Oktober 27, 2010

Golongan Manusia

wa still dalam mode tribute..
so ni antara harapan hassan al-banna terhadap manusia yang wujud kat muka bumi..
wa pun harap golongan yang tinggal pada masa kini pun tinggal golongan ni..

mu'min
golongan2 ni merupakan golongan yang percaya kepada da'wah ikhwan muslimin..
kagum dengan prinsip2 ikhwan muslimin..
dan dapat melihat da'wah tu dapat memuaskan hati dan diterima nalurinya..
lepas tu diorang berharap klen2 ni dapat join serta diorang berda'wah supaya da'wah diorang lebih kuat..
sebab xde guna kalo lu cite lebat gerakan ni bagus ape sume..
tapi bila ajak berda'wah lu nak lari2..
lu kena tau lu tu umat terbaik..

ragu-ragu
untuk golongan yang belum melihat kebenaran da'wah ikwan muslimin..
belum mengenali keikhlasan dan faedah yang diorang katakan..
diorang pun dalam keadaan ragu2..
so golongan ni..
geng2 ikhwan muslimin akan ajak diorang mengenali dengan lebih rapat..
mintak diorang kaji pasal ikhwan muslimin..
ziarah kelab2 diorang dan berkenalan ngan ahli2 ikwan muslimin..
so macam kita nak berda'wah ni kita kena buat style ni la..
ni yang ragu2 lu lagi nak kondem..
cakap sengal la hape la..
sedangkan mas tu hati diorang dalam keraguan..

mengejar manfaat
klen ni paling banyak kat tanah melayu ni..
diorang duk kejar manfaat je..
tapi untuk golongan ni senang je beb..
kita cite pasal ganjaran dari Allah..
kita tanamkan benda tu dalam diri diorang..
baru ada semangat nak berda'wah..

jahat sangka
klen ni pun banyak..
wa perasan 2 klen terakhir yang paling banyak kat tanah air kita ni..
so golongan ni kita doa supaya Allah menunjukkan kebenaran kepada mereka..
dan berdoa supaya Allah memberi ilham kat kita cara2 nak tekel hati klen2 camni..
tapi yang wa nampak skarang..
bila orang tu x sama kepala ngan kita..
lu kutuk..
lu maki..
macam lu paling betul..



okay kalo 4 golongan ni je ada kat muka bumi ni..
so kerja para penda'wah..
akan mudah..

peeslashass wa meniru tau semua ni

Oktober 26, 2010

Da'wah Ikhwan Muslimin

memandangkan minggu ni minggu wa tribute to hassan al-banna..
wa cite la method da'wah ikhwan muslimin ni..
so lepas ni boleh la kita try..

terus terang
diorang try bitau semua orang benda yang betul supaya tiada keraguan dan kesamaran di hati manusia..x akan benda yang diorang sembunyikan contohnya salah ahli kumpulan ke selagi tidak membuka aib seseorang tu..

suci
diorang juga nak bitau satu dunia yang da'wah diorang ni da'wah yang suci dan bersih..
da'wah ni lebih di pentingkan dari kepentingan diri sendiri..
serta memandang hina manfaat kebendaan..
diorang tidak meminta sesuatu dari manusia dan tidak meminta harta dari mereka..
yang diorang harapkan hanyalah balasan dari Allah..

kasih sayang
diorang juga berharap agar setiap insan tahu bahawa diorang lebih mengasihi orang lain lebih dari diri sendiri..
apa yang menyebab diorang bersifat begini ialah diorang sentiasa memikirkan apa yang berlaku di sekeliling..
so kalo luorang ada menitiskan mata dengan apa yang berlaku sekarang ni..
kasih sayang luorang memang dah sampai tahap geng2 ni la..



simple je method da'wah diorang..
wa rasa lu pun boleh jadik pendakwah..
tapi bila kita dalam satu kumpulan..
agak2 lu dapat tak method tu dilaksanakan..
sebab satu perkara yang leceh untuk menyatukan satu kepala...
lu tengok la apa yang berlaku kat tanah melayu ni..

peeslashass jom da'wah

Oktober 25, 2010

Hassan Al Banna

lu kenal siapa hassan al-banna..
bagi yang x kenal..
arini wa nak kenalkan lu ngan mamat ni..
wa rasa, hassan al-banna ni boleh dikategorikan sebagai salah seorang idola wa..
mamat ni dilahirkan pada bulan oktober 1906 di mesir..
so ni kiranya macam tribute to hassan la.
kalo astro boleh buat satu bulan bulan p ramlee..
wa pun nak buat satu minggu cite pasal hassan al-banna..



mamat ni merupakan pengasas ikhwanul-muslimin yang mana telah diharamkan pada tahun 1948..
kerana dituduh merancangkan pemberontakan untuk menumbangkan kerajaan..
bapanya iaitu ahmad al-banna merupakan seorang ulama' dan banyak menghasilkan kitab-kitab yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat islam..
yang mana kitab2 ni memang payah nak carik sekarang ni berbanding majalah mastika dan mangga..
so tidak hairanlah anaknya yakni hassan al-banna terpengaruh dengan keilmuan dan ketokohan bapanya itu..
hassan al-banna ni kira hero kebangkitan islam selepas jatuhnya kerajaan uthmaniyah di turki..

pada march 1928, hassan telah menubuhkan organisasi Al Ikhwan Muslimun di bandar Isma'iliyyah..
dan kemudiannya dia berpindah ke kota Qahirah pada tahun 1933 dan menubuhkan cawangan di sana bersama adik bongsunya..
pertubuhan ini berkembang semasa perang dunia kedua sedang meletus..
mamat ni telah mengatur ikhwan muslimun dalam 3 peringkat..

1. memperkenalkan gagasan dengan menyebarkan melalui da'wah asas seperti ceramah-ceramah dan kegiatan kebajikan masyarakat..
2.membentuk keperibadian anggota ikhwan sebagai persediaan untuk jihad..
3.melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas


macam wa cakap tadi pada 1948 gerakan ni diharamkan oleh pemerintahan Al Naukrasyi dari parti al Sa'di..
sebab pengharaman tu, ibu pejabat organisasi tu dikepong dan semua anggota dalam pejabat tu kena tangkap..
kecuali hassan al-banna..
organisasi tu dicop sebagai musuh ketat kerajaan plak sebab fasiliti diorang cukup lengkap..
ada persediaan senjata, hospital, sekolah, kilang dan syarikat perniagaan yang kukuh..
dalam masa yang sama, hassan al-banna berusaha sedaya upaya menyelamatkan organisasinya..
namun menemui jalan buntu dalam usaha pendamaian dengan perdana menteri Al-Nukrasi Bassa..

pada 12 februari 1949, hassan al-banna telah mati di tempak sewaktu berjalan dari bangunan ikhwan muslimun untuk menaiki kereta sewa..
pembunuhan beliau dirancang oleh polis rahsia kerajaan demi menuntut bela kematian perdana menteri..
sedangkan perdana menteri tu dibunuh oleh mahasiswa yang tak puas hati gerakan ikhwan muslimun tu dibubarkan..



so lebih kurang camtulah cite pasal hassan al-banna ni..
lu boleh tanya pakcik gugel lagi pasal hassan al-bana..
kalo silap kat mana2 lu betulkan wa k..

peeslashass Al-fatihah untuk beliau

Oktober 19, 2010

Surat Chenta

Dah lama Ridhwan Saidi jemput wa menulis untuk menyertai "Penyertaan Untuk Antologi SURAT CINTA KITA", namun wa tidak lagi menjawab samaada ingin menyertai ataupun tidak. Wa memang berminat untuk menulis tapi masa kurang menyebelahi beserta idea-idea yang kurang mantap. Wa sering tertanya-tanya bagaimana wa ingin memulakan penulisan wa. So wa harap luorang dapat membantu wa dalam penulisan wa yang ni. Wa taip mengikut format penulisan yang betul la. Bukan seperti format wa tulis sebelum ni. Khas untuk wa hantar kat binfilem.




Sang Penchenta
24434

Chenta, wa ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana lu wa kenal erti cinta sebenar. Wa teringat lagi waktu pertama wa menulis surat cinta. Walaupun bukan kepada lu, namun itulah kali pertama wa mengenal chenta. S namanya, waktu itu wa masih memakai seluar dalam yang dibelikan oleh ayahanda di Tan Brothers. Kecil, comel dan menjadi perhatian setiap jejaka melayu ketika itu. Namun sayang kad raya yang telah S berikan waktu dulu hilang kerana ingin wa sorokkan dari ayah bonda. Pada mulanya wa x paham mengapa kad tersebut penuh dengan huruf B, namun filem2 omputih membuka mata wa yang huruf B tu adalah bentuk "heart". S blah dari hidup wa setelah berpindah ke selatan tanah melayu.

Surat chenta berikutnya wa serahkan kepada F, memang menjadi tradisi bila ada pelajar baru masuk, cun memang sesuai jadi pakej kena usha satu sekolah. Wa tidak ketinggalan mengorak langkah. Bedak dan minyak wangi ayahanda wa menjadi sasaran untuk wa lumurkan pada surat tersebut. Ilmu-ilmu pengasih yang diajarkan didalam buku terus wa pelajari demi mendapatkan perhatian si F. Namun satu panggilan di pablik pon di sekolah mengubah persepsi wa terhadap si F. Di depan wa lu mengaku suka wa. Dalam talian bersama si Z lu kata lu suka Z. Kerana lu wa pangkah semua gadis-gadis. Sedangkan pada waktu tersebut ustazah belum cerita lagi pasal mani. Mengapa perlu wa benci gadis-gadis sedangkan wa belum tahu fungsi gadis-gadis.

3 tahun berselang wa didatangi dengan surat chenta pula. Walaupun chenta yang ingin dilahirkan bukanlah chenta pasangan kekasih namun chenta akak adik. Wa layankan sahaja surat tersebut dan menyebabkan chenta wa pada posmen surat chenta kakak angkat wa terbalas. Berchenta dengan S merupakan cabaran yang besar kerana S dimiliki oleh pelajar kanan. Peduli apa wa dengan pelajar kanan, yang penting S bukan tunangan atau isteri lu. Perchentaan dengan S lebih advanced kerana perchentaan berlanjutan sehingga ke ganggang telefon dan tidak sekadar tisu sebagai penghubung bicara. Masih lagi wa simpan setiap baris ayat S sebagai bukti kami pernah berkasihan. Kesetiaan yang wa harapkan musnah kerana jodoh antara kita mungkin tidak tertulis di Arasy. Nama anak yang kami bincangkan kini ber BIN kan orang lain.

Setelah 2 tahun tidak bergaul dengan gadis, lu kenalkan wa dengan C. Memang menepati ciri-ciri idaman bonda. Namun kesungguhan wa mendapatkan C juga gagal. Wa selaku orang ketiga sanggup mengundur diri demi kebahagiaan orang tua C. Semenjak dari itu ramai gadis muncul dalam diri wa N yang kini tunangan orang, I yang masih tercari-cari lelaki idamannya. Z muncul sebagai perkenalan watak Syaitan dalam diri wa.

Kemudian si Y muncul kerana kehilangan punca kasih sayang. Wa selaku hero pujaan malaya yang sering menjadi tempat A mengadu turut menjadi tempat mengadu si Y. Akhirnya kami bersama dan si Y beriya-iya sangat ajak wa declare. Tarikh yang cantik bukanlah penentu hubungan tersebut berjaya. Y wa tinggalkan kerana kehendak nafsu serakah Y terlalu tinggi. Pegangan iman yang sering kali goyah sewaktu bertemu Y berjaya wa kawal membuktikan cinta wa pada lu masih lagi utuh. Namun cubaan masih lagi lu berikan dengan memperkenalkan si M yang tampak baik pada luaran. "Don't Judge A Girl By Its Appearance" simpulan bahasa yang paling sesuai wa gunakan pada masa kini.

H merupakan gadis terakhir wa sebarkan ayat-ayat cinta. Tiada lagi surat chenta yang ada hanyalah SMS chenta. Teknologi mengubah cari hidup wa dari surat ke telefon pablik, telefon talian tetap, sms, ym, vidiyo call dan kini fesbuk menjadi tempat bercinta walaupun teknologinya tidak sampai ke tahap vidiyo call.

Kini tiada lagi surat-surat chenta untuk wa serahkan kepada gadis-gadis. Chenta wa kini hanya untuk lu. Wa harap lu jangan pesongkan wa. Lu tunjukkan wa jalan yang lurus. Jalan yang lu redhai dan bukan jalan mereka yang sesat.


~Hamba Mu~


peeslashass agak2 boleh anta kat ridhwan x?

Oktober 15, 2010

Smart Tag

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup anda?
Tafsir Al-Quran, Tipu Kalo Wa Kata Duit Tak Penting Skarang Ni

2. Benda yang terakhir anda beli menggunakan duit sendiri?
Dem Jadah Apa Ni..Makan Malam Tadi..Arini Last Makan Percuma

3. Dimanakah tempat anda ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan idaman anda?
Rumah Usang Terbiar tapi Wa Bersihkan Dulula..Tema Kostum Parti

4. Adakah anda sedang bercinta sekarang?
Tidak

5. Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
Selama-lamanya

6. Novel/buku/majalah yang terakhir anda beli?
Rahsia Gerakan Solat

7. Di manakah anda selalu berjumpa dengan kekasih anda?
Tikar Sejadah
8. Apakah nama penuh anda?
Nak Masuk Meminang Ke?

9. Antara mak dan ayah mana yang anda lebih mesra?
Bunda

10. Namakan orang yang betul-betul anda jumpa dalam hidup anda?
Jumpa Apa Ni..Soklan Ngarut..Next

11. Adakah anda basuh baju anda sendiri?
Mesin Basuh kan

12. Di manakah tempat yang betul-betul anda mahu pergi?
Jannah

13. Pilih satu, peluk atau cium?
Cemolot

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?
Tunangan Orang. Satu Tempat Menimba Ilmu. Transformasi

15. 5 benda yang anda sayang sangat dalam hidup anda?
Gitar Kapok Yang Berharga RM15, Gitar Karen Yang Aku Tampal Macam-Macam, Dua Boleh Tak? Dah Taktau Nak Buh Apa Ni

16. 5 lagu yang anda suka dengar?
Radio (Alkaline Trio), Die For You Government (Anti-Flag), Green Day (Semua), Blink 182 (Semua), Rancid (Semua)

17. Bilakah tarikh lahir anda dan di manakah anda menyambutnya tahun lepas?
28 Mei- Rumah (Pagi), Mc D (Pagi), Jusco (Petang), Azhar Maju (Malam)

18. 5 orang blogger yang anda mahu tag
pipi ayi suweet
kakya suweet
kema suweet
laily suweet
munirah suweet
semua yang baca suweet

19. Cerita sedikit tentang blogger pertama yang anda tag
comel

Oktober 14, 2010

m e n g a d u

minggu lepas merupakan minggu sibuk wa..
sebabnya tempat wa kerja ni ada mengadakan majlis illuminati..
so macam2lah perkara wa kena setelkan..

macam biasa setiap tahun pasti diadakan pesta muda mudi..
anak2 muda akan berpeleseran berpegangan tangan..
dan mendedahkan aurat..
"memang ini yang wa inginkan" bisik syaitan dalam hati..

demi tanggungjawab kepada tanah yang pernah berbudi pada wa..
wa membantu tempat belajar wa ni menjaga kaunter bagi pelajar-pelajar yang bergraduasi..
pelbagai gelagat dapat wa saksikan..
masing2 nak menunjuk kehebatan setelah mendapatkan segulung ijazah..
paling wa x boleh blah..
bila masing yang paling kurang diploma holder ni x reti baca sign..
kalo orang dah tulis REHAT tu maksudnya rehatlah..
perlukah lu nak merayu-rayu supaya tembolok lu senang..
memang perangai orang2 sekarang ni betul2 pentingkan diri sendiri..
bila tembolok lu x senang lu cite lah kat satu alam maya..
kata yang pejabat tu x mesra lah..
pejabat tu lembab la..
yang betul2 bijak pun ada gak..
dengar cakap kawan2..
lepas tu menggelabah xtau nak buat apa..
x ke betul2 bijak tu..



kat tempat wa jaga ni ada 4 kaunter..
kaunter pertama ialah kaunter semakan..
kaunter ke2 ialah kaunter online..
kaunter ke3 ialah kaunter fotografi..
dan kanuter terakhir kaunter serahan..
port wa memang kaunter serahan ni..
namun wa multitasking..
yang mana wa boleh pergi bantu mana2 kaunter..
bottlenecknya ialah kaunter fotografi ni..
biasalah..
studio satu..
tapi nak bergambarnya ramai..
ada gak yang bijak2 bitau wa bukak lagi satu studio..
dan wa lagi bijak ni pun tanya dia..
kalo lu injinia kilang..
bila ada satu masa demand lu tinggi..
adakah lu nak beli lagi mesin..
sedangkan permintaan pada waktu2 lain adalah sedikit..
sebagai tokey kilang..
wa hanya minta pekerja wa OT untuk waktu je..
xperlu wa beli mesin yang mana x akan digunakan lagi..
kamon, ni basic perniagaan yang mencari keuntungan..

secara individu..
wa merasakan kita semuanya sama..
bila dah terdesak dok merayu-rayu..
bila orang xnak dengar rayuan canang kat semua orang..
dan bagi wa tempat paling sesuai wa ngadu ialah selepas solat..
waktu tu ialah waktu terbaik untuk lu mengadu serta berdoa..


peeslashass wa baru paham perasaan pekerja gomen yang diorang kata x pandai buat keje..

Oktober 08, 2010

Al-Kahfi

[9]
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
[10]
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.
[11]
Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.
[12]
Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu).
[13]
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
[14]
Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”
[15]
(Mereka berkata pula sesama sendiri): “Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.
[16]
Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna”.
[17]
Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.
[18]
Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.
[19]
Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
[20]
“Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada ugama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya”.

Oktober 07, 2010

Kentut

sabtu lepas, salah sorang dari membe wa telah melangsungkan pernikahan..
dan sekaligus bersanding..
sebagai sahabat2 yang dihormati..
kami dijemput untuk hadir jadik tukang bawak dulang..
dan memandangkan wa paling baik ngan mamat tu..
wa diminta menjadi pengapit..

petang jumaat tu wa terus shoot balik semban..
membe wa ni suh kumpul umah dia kul 7 pagi keesokan harinya..
sebab majlis akad nikah berlansung pada jam 9 pagi..
paling x tahan..
mamat ni dah kejut kami jam 5.15 pagi..
betul2 x sabar nikah mamat ni..
wa bangun macam biasa..
kul 6.30 dah siap mandi..
memang awal kami siap arini..
mak bapak kami pun tido smula lepas suboh..
kami yang semangat nak antar orang nikah..



tepat jam 710 kami sampai rumah pengantin..
dan tepat jam 730 kami bertolak ke kolumpo..
dengan kelajuan 120-130 km/j..
kami tiba masjid pada jam 830 pagi..
majlis akad berlansung jam 930 dan selesai setengah jam kemudian..
selepas sesi fotografi dalam masjid..
kami pulang ke banglo sewaan..
memandangkan orang2 bujang memang x duduk diam..
kami bergerak ke mekdi untuk bersantap kali ketiga..
selesai santap kami bersedia untuk majlis persandingan..
owh tiada persandingan yang grend..
cuma majlis menyarung cincin sahaja..
majlis selesai sekitar jam 1530..

kemudian kami menuju ke rumah sahabat wa di bangi..
smart tag menyelamatkan kami dari jem yang teruk..
tapi tuan rumah tersangkut sebab langsung xde intention nak beli touch n go pun..
setiba di rumah sahabat wa..
kami yang berada dalam civic sangat busan dan memikir apa yang ingin dilakukan..
sehingga salah seorang dari kami kentut..
yang sempoinya beliau rilek sehingga ada yang membalas..
kami sangat kewl dengan tingkap yang tertutup dan dikelilingi angin air-cond yang nyaman..
panggilan kentut yang tadi di balas semula oleh pengkentut yang pertama..
diorang perhatikan wa yang masih tidak melawan..
wa berusaha carik feel dan sound diorang bila feel tu wa berjaya tangkap..
perlawanan kentut kami berhasil selama beberapa minit..
sehingga pengudaraan dalam kereta terlalu sebati ngan kentut..



seterusnya aktiviti kami ialah karok..
dan selesai karok..
sepanjang jalan pulang kami beraktiviti seperti sebelum ini..
kami K E N T U T..




wa harap2 lepas ni dia keluar true tone lak..


peeslashass betul ke kentut membakar?

