Jun 14, 2011

Islam

Selepas mengeluarkan kisah tentang The Taqwacores ada beberapa sahabat wa yang bermurah hati bersama-sama mendownload muvie tu. Wa bukan taknak donlod tapi memandangkan wa cuma menggunakan brodband maka agak mustahil wa melakukan aktiviti donwload-download yang bersaiz besar ni. Sebuah filem yang sangat menarik walaupun subtitlenya belum ada kat sub-scene tapi wa masih boleh dapat butir-butir percakapan diorang. Tapi wa nak tengok sekali lagi lepas ada subtitle.

Filem tersebut mengingatkan wa tentang penggunaan perkataan-perkataan yang berkait dengan Islam untuk memajukan persatuan atupun produk mereka. Sebagai contoh, air mineral dengan nama-nama surah sedangkan pemilik kilang air tersebut bukannya Islam. Barang-barang kosmetik dan kebersihan diri juga tidak terlepas dari perkara-perkara ini. Dan yang terbaru, bank-bank dan syarikat insurans menggunakan perkataan-perkataan yang berlandaskan Al-Quran namun misi utama mereka untuk mengaut KEUNTUNGAN. Lama dah wa tak tulis kecik besar kecik besar ni. Dulu Jimbo ngan Pipi pernah maki wa sebab awal-awal dulu wa tulis rajin tekan butang Shift lepas butang Shift. Dan kali ni wa besarkan perkataan keuntungan tu supaya lu sedar yang sang kapitalis kini mempergunakan Islam bagi melakukan produk mereka.

Dan satu lagi penipuan dengan penggunaan nama Islam ialah Malaysia merupakan Negara Islam. Wa bukan menafikan bahawa lu yang membaca belog wa ni tidak Islam, namun penyalah gunaan perkataan Islam itu. Secara jujurnya di benak setiap orang Islam (baca Islam) menginginkan sebuah negara Islam walaupun mereka sendiri tidak faham apakah negara Islam. Nampak seperti wa dah berpusing-pusing di roundabout yang sama. Sekarang ni lu fikir betul-betul negara yang lu panggil negara Islam ni, adakah negara ini membiarkan penjualan arak? Dan mengambil untung dari kutipan cukai dari hasil yang secara terang-terang dikategorikan sebagai haram di dalam Al-Quran. Dan juga judi yang mempunyai lesen di Negara Islam, boleh sesiapa beritahu wa mana-mana ayat Al-quran ataupun Hadith yang membenarkan aktiviti judi.

Bagaimana pula dengan hukum yang di guna pakai di negara Islam luorang ni. Adakah hukum-hukum ini berlandaskan Islam dan kita saksikan juga kuasa mahkamah syariah sangat kecil berbanding kuasa mahkamah-mahkamah yang lain. Arakian yang demikian cuba lu cerita kat wa mana negara Islam kat muka bumi Allah sekarang. Jika tiada bila lagi kita semua nak wujudkan. Sanggupkah lu biarkan zuriat lu akan datang merasai apa yang kita rasai kini.

peeslashass masa untuk bangkit dari tidur yang panjang

1 ulasan:

JAIE berkata...

MICHAEL MUHAMMAD KNIGHT