vidiyo camni takde efek untuk wa pun. Kalo letak kat pasaran antarabangsa pun diorang tak heran. Maybe lagi diorang nak tengok kalau minah tu berkebaya ketat lepas tu menari ghairah abis. Yang laki tu pulak tengah pakai kain pelikat, muka maintain camtu tapi adik bangun. Dah wa malas cerita budak-budak ni. Terima kasih kepada youtube wa nak layan muvie ni.



Wa dah tengok sikit muvie ni online tapi problemnya sound lari ngan vidiyo menyebabkan wa malas nak layan. Secara basicnya muvie ni pasal budak-budak punk tapi Islam. Diorang buat perkumpulan diorang sendiri dan gelar diri diorang Taqwacores. Berapa taqwanya diorang tu yang wa nak tengok. Dan filem ni kompom takkan keluar kat Malaysia, sebab bagi rakyat-rakyat Malaysia menonton filem seperti Priest lebih baik dari kisah Islam yang pada pandangan mereka salah. Dan jawapannya YA. Orang Melayu menganggap Islam yang mereka tahu adalah Islam yang sebenar-benar Islam. Dan Orang Melayu tak ingin tahu bagaimana Islam di China, Islam di India, Islam di Amerika.

Salah satu yang menarik tentang filem ini ialah isu yang di bangkitkan apabila seorang mamat punk ni melaungkan azan menggunakan gitar. Pada pendapat wa bukan melaungkan azan la, tapi melodi azan tu di gitarkan untuk mengajak solat Subuh. Dan pastinya ada yang memaki perkara ini sama seperti memaki vidiyo Prima Yin. Namun, adakah perbuatan itu SALAH??



Dan ada satu part tu, seorang minah ni mengimamkan jemaah dan ada lelaki. Satu yang memang totally salah, namun wa nak tengok kenapa hujahnya sebegitu. Sebab apa yang wa saksikan cumalah 10 minit filem. Filem ini dibikin melalui sebuah buku yang tajuknya juga sama. Penulisnya ialah Micheal Muhammad Knight. Wa tak pernah cari buku ni. Tapi yang pasti tiada di MPH. So Kepada yang berminat bolehlah download di Internet dan jika dah dapat, sedekahkan kat wa satu copy. Sebagai penutup layan lagu tema filem ini. Hukum Syariah di US.



peeslashass Hukum Syariah di Tanah Melayu pun dibuat main
peeslashass 2 pemenang haikalaway akan dihubungi setelah baju siap

Mei 24, 2011

Haikalaway

Memandangkan ulangtahun kelahiran wa bakal tiba, wa bermurah hati untuk menghadiahi 3 pembaca belog wa sesuatu yang rare. Iaitu baju buatan wa sendiri. Caranya mudah. Tidak perlu kopipes apa yang wa tulis. Sebarkan kat orang lain ke. Sebab bila lu buat camtu peluang lu untuk menang semakin tipis. Kalau boleh lu kekalkan semangat pentingkan diri, sebab nanti masa kat padang masyar pun lu xkan senang-senang nak tolong orang lain.

Lu cuma perlu buat satu entri dengan mengfulfill ayat ni je.."Wa baca belog orang untuk ....." Lu isi dengan apa sekreatif mungkin. Lu tulis kat belog lu bitau wa ngan tinggalkan link lu kat wa. Jurinya wa sendiri. Ingat jangan sebarkan kat orang lain. Ini antara kita-kita je. Bagi mereka yang tak main blog boleh komen di fesbuk wa pada entri ini. Lu komen je kenapa lu baca belog orang lain.

Tarikh tutup penyertaan ialah 3 hari selepas hari lahir wa iaitu 31 Mei. Ke rare an baju buatan wa memang rare sampai tiada gambar akan di pos sebelum tamat pertandingan. Nanti yang menang akan wa hubungi dan mintak saiz baju. Jom buat entri jom

peeslashass rezeki Allah yang bagi bukan wa yang kasi

Mei 16, 2011

Selamat Hari Guru

Lu perasan tak semenjak ada hari mengenang seseorang ni maka hari tu akan menjadi hari yang di nanti-nanti. Macam hari ibu, si Ibu akan ternanti-nanti ganjaran yang diperolehi. Hari Buruh yang mana semua orang sepatutnya bercuti, namun masih ada lagi si Gila Kerja dan kena paksa kerja bekerja pada hari itu. Tidak lupa Hari Guru, guru sedang stenbai dapat hadiah dari anak murid. Apatah lagi makanan-makanan yang sedap hasil dari duit cukai pendapatan dan tabung PIBG. Pada hari tersebut sambutan kompom meriah ngan persembahan anak-anak murid yang menanti masuk akedemi fantasia.

Dan paling penting sajak hari guru yang di ulang-ulang beserta lagu kami guru malaysia dinyanyikan beramai-ramai. Wa letak satu sajak popular untuk hari guru.

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979
Ni tulisan Usman Awang. Siapa Usman Awang, lu carik sendiri kat internet. Bersepah, dan wa tak nak sepahkan lagi. Lu baca sajak tu betul-betul dan lu rasa cikgu-cikgu sekarang ni layak ke mendapat pujian sebegitu. Jika hari ini seorang Perdana Menteri yang salah guna kuasa, Jika hari ini seorang Raja hanya duduk di takhta, Jika hari ini seorang Presiden memusnahkan sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang takut pada penguasa, Jika hari ini polis makan rasuah, Adakah ini semua berpunca dari guru?

Wa bukannya benci kepada guru, cuma wa rasa apa yang sepatutnya di ajari tidak sepatutnya sebegini. Kini guru hanya menekankan akedemik dan pendidikan sivik juga kini hanyalah sebuah matapelajaran. Guru sepatutnya mendidik tentang sivik, bukannya mengajar matapelajaran sivik.



Papehal guru-guru di malaysia memang spoting. Tunai tetap kami tunaikan

peeslashass lagu guru malaysia feveret didy

Mei 09, 2011

Tanpa Tajuk

Kematian Osama dan Sai Baba membuatkan pengikut-pengikut mereka bersedih. Wa tak pasti tentang kontroversi dunia. Sandiwara mainan dajal yang pastinya.

Tapi yang pastinya pengkebumian kedua-duanya dilayan sungguh berbeza. Wa terfikir juga kalo pemimpin negara wa ni corak pemerintahan secaya Rasulullah. Kalo tak dapat pun ada ciri-ciri sahabat pun okay la. Yang pastinya Amerika dan sekutunya Israel serang tanah melayu jika wujudnya pemimpin yang macam tu. Luorang yang rasa selesa di depan laptop ataupun PC masing-masing takde rasa nak keluar berjihad ke.

Kenapa wa rasa nak berjihad. Sebab bila kira amal wa ni wa rasa wa payah nak cium bau syurga. Yelah sering kali wa terfikir azan wa dengar tapi nak menuju ke masjid sikit punya payah. Inikan pula nak beri'tikaf. So mungkin jalan lain untuk mengecapi kebahagian ialah berusaha mengembangkan agama yang benar ni.

Tapi layak ke wa nak berjihad?

peeslashass lu dahlah loser kat dunia takkan nak jadik loser di akhirat kelak?

April 24, 2011

Interlok

Pentup yang sangat-sangat lambat. Sehinggakan wa sendiri dah lupa cerita interlok ni. Namun sekurang-kurangnya wa merupakan salah seorang yang berjaya menamatkan membaca buku kontroversi ini. Dalam buku interlok ini ketiga-tiga kaum di satukan dalam latar masa yang sama. Jika buku-buku sebelum ini latar masa bagi setiap cerita adalah berbeza dan latar tempat juga berbeza namun di pengakhiran setiap buku adalah bertempat di negeri yang sama.

Memandangkan nama watak pun wa dah kurang ingat, so wa try my best la untuk mengingatinya. Dalam buku ini konflik yang berlaku ialah apabila kedatangan jepun ke tanah melayu. Kerana kekejaman jepun penduduk-penduduk tanah melayu telah berubah. Biasalah bila berada dalam keadaan tertekan maka akan berusaha untuk keluar dari tekanan tersebut. Ini dapat di buktikan dalam fizik yang mana apabila sesuatu unsur mengalami tekanan, wa bagi contoh udara. Udara yang bertekanan tinggi akan berusaha untuk keluar dari kawasan bertekanan tinggi dan itulah yang menyebabkan letupan jika tekanan yang di hadapi dalam keadaan melampau.

Berbalik kepada cerita interlok ni, setiap kaum berusaha untuk melarikan diri dari tekanan yang diberikan oleh tentera jepun. Namun ada juga yang mengambil kesempatan untuk melakukan huru-hara dan membalas dendam. Kedai Cing Huat menjadi mangsa kerana harga barang yang meningkat dan ada yang cuba menculik anak perempuannya. Namun Seman yang pada asalnya datang untuk mencuri semula geran-geran miliknya dari Cing Huat membantu anak perempuan Cing Huat. Seman yang pulang semula ke kampungnya kerana ingin berkahwin dengan anak XXX Ranggi (wa dah lupa). Sebenarnya nak kahwin ngan anak tok gurunya, tapi anak tok guru dia tu kahwin ngan membe dia tu. Seman meletakkan ibu dan anak perempuan Cing Huat di kampung Maniam. Lu tengok berapa mulianya di angkat watak maniam ni. Jadi saviour.

Anak lelaki Cing Huat yang lari dari rumah tu join komunis dan macam lu orang tahu komunis ni pada mulanya membantu omputih menewaskan jepun nama pasukan tu Force 136 kot. Omputih ni pandai anta barang2 je tapi takut nak perang ngan jepun ni. Maka kiranya part2 menarik ada kat buku interlok ni. Tapi sebelum lu nak rasa menarik tu lu kenalah baca buku-buku sebelum tu. Dan pengakhiran cite interlok ni digambarkan tentang kemerdekaan dan macam mana anak lelaki Cing Huat balik dan dapat pengampunan. Namun still dapat kecelakaan. So keseluruhannya wa seronok baca interlok. Wa sudah berhasil merasakannya. Anda bila lagi

peeslashass wa nak buat MLM lepas ni. Fak!!

April 07, 2011

Orang Melayu

dengki mesti ada..
kalo dah nampak ada kete rives mesti nak laju-laju taknak bagi can kete tu keluar..







bangga sifat terpuji..
bila dengar je ada bangsa lain boleh cakap melayu bangganya mengalahkan ayam dapat telur..








sensitif mengalahkan perempuan..
bila ada yang cuit sikit pasal bangsa melayu menggelupur macam cacing kena suluh ngan spotlight..








sekarang ni penyakit orang melayu dah melular ke semua rakyat malaysia sebab 1malaysia..









peeslashass wa xnak jadik melayu, yang wa tau wa dilahirkan sebagai orang islam

Mac 23, 2011

Bagaimana Mencipta Musuh?



