R: Hai Iblis! Apakah pula yang memecahkan penglihatan engkau?
I: Orang yang banyak beriktikaf di masjid kerana Allah serta beriktikaf di dalamnya.
R: Hai Iblis! Apakah lagi yang memecahkan penglihatan engkau?
I: Orang yang taat kepada kedua ibubapanya serta membantu (menjaga) makan dan minum serta pakaian mereka kerana Tuan Hamba telah bersabda "bermula Syurga itu adalah di bawah (tapak) kaki ibubapa.
R: Hai Iblis! Apa pula yang merantai engkau?
I: Penjual (peniaga) yang betul timbangan (dan) sukatannya, ukuran dan tukarannya.
R: Hai Iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu sama lain, bagaimanakah keaadaanmu?
I: Apabila 2 orang (muslim) bertemu di tengah jalan, lantas memberikan salam (Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh) dan dijawab oleh saudaranya maka terasa seperti pecah dada hamba, maka hamba pun meratap kerana kedua-duanya telah diampunkan (dia dan saudaranya) apabila berpisah keduanya.
R: Hai Iblis! Siapakah pula sahabat karibmu?
I: Orang yang minum arak atau tuak (samsu) atau (ketagih) candu atau ganja (termasuk penyalahgunaan dadah) kerana merbahayanya telah nyata menyebabkan perpecahan, perkelahian dan penceraian.
peeslashass Mexico dah lepas, tunggu Serbia je..
9 Biddeford Land For Sale Near Me
3 tahun yang lalu
2 ulasan:
bro, aku baru buka blog tu. best! thanks suggest kat aku..
*aku la salah sorang yg dah terlalai dgn piala dunia tu. adeh.
samalah bos..
dah memang kita lahir pun zaman bola..
nak buat camne..
Catat Ulasan