Disember 15, 2010

Melayu

selepas entri berbaur seksis..
wa bukak plak entri berbaur rasis..
entri untuk kewangan wa belum rancang lagi isinya..
eh tersalah format pula..

Siapa yang mengaku melayu sila duduk. Baru-baru ini sibuk diperkatakan tentang ketuanan melayu. Oleh hal yang demikian, mari kita kaji siapa melayu ni. Bila wa taip je melayu dekat google, dan tekan enter. Search paling tinggi ialah video awek melayu bogel. Wa nak mintak siapa yang jaga google ni tolong naikkan rating orang search melayu terus ke laman wikipedia eh. Malu wa ngaku melayu camni. Ingat orang melayu pandai bogel je ke. Bila wa taip cina ngan india, takdelah pulak cina bogel ke india bogel. Diorang ni tak reti berbogel ke?

Bila berbicara pasal ketuanan pula, dah memang tiada apa-apa yang lebih tinggi dari tuan. Dan tuan kepada diri lu ialah Allah. Dia pemilik alam ni, tubuh lu tu Allah bagi pinjam je. Bila-bila masa Dia nak Dia boleh ambil balik. So tak perlulah lu nak bangga dengan kekacakan yang lu ada, semua tu milik Allah. Oleh hal yang demikian, ketuanan melayu pula? Apa yang kecoh sangat berita-berita media masa. Cerita tu semua tak penting, wa cabar luorang buat pendedahan pasal sistem kewangan. Ke luorang tak tau yang sistem kewangan kapitalis ni makin musnah. Dan kerana wang, manusia sakit. Persoalan wa, kenapa orang gila tidak mendapat penyakit walaupun dia tak mandi berbulan-bulan? Pernah lu nampak diorang ni pening-pening kepala? Okay fine, memang gila tu satu penyakit, namun penyakit-penyakit yang lain diorang tak kena pun. Pendapat wa ialah penyakit sebenarnya wujud kerana stress. Dan bagaimana manusia boleh mengalami stress, kerana di kepala masing-masing sering memikirkan tentang bagaimana ingin mendapatkan wang. Sedangkan orang-orang gila mampu juga hidup walaupun mereka tidak mempunyai wang. Wa cerita camni bukannya wa meminta untuk menjadi kurang siuman, namun mereka yang tidak siuman ni kadang-kadang mampu mengajar kita tentang erti sebenar kehidupan.

Berbalik semula kepada melayu, kata wikipedia; Orang Melayu ialah sebuah kaum atau suku yang merupakan penduduk asal Asia Tenggara berketurunan Austronesia ataupun nama lainnya Nusantara. Manakala Ketuanan Melayu pula merupakan ideologi politik yang diamalkan di Malaysia bukannya Tanah Melayu. Ada juga berpendapat, ketuanan melayu ni ibarat tuan rumah yang menjemput tetamu ke rumah masing-masing, dan tetamu mempunyai haknya sendiri dan tuannya berhak ke atas apa yang ada di dalam rumahnya. Di sini bermaksud, orang cina dan india merupakan tetamu kepada Malaysia.

Permasalahan berlaku apabila ada yang menyatakan orang Melayu sebenarnya sama seperti orang cina dan india merupakan pendatang dan warga asal tanah melayu ialah orang asli yang menetap di bumi malaysia itu sendiri. Bagi pejuang-pejuang bangsa melayu pula, mereka telah nyatakan yang melayu ialah bangsa nusantara dan mereka telah lama tiba di tanah melayu dan memajukan tanah itu sebelum kehadiran bangsa-bangsa asing. Jika tak silap wa, dalam perlembagaan malaysia, ada menyatakan bahawasanya mereka yang berbangsa melayu menganuti agama Islam. Kerana itulah apabila berlakunya kes murtad, pelbagai kontroversi di Jabatan Pendaftaran yang mana apabila seorang melayu ingin mengubah status agama di dalam kad pengenalan beliau. Sedangkan jika bangsa lain ingin menukar ke agama Islam, perkara tersebut mudah dilaksanakan.

Oleh hal yang demikian, wa berpendapat bahawasanya perlembagaan tersebut menyatakan tentang ketuanan Islam bukannya ketuanan Melayu. Cuba lu fikirkan sejenak, dan bayangkan wajah pejuang melayu lu. Dah dapat, lu search nama dia kat google. Lepas tu lu tengok latar belakang dia. Cari biografi dia, lu tengok asal usul dia. Tengok berapa melayunya dia. Wa jamin payah lu nak jumpa yang mak bapak dia betul-betul melayu. Pasti ada perkahwinan campur. Yang ingin wa sampaikan di sini ialah betapa mudahnya untuk menjadi melayu. Lu cuma masuk Islam dan selepas beberapa keturunan, keturunan lu akan jadi melayu. Sebenarnya tak perlu pandang jauh, lu semak je keturunan lu. Berapa ramai yang bangga bila mengetahui dia berdarah kacukan belanda ke cina ke. Akhirnya dapat juga skim pinjaman buku teks.

peeslashass bila lagi lu nak pertuankan Islam?

6 ulasan:

muhsync berkata...

best entri kali ni..

aku tengok kat motivasi pagi itu hari, ustaz tu cakap orang islam (bukan orang melayu ye..!!) ni adalah hati umat manusia. baek dan moleknya umat islam, maka molek dan baeklah keadaan umat manusia. kalo kita hubungkan balik ngan keadaan semasa skg ni, kita lihat sendiri la bagaimana keadaan umat islam?? baek atau molekkah diorg ni. dah tentu ada yang bagus dan ada yang tak. untuk mencapai tujuan tu kita tak leh bergantung kepada org2 atau perkumpulan tertentu saja. ia perlu kepada perubahan secara menyeluruh. aku teringat kisah zaman sultan muhammed al fateh yang berjaya menawan kota konstantinopel. korang bacalah sendiri bagaimana tentera2 mereka..!!

fizhah berkata...

bgus skali entry ni.
kesimpulannya, Islam lah yg ptt dipertuankan. eh, btul ke istilah tu.

[ a D D y ] berkata...

sien

memang benar..
pemimpin pula merupakankan kulitnya..
jika kulitnya elok, insyaAllah isinya juga elok..

jika kulitnya rosak,
elokkah isinya..

[ a D D y ] berkata...

fizhah

x kiralah apa pun jua istilah, namun cuma 1 islam, bukannya 1 malaysia

Unknown berkata...

pandai addy~

[ a D D y ] berkata...

m.i.a pun pandai