10 langkah mudah untuk membuat musuh dan memulakan perang:
Dengar erat kerana kita semua akan melihat ini senjata yang digunakan dalam kehidupan kita.
Hal ini boleh digunakan pada masyarakat yang paling bodoh sampai yang paling berpendidikan tinggi.
Kita perlu melihat taktik mereka sebagai senjata melawan kemanusiaan dan bukan sebagai kebenaran.

Langkah Pertama: mencipta musuh. Kadang-kadang hal ini akan dilakukan untuk anda.

Langkah Kedua: pastikan musuh yang telah anda pilih tidak seperti anda.
Mendapati perbezaan yang jelas seperti bangsa, bahasa, agama, kebiasaan diet
fashion. Tekankan bahawa tentera mereka tidak melakukan pekerjaan,
mereka adalah pembunuh kejam yang menikmati membunuh!

Langkah Ketiga: Setelah perbezaan ini ditetapkan terus menguatkan mereka
dengan semua maklumat yang disebarkan.

Langkah Keempat: Memiliki media penyiaran hanya maklumat yang parti yang berkuasa
ini dapat dilakukan melalui media menjalankan negara.
Ingat, dalam masa konflik semua untuk media-labah mengulangi maklumat parti yang berkuasa.
Oleh kerana itu semua media untuk-keuntungan menjadi milik negara.

Langkah Kelima: acara ini musuh dalam tindakan yang tampaknya aneh, militan, atau berbeza.
Selalu menggambarkan musuh sebagai non-manusia mesin, jahat, pembunuhan.

[Chorus:]
INI ADALAH CARA UNTUK MENCIPTAKAN MUSUH. INI ADALAH CARA UNTUK MEMULAKAN PERANG.
INI ADALAH CARA UNTUK MENCIPTAKAN MUSUH.

Keenam langkah: Menghilangkan pembangkang dengan parti yang berkuasa.
Buat sebuah "Kami versus Mereka" mentaliti. Tidak meninggalkan ruang untuk pendapat di antara keduanya.
Salah satu yang tidak menyokong semua tindakan parti yang berkuasa harus dianggap pengkhianat.

Langkah Ketujuh: Gunakan nasionalistik dan / atau agama simbol dan retorik untuk mendefinisikan semua tindakan.
Hal ini dapat dicapai dengan slogan-slogan seperti "orang-orang mencintai kebebasan berbanding dengan mereka yang membenci kebebasan."
Ini juga boleh dicapai dengan menggunakan bendera.

Langkah Kelapan: Jajarkan semua tindakan dengan dewa yang dominan.
Hal ini sangat efektif untuk menggunakan istilah-istilah seperti, "Ini adalah tuhan akan" atau "Tuhan memberkati bangsa kita."

Langkah Kesembilan: Design propaganda untuk menunjukkan bahawa anda tentera
mempunyai perasaan, harapan, keluarga, dan orang-orang terkasih.
Jelaskan bahawa tentera anda lakukan tugas, mereka tidak mahu atau suka membunuh.

Kesepuluh langkah: Membuat dan suasana takut, dan ketidakstabilan
dan kemudian menawarkan parti yang berkuasa sebagai penyelesaian hanya untuk keselesaan ketakutan awam.
Mengingat rasa takut yang tidak diketahui selalu ketakutan terkuat.

Kami bukan negara. Kami tidak bangsa. Kami tidak agama.
Kami bukan dewa. Kami tidak senjata. Kami tidak peluru. Kami tidak pembunuh.
Kami TIDAK akan perkakas.

Ibu bajingan
Aku tidak akan mati
Aku tidak akan membunuh
Aku tidak akan budak anda
Aku tidak akan melawan pertempuran anda
Aku tidak akan mati di medan perang anda
Aku tidak akan berjuang untuk kekayaan anda
Saya bukan seorang pejuang
Saya seorang manusia!


Terima kasih google translate. Ibu bajingan. Haha.

Cuma satu je yang wa kurang sependapat ngan diorang. Agama, kerana mereka tidak kenal agama Islam sebenarnya. Dan apa yang mereka perjuangkan sebenarnya adalah apa yang dianjurkan oleh Islam. Dan mari kita kenalkan mereka dengan Islam.

peeslashass dengar dan tapis dulu apa yang lu nak dengar. Bukan setakat sebut bayi je.

**bukan benda ni ke amerika buat kat libya?

Mac 02, 2011

Revolusi

Maaf kerana memotong mood tentang interlok. Wa rasa isu ni lebih penting untuk wa suarakan. Saudara-saudara wa di tanah arab sedang berrevolusi. Lepas satu, satu lagi negara di tanah arab meminta pemimpinnya berundur. Jika setiap negara Islam berusaha menggulingkan kerajaan, adakah mereka akan gembira dengan pemerintahan pembangkang. Dan bagaimana pula kerajaan di Tanah Melayu ni. Adakah kalian masih lagi selesa dan tidak gentar jika pihak pembangkang mempergunakan isu ini untuk menyuntik semangat pemuda-pemuda yang sememangnya semakin merasai apa yang dirasai seperti saudara-saudara mereka di Tanah Arab.

