Jun 11, 2010

Dal Ya Lam Wau Ga (5)

R: Dengan jalan manakah yang dapat menolak tipudayamu?

I: Jika seseorang berbuat dosa, maka ia segera sedar dan bertaubat kepada Allah SWT dan menangis serta menyesal dia atas perbuatannya serta apabila dia marah, dengan segera dia berwudhu', nescaya padamlah kemarahannya. Barangsiapa yang membaca doa ini setiap kali solat Jumaat sebanyak 5 kali, maka dosanya akan diampunkan Tuhan kerana dia telah bertaubat, inilah doanya

-Illahilastu lilfirdausi Ahla
-Wala Aqua A'la Narril Jahimm
-Fahabli Taubatan Waghfir Zunubi
-Fainnaka Ghoo Firruzambil A'zim

R: Hai Iblis! Siapakah yang benar-benar menjadi kegemaranmu?

I: Iaitu apabila lelaki dan perempuan tidak mencukur atau mencabut atau menggunting bulu ari-arinya selama 40 hari, maka hamba akan tinggal mengecilkan diri seperti pepijat bersarang disitu, begitu juga, (menjadi) tempat hamba bergantung dan berbuai pada bulu ketiak orang yang tidak mencukurnya atau mencabutnya..

R: Hai Iblis! Siapakah saudaramu?

I: Iaitu orang yang tidur meniarap atau tidur nynyak di waktu subuh, maka dia masih tidur dan tidak segera solat Subuh, maka dia masih tidur dan tidak segera solat subuh, maka hamba akan mengulitnya sehingga terbit matahari dan begitu juga pada waktu zohor,asar dan maghrib, hamba (akan) beratkan hatinya (sehingga) menjadi malas mengerjakan solat.

peeslashass Lu dah cukur belum apa yang patut, jangan lupa baca doa tu hari ni..

Tiada ulasan: