November 23, 2010

Bongkar

lu tengok tak cerita 'HEROES'..
wa dah agak tersangkut ngan drama tu..
sebab dah payah nak carik sumber..
tapi wa ingat lagi yang drama tu sebenarnya mengisahkan timeline yang mana..
peter pretelli tu nak ubah sejarah..
dan apa yang dia lakukan ialah ushar timeline yang diusahakan oleh mamat yang boleh melukis masa depan tu..
lepas tu disambung oleh hero nakamura dan india tu wa dah lupa namanya..

wa selalu gak bincang pasal sejarah dalam blog wa ni..
sebab wa yakin dan percaya kita semua perlu tahu kisah sejarah ni..
ini adalah untuk masa depan kita..
sebab dalam al-quran sendiri banyak mengisahkan sejarah2 silam..
luorang pun mesti dah tengok video yang membongkarkan yang tidak wujud zaman paleolitik dan seterusnya itu..
sememangnya manusia yang mula-mula wujud dimuka bumi ini iaitu Nabi Adam merupakan seorang Nabi yang sangat bijak..
mana mungkin membiarkan dirinya dan anak2nya hidup seperti zaman batu..
sedangkan malaikat juga kagum dengan ilmu yang dimiliki oleh Nabi Adam..

berhenti di situ..
apa yang wa ingin cerita kali ini ialah zaman kegemilangan tanah melayu..
wa yakin semua orang sangat menyampah ngan sejarah yang luorang belajar kat sekolah dulu..
wa faham kenapa lu x suka sejarah..
sebab apa yang dipentingkan dalam sejarah ialah banyak sangat nama,tempat dan tarikh perlu diingatkan..
sebagai bekal untuk menjawab periksa SPM..
ya memang itu yang kita lakukan sewaktu dahulu..
kalo wa tau apa sebenarnya menuntut ilmu..
wa yakin wa x sebodoh begini walaupun sejarah wa lulus..

lu tahu kenapa portugis sibuk sangat nak tanah melayu..
lu ingat dia heran sangat ngan rempah ke..
misi utama pelayaran portugis ialah kebangkitan dari kekalahan semasa perang salib..
antara mereka yang terlibat dalam ekspidisi sudah pasti ada paderi..
sekarang ni lu bukak peta dunia..
lu tengok portugis kat mana..
kat ujung kiri eropah tu..
sebab belah eropah yang ujung2 tu belum menerima nur Islam lagi..
diorang ingat Islam ni musuh diorang..
sedangkan agama Islam menyeru ke arah kebaikan..
oleh hal yang demikian diorang pun menyediakan kapal dan mula berlayar..
diorang g belah afrika dulu..
kalau lu nak tau..
Islam pada zaman dahulu memang meluaslah coverage dia..
benua afrika tu majoritinya memeluk Islam..

memandangkan waktu tersebut kerajaan Islam sedang berusaha melebarkan sayap di bahagian eropah..
sehinggakan sepanyol pun berjaya diIslamkan..
maka yang belah-belah bawah tu pun diorang terlepas pandang nak jaga..
sebab masa zaman tu xde lagi fesbuk untuk diorang boleh direct contact..
nak anta surat pun pakai burung..
so ayam2 la portugis ni kitai afrika..
setel afrika diaorang nak makan india pulak..
tapi agak payah dia nak konker india sebab ada bantuan dari kerajaan uthmaniyah..
oleh kerana ada persengketaan dalam negara..
ada gak orang hindu yang x puas hati bila Islam melebarkan sayapnya..
so kat india pun tewas..
lepas dah dapat makan india..
barulah portugis datang ke tanah melayu..
so bermulalah cerita sejarah yang luorang dengar tu..



namun ada gak yang tak dicerita dalam sejarah tu..
sebab apa?
yang tu x perlu kita bongkar sebab kalo wa bongkar..
wa masuk ISA..
so luorang fikir-fikir sendiri..
macam yang pernah wa cerita pasal tulisan dulu..
betapa mudahnya fikiran kita dijajah..
cuma dalam masa 50 tahun yang dianggap merdeka..

peeslashass waktu melaka kena serang dulu pun kerajaan uthmaniyah ada hantar bantuan..