Di Libya kecoh apabila Imam mereka, iaitu Muammar Gaddafi mengarahkan tenteranya menembak perusuh. Dan menyebabkan wa sentiasa berfikir, apakah rusuhan satu langkah yang baik untuk mengubah sesuatu. Dan wa rasa wa perlu kaji semula sejarah. Setahu wa, sewaktu zaman Rasulullah dahulu, beliau tidak pernah menganjurkan rusuhan, tidak kira rusuhan secara aman ataupun secara huru hara. Dan apa yang berlaku di sana menyebabkan wa berasa kesal dengan apa yang terjadi. Dan kini perang saudara bakal berlaku. Bermacam konspirasi yang muncul di kala ini. So apa yang Rasulullah lakukan sewaktu Islam mula kembali bersinar di bumi Allah ini. Allah menyuruh Rasulullah berhijrah. So wa rasa jika lu rasa tempat lu dah tak caya, dan pemimpinnya macam celaka, lu hijrahlah. Tapi, takkanlah lu nak buat kat semua tempat macam tu. Hijrah merupakan langkah terakhir Rasulullah ketika itu, langkah pertama Rasulullah ialah memperkuatkan IMAN pengikut-pengikutnya dan menyeru mereka yang lain untuk beriman. Dan perkaitan iman ni bersangkut paut dengan akidah lu. Jika lu benar-benar beriman, pasti akidah terbaik tidak kiralah sebelum ni lu penjenayah terkenal ke, perompak yang disegani ke. Namun jika lu sudah beriman, kompom akidah lu the best.



So sekarang lu cek balik sama ada diri lu kini sudah beriman ataupun lu cuma seorang Islam. Jika Islam lu cek balik lu Islam keturunan ke Islam dalam IC ke Islam yang cuba menjadi orang yang beriman. Bagi Imam-imam di luar sana, lu pun kena cek kenapa pengikut lu menyampah ngan lu. Mereka yang merasa beban. Wa rasa pemimpin-pemimpin sekarang idola mereka bukanlah Rasulullah, walaupun Rasulullah merupakan tokoh yang disegani sebab wa tak nampak lagi mana-mana imam yang mengikuti corak pemerintahan beliau di bumi Allah kini.

peeslashass wa rasa nak hadiahkan buku Umar Abd Aziz kat PM kita la

Februari 28, 2011

کلوارݢ مانيام

Maniam baru sahaja melangsungkan perkahwinan di Karala. Dia dilahirkan dalam keluarga berkasta Paria. Kasta Paria ni kasta paling rendah kat India. Kat India memang mengasing-asingkan antara kasta. Tak silap wa, kasta paling tinggi kasta Brahma kot. Takpe abaikan pasal kasta tu sebab dalam Islam memang takde pasal kasta-kasta ni. Hamba macam Bilal bin Rabah pun Rasulullah treat sama je ngan sahabat-sahabat yang lain yang jauh lebih kaya. Oleh kerana tekanan hidup, si Maniam ni pun berangkatlah ke Pulau Pinang. Kali ni direct, x macam si Cing Huat yang kerja kat Singapura baru pergi ke Pulau Pinang dan kemudian ke Simpang Empat. Sebenarnya wa kurang pasti, Simpang Empat tu ada kat Kedah ke Perlis.

Selepas meninggalkan isterinya di India, si Maniam ada gak anta duit kat bini dia. Tapi sebenarnya duitnya kena sailang ngan mamat nama Pillay. Bukan duit je kena sailang, ngan bini kena sailang sekali. Cerita ni di bawa oleh Suppiah yang baru sampai kat Penang. Sebab rasa sedih ngan segan ngan orang kampung so dia blah la dari situ. Dia pergi ke kebun yang lain. Kebun ni wa tak ingat kat mana. Tapi kat kebun ni dia baiklah ngan ketuanya, sampai ketua tu kawinkan dia ngan anaknya Malini. Majlis pun buat ala besar-besaran dan mas kawin utk si Maniam pun tinggi gak. Si Maniam lak tak bitau yang dia dah kawin kat India. Sebab dia bajet rahsia dia selamat sehinggalah satu hari lepas hari-hari gembira dan si Malini dah mengandung. Si Suppiah tu boleh sampai lak kat kebun si Maniam ni. Maniam pun jadik gusar la. Tembelang dia kompom pecah. Dia jadi tak tenteram sampai keje pun tak terbuat sebab terbayang-bayang apa yang bakal berlaku. Sampai kantoi la ngan omputih manager ladang.

Si Suppiah di tempatkan di rumah Mariama. Minah ni memang x boleh simpan cite. Tapi memang niat si Suppiah ni nak suh sebarkan cerita si Maniam tu. Bila cite tu tersebar, maka si Maniam ni naik hangin la. Dikejar si Suppiah tu satu kampung sampai ke rumah omputih tu. Cambiasa omputih tu main senapang je la. Tertembaklah si Maniam, Suppiah nyorok bawah rumah omputih tu. Bila tengok si Maniam, omputih ni apa lagi sebab teringat kes Maniam x buat kerja kan. So dia bajet si maniam ni memang buat hal je la. Tapi Malini sempoi, dia backup la laki dia. Tapi bapak Malini taknak jadik kucar kacir, dia halaulah si Maniam. Biasalah jaga reputasi sebagai ketua kuli. Maniam x sempat cerita yang salah si Pillay. Si Suppiah lak cite lain dia cite si Maniam ni tinggalkan bini kat kampung tak bagi duit, lepas tu senang lenang kat sini. Akhirnya Maniam pun bawak diri.

b e r s a m b u n g INTERLOK

peeslashass apa jadahnya diorang x puas ati ngan perkataan pariah tu..