Oktober 06, 2010

Ulangan

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai
santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat
ketempat tidurmu
Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak
merubah
cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .
Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap
memanfaatkanmu
sepanjang masa untuk mebalaskannya
Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana
untukmu
dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH
Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan
kepada
NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita
jalani
Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,
munafik,
makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang
dari
belakang, tidak hormat pada orang tua ,
Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.
Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.
Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.
Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana
berbuat
dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,
berjudi,
bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.
Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak .
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas
dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap
melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.
Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini
dengan siapapun

Dead Or Alive

wa nak ajar luorang doa suweet ni..


Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki..
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan..
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin..
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku..
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan..
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa
menetapkan sesuatu selain daripada Engkau..
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu..
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi..
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau..
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan..
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau..
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya..




peeslashass suweetkan doa ni..kalo lu selalu solat suboh mesti lu biasa ngan doa ni..

Oktober 04, 2010

Rumah Wa Syurga Wa

masuk ni dah lima kali wa tulis intro..
lepas tu wa delete balik..
wa dah ilang power..

bila wa sebut pasal rumah..
apa yang lu bayangkan..

rumah yang skang lu duduk ke rumah mak bapak lu..

rumah ialah tempat lu mulakan kehidupan lu..
tempat lu kenal apa itu dosa..
tempat lu kenal apa itu neraka..
wa x pasti zaman sekarang sempat tak orang rumah lu cerita pasal dosa dan pahala..
x pun sume task2 tu dah di sub kan kepada pengasuh-pengasuh yang mencekik menggunakan susu..
susu pun dah membunuh..
orang suruh lu tetekkan anak lu..
lu xnak..
lu sibuk nak bagi susu formula la..
susu kambing la..
wa x pernah lagi dengar budak mati tercekik puting mak dia..
lu tengok..
sebab lu x bagi anak lu tetek masa kecik2..
anak lu dah besar sibuk nak isap tetek bukan mahram dia..

wa dah cite tetek je plak..




lu tengok keliling umah lu..
apa yang xde dalam umah lu..
tilam?
cukup selesa tilam yang lu guna sampai susah sangat nak bangun suboh..
televisyen?
semua dapat tonton sampai waktu zohor asar berlalu dan sedar2 dah magrib..
yang lain lu selit sendiri..
sambil fikirkan keburukannya..

okay skang perhati sekeliling..
lu perasan x sume barang dalam rumah lu..
agak2nya berapa ramai yang puji lu ada benda2 macam tu..
dan agak2 lu berapa ramai yang iri hati dengan lu..
pernah tak lu terfikir masa lu renovate rumah lu..
lu secara tak sengaja menghalang jiran lu mendapat angin yang sepatutnya..


so jika ini semua berlaku..
adakah rumah lu tu syurga lu..

mana bidadari?
mana sungai yang mengalirkan air2 minuman?

peeslashass wa dalam sesi membersih diri

Oktober 01, 2010

Al - Kahfi

AL-KAHFI (PENGHUNI GUA)
SURAT KE 18: 110 ayat


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

ANCAMAN TERHADAP KEPERCAYAAN BAHAWA TUHAN PUNYA ANAK.

***18:1***
1. Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya
Al Kitab (Al-Qur'an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan [871]
di dalamnya;

[871] tidak ada dalam Al-Qur'an itu ma'na-ma'na yang berlawananan
dan tak ada penyimpangan dari kebenaran.

***18:2***
2. sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan siksaan yang
sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada
orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, bahwa mereka akan

mendapat pembalasan yang baik,

***18:3***
3. mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.

***18:4***
4. Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: "Allah
mengambil seorang anak."

***18:5***
5. Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu,
begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah buruknya kata-kata yang
keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu)
kecuali dusta.

***18:6***
6. Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih
hati
setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada
keterangan ini (Al-Qur'an).

***18:7***
7. Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai
perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara
mereka yang terbaik perbuatannya.

***18:8***
8. Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan (pula) apa yang
di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus.


peeslashass jom belajar dari surah ni..