Mei 24, 2011

Haikalaway

Memandangkan ulangtahun kelahiran wa bakal tiba, wa bermurah hati untuk menghadiahi 3 pembaca belog wa sesuatu yang rare. Iaitu baju buatan wa sendiri. Caranya mudah. Tidak perlu kopipes apa yang wa tulis. Sebarkan kat orang lain ke. Sebab bila lu buat camtu peluang lu untuk menang semakin tipis. Kalau boleh lu kekalkan semangat pentingkan diri, sebab nanti masa kat padang masyar pun lu xkan senang-senang nak tolong orang lain.

Lu cuma perlu buat satu entri dengan mengfulfill ayat ni je.."Wa baca belog orang untuk ....." Lu isi dengan apa sekreatif mungkin. Lu tulis kat belog lu bitau wa ngan tinggalkan link lu kat wa. Jurinya wa sendiri. Ingat jangan sebarkan kat orang lain. Ini antara kita-kita je. Bagi mereka yang tak main blog boleh komen di fesbuk wa pada entri ini. Lu komen je kenapa lu baca belog orang lain.

Tarikh tutup penyertaan ialah 3 hari selepas hari lahir wa iaitu 31 Mei. Ke rare an baju buatan wa memang rare sampai tiada gambar akan di pos sebelum tamat pertandingan. Nanti yang menang akan wa hubungi dan mintak saiz baju. Jom buat entri jom

peeslashass rezeki Allah yang bagi bukan wa yang kasi

3 ulasan:

muhsync berkata...

mmg rare lu nyer kali ni :D

firjani berkata...

oho buat contest tak roger terang terang. aku try test;

Wa baca belog orang untuk ..
mencari inspirasi hidup dan mengambil positif dengan membandingkan hidup dorang dengan wa, macam ouh syukurlah hidup wa lebih baik dari dia, atau, ouh bagusnya semangat kecintaan blogger ni kepada agamanya Tuhannya, semoga wa ikut sama macam dia.

haha cikai

JAIE berkata...

BAJU LU WA XPOS2 LG SMPAI SKRG