Februari 22, 2011

کلوارݢ چيڠ هوات

Kisah dimulai dengan kepayahan sebuah keluarga dalam bercucuk tanam. Wa mulanya tertipu ngan latar tempat permulaan cerita ini. Wa langsung tak saspek yang famili ni masih lagi di Tanah Besar Cina. Wa saspek diorang duk kat hulu mana kat Tanah Melayu. Tapi penceritaan tentang perjalan bot yang tersangat lama meyakinkan wa diorang kat Tanah Besar Cina. Keluarga Kim Lock cuma 3 beranak. Dia isterinya dan anaknya Cing Huat. Hidup mereka di tentukan dengan hasil jualan padi kalau tak silap wa. Dan selalunya bala menimpa mereka seperti banjir dan pada musim tersebut wa dan seluruh ahli kampung tersebut tertipu dengan gelap yang meliputi langit. Mereka sangkakan hujan bakal turun, namun tanaman mereka diserang belalang. Dalam gambaran wa belalang cerita Bugs Life.

Kemudian Kim Lock terkejut dengan kepulangan seorang sahabat lamanya. Wa tak ingat namanya tapi mamat tu datang dengan kemewahan dan memancing orang-orang kampung mengikutnya ke bumi bertuah. Dia kencing cina-cina kampung tu tentang tambang ke bumi bertuah tersebut. Kim Lock pun tertipu, dia bawak anak lelakinya Cing Huat dan meninggalkan isterinya. Dia yakin bila dia berjaya macam mamat tu dia dah boleh bawak bini dia ke bumi bertuah tu. Kisah cina tipu cina ni wa teringat kata membe cina wa time belajar dulu. Mamat ni memang satu-satunya cina yang boleh lepak-lepak ngan budak melayu. Main snuker same-same, dan wa satu matrix ngan dia. Masa mula-mula masuk matrix, mamat ni langsung x reti cakap cina. Wa rasa dia cina murtad. Tapi sebab x ramai budak Melayu nak lepak ngan dia, dia terpaksalah belajar cakap cina sket-sket. Wa pernah tanya dia, nape dia kurang bergaul ngan cina. Dia cakap bapak dia pun kawan ngan Melayu je. Bapak dia bitau dia cina bukannya tolong cina, cina lagi ramai tipu cina. Okay wa bukannya nak timbulkan isu perkauman. Tapi cerita tipu menipu ni bukanlah berkaitan ngan bangsa. Dan bukan berkaitan agama pun kerana tiada satu pun ajaran agama yang membenarkan penipuan. Walaupun ayah pin yang menipu tu pun tak bagi orang menipu bila berbisnes.

Kembali kepada Kim Lock, setelah berminggu-minggu di atas kapal, akhirnya mereka tiba di tanah bertuah yang dikatakan oleh mamat penipu tu. Wa saspek tu tanah Melayu. Dem, wa kena tipu lagi, rupanya Temasik. So si Kim Lock ni berusahalah kumpul duit nak bukak kedai ngan bawak bini dia datang situ. Anaknya Cing Huat jadi pembantu kedai makan, manakala si Kim Lock jadi penarik beca. Tapi punyalah kuat dia berusaha, dia masih tak mampu bawak bini dia datang, dah la kena kencing harga tambang lepas tu mamat penipu tu cakap hutangnya tak abis-abis lagi. Sedangkan dia kira jumlah dia kena bayar patutnya dah cukup. Dia nekad lari ngan anak buah si penipu tu lepas dia jumpe budak tu kat tempat anak dia keje. Anak buah penipu kata pakcik dia memang kuat kencing, ramai yang dah kena kencing ngan dia. Tapi kali ni si Kim Lock berhati-hati supaya tidak ditipu lagi. Dia ajak Cing Huat lari ngan dia ke Pulau Pinang. Mula-mula Cing Huat tanak gerak, dia dah selesa keje kat situ tapi bapak dia ajak dia jugak. Oh lupa lak dia ada terjumpa orang kampung dia kot dan orang kampung dia cakap bini dia dah mati kat kampung. Tu yang buat dia nak belah dari Singapura.

Lepas dia sampai Penang, dia jadik penganggur lama gak la. Last-last dia jadik penarik beca balik. Mula-mula dia dengar cite ada lombong baru nak bukak. So boleh la dia kerja lombong. Gaji pun tetap. Cop, wa rasa kat Singapore pun dia ada keje kat lombong. Wa kurang ingat la yang tu. Lepas tu dia rasa kehidupan dia lagi sempit dari dia kat Singapore. Dia pun adalah dengar cite kat tanah besar tu ada kerja yang menanti. Kerja lombong gak kot. Masa dia nak belah tu dia terjumpa anak buah penipu tu. Anak buah penipu tu ajak dia g tanah besar dan bagi peluang berniaga. Sebab ada orang melayu nak jual kedai dia. Cita-cita Kim Lock nak ada kedai dah hampir tercapai. Cuma tak dapat bawak bini dia je. Dia pun cargas pindah sekali lagi. Dan anak dia pun ikut dan kedai diaorang pun daripada jual barang sikit-sikit dah jadik besar. Tapi bagi mengelak kesunyian Kim Lock ada awek baru, tapi Cing Lock tak suka sebab awek dia tu kuat isap candu sampai Kim Lock pun dah terpengaruh. Nasib baik si Cing Huat rajin, kalo tak dah lingkup kedai dia. Kim Lock ngan awek dia mati lepas tu. Cing Huat take over bisnes tapi sebelum bapak dia mati dia dah di kawenkan ngan anak kepada anak buah penipu tu. Cing Huat dapat 4 orang anak dan orang kampung gelar Cing Huat dengan gelaran Panjang.

Dia dapat gelaran tu masa muda-muda sebab gunjai. Tapi bila dah tua dia pun jadik boroi. Anak dia 2 laki dan 2 pompuan. Dia tak suka dapat anak pompuan. Tapi takde la sampai bunuh anak dia tu. Namun anak dia yang sulung je yang ikut perangai abah dia. Nak majukan kedai. Yang no dua boleh berkawan ngan Melayu dan tak setuju dengan tindakan abah dia halau Seman. Hal itu menyebabkan bapak dia maki anak no 2 dia dan halu dia keluar.

b e r s a m b u n g Keluarga Maniam

Februari 21, 2011

Interlok = انترلوق

Memula wa cuba merungkai maksud interlok dulu. Mungkin ramai yang tak tahu apa yang dimaksudkan oleh penulis tersebut iaitu sasterawan negara Abdullah Hussain. Interlok merupakan perkataan Bahasa Inggeris iaitu 'Interlock'. Perkataan ini sesuai digunakan seperti "He interlocked his hand" dan bagaimana situasi itu berlaku ialah apabila lu masukkan jari tangan kanan lu dan masuk ke jari tangan kiri lu. Ada pihak yang memaki kerana perkataan yang digunakan bukan berbahasa melayu. Pada wa langsung takde hal pun kerana ini bakal menimbulkan minat kepada insan-insan yang bodoh bahasa inggeris seperti wa untuk membuka kamus dan mencari maksud interlok selepas tidak ketemu di kamus bahasa arab. Dan pendapat wa mereka yang sibuk-sibuk membakar dan membuat provokasi tentang interlok ni merupakan mereka yang tak baca buku dan kerjanya kutuk mengutuk dan dengar cerita orang sahaja. Bagi wa interlok merupakan karya yang hebat yang pernah wa baca. Untuk pengetahuan luorang, wa tak pernah baca buku-buku sasterwan negara.


Buku ini terbahagi kepada 4 buku. Buku 1 = Keluarga Seman, Buku 2 = Keluarga Ching Huat, Buku 3 = Keluarga Maniam, Buku 4 = Interlok. Ini merupakan buku pertama yang wa baca mempunyai 'twist' yang caya macam cerita prison break. Wa memang suka filem ataupun drama yang mempunyai sifat-sifat 'twist' dan filem twist yang terbaik ialah dorm daze. Filem melayu pula wa anugerahkan kepada Belukar. Okay entri hari ni wa hadiahkan untuk adik-adik yang malas untuk membaca buku interlok demi menjawab soalan cikgu BM. Jangan risau memang ramai golongan yang malas membaca buku ilmiah berbanding majalah-majalah fesyen. Namun bagi menjawab soalan SPM wa cadangkan lu cari buku-buku yang dah siap cerita pasal tema, watak dan perwatakan, latar dan ntah apa lagi wa dah tak ingat dah. Ni kiranya gambaran yang sempat wa rakam dan wa cuba luahkan.

Buku 1 = Keluarga Seman
Kisah dimulakan dengan watak Seman dan ibunya yang sedang melakukan aktiviti harian orang kampung seperti yang luorang lihat dalam tv. Mengemas laman, memecahkan kayu untuk menjadikan kayu api dan bersembang tentang jodoh si Seman. Macam biasa akan ada watak-watak anak gadis melayu yang dalam gambaran wa berbaju kurung dan berkain batik yang wa saspek gadis-gadis melayu kini dah tak reti pakai dan nak tidur malam pun pakai pijama. Watak bapa Seman diperkenalkan dengan bunyi batuk yang menandakan beliau tidak sihat. Dan menjadi resmi orang melayu yang lebih mempercayai bomoh berbanding kuasa Allah, maka isu bomoh juga diketengahkan dalam kisah Seman. Bomoh yang sememangnya takbur akan memberitahu bahawa kuasanya mampu menyembuhkan sakit akhirnya tewas dengan kuasa Allah dimana Musa iaitu bapa Seman mati di pertengahan bab 1. Dan seperti filem-filem cina jika seseorang tu nak mati pasti akan bisik sesuatu ke telinga anaknya dan memberitahu kisah sebenar. Seman merupakan satu-satunya anak Musa dan Limah. Keluarga mereka tidaklah terlalu daif namun bolehlah dikatakan selesa. Mempunyai tanah dan ternakan untuk diusahakan. Namun kematian Musa menyebabkan konflik bermula. Dan silap Musa mendidik anak dengan tidak menghantar Seman ke sekolah juga menjadikan kisah keluarga ini lebih menarik. Cina yang digelar Panjang yang mempunyai kedai di kampung tersebut merupakan seorang yang akan menjadikan keluarga Seman huru-hara. Terhutang budi merupakan ayat yang sesuai digunakan dalam konteks ini. Sememangnya budi-budi ni mainan orang Melayu dan kerana budi tanah tergadai, sama berlaku dari zaman dahulu lagi. Contohnya Pulau Pinang yang dihadiahkan kepada omputih kerana budi membantu dalam peperangan. Dan beberapa negeri atau daerah dengan selambanya mereka yang digelar pemimpin beri kepada orang asing.

Rupa-rupanya Musa telah ditipu oleh Panjang, kerana ingin menjaga maruah selepas berkahwin lari dan ingin menunjuk kepada keluarga yang beliau mampu berada walaupun tanpa bantuan keluarga. Ego dan budi merupakan sesuatu yang betul-betul wujud dalam benak setiap orang melayu. Taknak mengaku kalah wa tambah lagi satu untuk lu sedar sikit. Dan ada lagi satu sifat yang lebih menyerlah ketika ini. Nak kaya dan hidup senang tapi taknak kerja susah-susah. Kerja bermodalkan air liur dan lepak-lepak di kedai kopi. Sangat MELAYU. Selepas Seman mendapat tahu yang keluarganya ditipu pada dasarnya beliau tidak tahu mereka ditipu kerana Seman tidak belajar dan langsung tidak tahu apa yang ditulis oleh cina Panjang tersebut dan menyedari tertipu selepas meminta bantuan Ketua Kampung dan Lebai Man yang merupakan guru agamanya. Terdapat satu watak lagi yang sangat berusaha membantu Seman yang merupakan sahabat sebaya Seman namun beliau bersekolah dan menjadi seorang guru. Lazim merupakan watak yang sememangnya wujud dalam diri anak-anak muda yang berkobar-kobar inginkan kebebasan dan rebel. Watak ni lebih kurang watak yang wujud dalam diri wa. Apa yang wujud kebanyakkanya tidak betul dan harus dibetulkan.

Selepas menyedari ditipu Seman mengambil keputusan untuk keluar dari kampung kerana segan dan malu menghadapi jiran tetangga walaupun Lazim berusaha menempatkan beliau di tanah milik ayahnya di hujung kampung. Namun ego Seman lebih tinggi dari gunung Jerai. Dia dan ibunya keluar dari kampung selepas Panjang dan beberapa orang macai ataupun bodigad menyergah Seman dan ibunya dirumahnya. Ketua kampung dan Lebai Man tak mampu melakukan apa-apa. Nak buat laporan mahkamah jauh kot. Lagipun belum ada lagi anak kampung yang jadi loyer ketika itu.

Buku 2 = Keluarga Ching Huat

b e r s a m b u n g entri berikutnya. Letihla wa menaip. Dah lama tak menaip panjang-panjang. Wa memohon maaf jika ada tersilap nama watak dan situasi. Sebab buku dah takde kat wa. Wa main tulis apa yang wa ingat je ni.

peeslashass cuma satu perkataan Pariah

Februari 16, 2011

Bila Berbicara Tentang Agama Orang Tak Layan?

Pernah tak luorang lepak ngan kengkawan lu yang tengah sibuk duk kutuk artis memana, ahli politik memana lepas tu lu celah dengan cerita dosa dan pahala. Sembang camne nak khusyuk dalam solat dan pertikaian mengenai pendapat ulama' ni dan ulama' tu. Adakah mereka akan layan lu dan seboleh-boleh mengelak dari berbual ngan lu. Oleh hal yang demikian, cuba lu cari ruang yang terbaik untuk menyampaikan apa yang cuba lu sampaikan. Sebagai contoh bila dioarang tengah marah2 pasal pemimpin ke ahli politik ke. Lu pun bagitau cadangan yang terbaik untuk mengatasi masalah itu. Lu katakan yang punca segala masalah di dunia kini adalah berkaitan dengan wang.

Percaya atau tidak memang wanglah penyebab utama segala masalah yang berlaku dalam dunia ini. Jika tidak percaya cuba tanya apa-apa masalah dan wa akan sedaya upaya mengaitkan dengan wang. Namun ada juga masalah yang tidak berpunca dari wang namun wa yakin kebanyakkan masalah berpunca dari wang. Dan selepas lu kaitkan punca masalah dengan wang, lu kaitkan pula dengan riba' yang mana riba' ini jarang2 di perkatakan oleh semua orang. Semua orang takut akan riba' namun mereka sendiri bersembunyi dalam riba'. Bila mereka yakin dengan masalah riba ini lu ceritakan bagaimana untuk mengatasi masalah riba'.

Dan percaya atau tidak solat yang khusyuk mampu mengubah riba' ini. Semua orang setuju yang solat itu tiang agama. Namun berapa ramai yang mahu menguatkan tiang2 ini dari roboh. Dan pasti kalian tertanya-tanya bagaimana inginkan solat yang khusyuk. Jika lu perasan dalam blog wa sering berbincang tentang wang, solat dan frontal lobe. Masih ramaikah lagi yang tertanya-tanya apakah itu frontal lobe. Dan kita boleh mengubah semua masalah dengan bermula dengan diri sendiri. Diri sendiri ialah frontal lobe. Frontal lobe untuk solat yang khusyuk. Solat yang khusyuk untuk mengubah sistem kewangan yang dipenuhi dengan riba'. Dan tanpa riba' maka tiadalah masalah sosial seperti kecurian, rogol, dan segala masalah yang ada di dunia.

Dan bagi menguatkan frontal lobe ia kembali kepada solat kerana solat mampu mengasah frontal lobe supaya frontal lobe ini kuat. Dan persoalannya kini bagaimana mahu khusyuk jika kita sibuk dengan transmisi auto. Apa yang kita mahu semuanya mudah dan automatik. Benar atau tidak? Sehinggakan sewaktu solat kita membiarkan otak kita menggunakkan transmisi automatik ketika solat. Dan yang mengawal transmisi automatik ini ialah frontal lobe. Maaf kerana membuat kalian pening sedikit. Okay persamaan yang mudah untuk luorang faham apakah itu frontal lobe. Lu ingat tak kali pertama lu bawak kereta. Adakah waktu tu lu memang hebat macam sekarang boleh berbual sambil memandu. Ataupu pada waktu tersebut fokus lu hanyalah dijalan raya. Dan kini lu dah boleh sms dengan papan qwert sambil memandu. Sedangkan waktu awal-awal beli blackberi dulu lu rasa pakai nokia 3310 terbaik untuk sms. Ya, itulah transmisi auto yang wa bualkan.

Sama seperti solat, lu berdiri atas tikar sejadah, lu dah tau nak baca apa. Niat apa, baca al-fatihah, rukuk tonggang terbalik. Tapi dalam hati lu sibuk terfikir tentang cerita tiramisu yang lu tinggalkan untuk solat maghrib. Ataupun lu solat dalam tergesa-gesa kerana tak sabar nak keluar date ngan kekasih. Lu tau tak kesilapan bila menggunakan transmisi auto ketika solat. Ini bermaksud seperti lu mabuk ketika solat. Kerana lu langsung tidak memahami butir-butir bacaan dalam solat. Dan ini masalah yang dihadapi sewaktu di sekolah dahulu. Ustaz dan ustazah mengajar kita bacaan dalam bahasa arab namun tidak menceritakan maksud setiap bacaan. Bagi wa maksud ini sangat penting supaya lu tidak mabuk dan perasaan khusyu' akan wujud apabila lu faham apa yang lu bacakan.

Wa harap lu faham apa yang wa cuba sampaikan. Kalau lu kurang faham lu boleh baca tulisan-tulisan yang wa rasa lebih baik cara penyampaiannya. lu bacalah keretamayat dan syurgadidunia k.

Januari 12, 2011

Mengapa Anda Solat?

Entri ala-ala fesbuk, komenlah..





peeslashass mentang-mentang fesbuk nak tutup.

Januari 11, 2011

Ana

Entri wa hari ini lebih kepada santai di mana wa tidak menceritakan tentang keporakperandaan dunia. Enti kali ini lebih menceritakan tentang kemenangan Ana Raffali di Anugerah Juara Lagu Ke 25. Ana Raffali dinobatkan sebagai juara. Ramai yang tidak berpuas hati di atas kemenangan beliau. Sememangnya resmi pertandingan pasti ada yang menang dan pasti ada yang tewas. Dan jika pilihan atau pasukan yang kita sokong tidak menang maka kita akan berusaha menidakkan keputusan kekalahan tersebut. Sebagai contoh pada tarikh keramat yang sama berlansungnya perlawanan antara musuh tradisi perlawanan bola sepak inggeris antara Man U dan Liverpool. Sebagai penyokong Liverpool wa rasa sedikit berang dengan pengadil yang menghadiahkan penalti di awal perlawanan dan mengeluarkan hero pujaan pada minit ke 35.

Namun, adakah keberangan wa tu mampu mengubah keputusan. Tidak sama sekali sedangkan sepatutnya pasukan pilihan wa mempunyai 88 minit untuk mengubah keputusan namun tidak berupaya. Dan inilah yang dinamakan dengan takdir. Walaupun apa yang disokong telah melakukan yang terbaik dan percayalah pasti ada yang lebih baik dari itu. Persoalan mengapa Ana tidak patut menang wa tidak nampak kerana pada pendapat wa apa yang Ana lakukan pada malam itu adalah yang terbaek beliau pernah lakukan. Menyanyi tanpa gitar adalah sesuatu yang amat jarang dilakukan beliau. Dan memerlukan lakonan pula. Wa setuju jika kalian nyatakan yang vokal beliau tidak mantap pada hari tersebut. Hal ini berlaku kerana beliau mengalami virus selsema macam wa gak. Sebab tu lambat apdate blog.

Dan pengadilan terdiri untuk beberapa bahagian, jika vokal ana malam tersebut tidak bagus, banyak lagi yang dinilai. Lagu, lirik, persembahan, teknikal dan macam2 lagi yang wa sendiri pun tak tahu apa yang dinilai. Jika lagu tolong ingatkan aku itu tidak patut menang, mengapa radio kerap memutarkann lagu tersebut. Wa berbincang dari sudut "lagu" yakni irama. Pada wa irama untuk lagu itu sangat menarik berbanding dengan beberapa persembahan yang pada wa lagu asalnya lebih baik dari malam itu contohnya lagu Berlari - Tomok. Wa kurang setuju dengan "pausenya" yang berulang-ulang langsung tidak menggambarkan "LARI".

Berbincang tentang lirik pula,

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Lu baca lirik tu betul2, agak2 lu boleh ke buat lirik yang gila abstrak camni. Wa tau lu suka benda yang direct tapi kadang2 lu kena stadi gak trend yang menang juara lagu, lu ingat hanya kerana lagu sedap dah boleh menang lu try baca lirik lagu tanya sama hud-hud yang m.nasir ada nyanyi malam tu. Betapa puitis dan sinisnya beliau dalam penulisan lirik lagu tersebut. Dan bagi lirik lagu ini pula lu boleh baca entri belog ni. Dari aspek persembahan pula, wa perasan yang tahun ini semua persembahan agak baik dan apa yang cuba mereka sampaikan dalam lagu tersebut dapat mereka persembahkan dengan baik. Tidak kurang juga Ana dengan membawa naik Zahiril Adzim yang sememangnya berbakat dalam bidang teater, cuma ending lagu tersebut beliau tersengih untuk apa wa tak tahu. Dari segi teknikal pula wa juga tidak nampak kepicangan sewaktu Ana mempersembahkan Tolong Ingatkan Aku. Dan secara keseluruhan wa rasa ana memang patut menang AJL 25.



peeslashass Frontal Lobe luorang dah teruk sangat ni