November 24, 2010

Kongsi

t e n a n g - t e n a n g d a n r e h a t d u l u



She puts her makeup on
Like graffiti on the walls of the heartland
She's got her little book of conspiracies
Right in her hand
She is paranoid like
Endangered species headed into extinction
She is one of a kind
Well She's the last of the American girls

She wears her overcoat
For the coming of the nuclear winter
She is riding her bike
Like a fugitive of critical mass
She's on a hunger strike
For the ones who won't make it for dinner
She makes to enough to survive
For a holiday of working class

She's a runaway of the establishment incorporated.
She won't cooperate
Well She's the last of the American girls

She plays her vinyl records
Singing songs on the eve of destruction
She's a sucker for
All the criminals breaking the laws
She will come in first
For the end of western civilization
She's an endless war
She's a hero for the lost cause
Like a hurricane
In the heart of the devastation
She's a natural disaster
She's the last of the American girls

She puts her makeup on
Like graffiti on the walls of the heartland
She's got her little book of conspiracies
Right in her hand
She will come in first
For the end of western civilization
She's a natural disaster
She's the last of the American girls

Aw yeah...
Alright...
Aw yeah...


November 23, 2010

Bongkar

lu tengok tak cerita 'HEROES'..
wa dah agak tersangkut ngan drama tu..
sebab dah payah nak carik sumber..
tapi wa ingat lagi yang drama tu sebenarnya mengisahkan timeline yang mana..
peter pretelli tu nak ubah sejarah..
dan apa yang dia lakukan ialah ushar timeline yang diusahakan oleh mamat yang boleh melukis masa depan tu..
lepas tu disambung oleh hero nakamura dan india tu wa dah lupa namanya..

wa selalu gak bincang pasal sejarah dalam blog wa ni..
sebab wa yakin dan percaya kita semua perlu tahu kisah sejarah ni..
ini adalah untuk masa depan kita..
sebab dalam al-quran sendiri banyak mengisahkan sejarah2 silam..
luorang pun mesti dah tengok video yang membongkarkan yang tidak wujud zaman paleolitik dan seterusnya itu..
sememangnya manusia yang mula-mula wujud dimuka bumi ini iaitu Nabi Adam merupakan seorang Nabi yang sangat bijak..
mana mungkin membiarkan dirinya dan anak2nya hidup seperti zaman batu..
sedangkan malaikat juga kagum dengan ilmu yang dimiliki oleh Nabi Adam..

berhenti di situ..
apa yang wa ingin cerita kali ini ialah zaman kegemilangan tanah melayu..
wa yakin semua orang sangat menyampah ngan sejarah yang luorang belajar kat sekolah dulu..
wa faham kenapa lu x suka sejarah..
sebab apa yang dipentingkan dalam sejarah ialah banyak sangat nama,tempat dan tarikh perlu diingatkan..
sebagai bekal untuk menjawab periksa SPM..
ya memang itu yang kita lakukan sewaktu dahulu..
kalo wa tau apa sebenarnya menuntut ilmu..
wa yakin wa x sebodoh begini walaupun sejarah wa lulus..

lu tahu kenapa portugis sibuk sangat nak tanah melayu..
lu ingat dia heran sangat ngan rempah ke..
misi utama pelayaran portugis ialah kebangkitan dari kekalahan semasa perang salib..
antara mereka yang terlibat dalam ekspidisi sudah pasti ada paderi..
sekarang ni lu bukak peta dunia..
lu tengok portugis kat mana..
kat ujung kiri eropah tu..
sebab belah eropah yang ujung2 tu belum menerima nur Islam lagi..
diorang ingat Islam ni musuh diorang..
sedangkan agama Islam menyeru ke arah kebaikan..
oleh hal yang demikian diorang pun menyediakan kapal dan mula berlayar..
diorang g belah afrika dulu..
kalau lu nak tau..
Islam pada zaman dahulu memang meluaslah coverage dia..
benua afrika tu majoritinya memeluk Islam..

memandangkan waktu tersebut kerajaan Islam sedang berusaha melebarkan sayap di bahagian eropah..
sehinggakan sepanyol pun berjaya diIslamkan..
maka yang belah-belah bawah tu pun diorang terlepas pandang nak jaga..
sebab masa zaman tu xde lagi fesbuk untuk diorang boleh direct contact..
nak anta surat pun pakai burung..
so ayam2 la portugis ni kitai afrika..
setel afrika diaorang nak makan india pulak..
tapi agak payah dia nak konker india sebab ada bantuan dari kerajaan uthmaniyah..
oleh kerana ada persengketaan dalam negara..
ada gak orang hindu yang x puas hati bila Islam melebarkan sayapnya..
so kat india pun tewas..
lepas dah dapat makan india..
barulah portugis datang ke tanah melayu..
so bermulalah cerita sejarah yang luorang dengar tu..



namun ada gak yang tak dicerita dalam sejarah tu..
sebab apa?
yang tu x perlu kita bongkar sebab kalo wa bongkar..
wa masuk ISA..
so luorang fikir-fikir sendiri..
macam yang pernah wa cerita pasal tulisan dulu..
betapa mudahnya fikiran kita dijajah..
cuma dalam masa 50 tahun yang dianggap merdeka..

peeslashass waktu melaka kena serang dulu pun kerajaan uthmaniyah ada hantar bantuan..

November 19, 2010

Al-Kahfi

[30]
Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.

[31]
Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.

[32]
Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain.

[33]
Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.

[34]
Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai".

[35]
Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.

[36]
Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.

[37]
Berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?

[38]
Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.

[39]
Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,

[40]
Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.

[41]
Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi".

[42]
Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"

[43]
Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri.

[44]
Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).

peeslashass :)

November 12, 2010

Al-Kahfi

[21]
Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka”.

[22]
(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka “; dan setengahnya pula berkata:”Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka” – secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya).

[23]
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.

[24]
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.

[25]
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).

[26]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya.

[27]
Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya.

[28]
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

[29]
Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.

peeslashass jumaat dah arini

November 09, 2010

Pejuang Bahasa

boleh x kalo wa nak jadi pejuang bahasa..
wa rasa memang x patut la..
dah la malas..
nak tulis tidak..
wa guna huruf x je..
lepas tu ada lak 'je' lak tu..

semakin hari wa tengok bahasa melayu semakin hancur..
dan orang2 macam wa yang menghancurkan bahasa ni..
wa seronok bila baca blog yang bahasanya sangat teratur dan menggunakkan tatabahasa yang betul..
besrta ejaan yang betul..
tiada perkataan-perkataan ringkas macam wa..
wa akan cuba memperbaiki penulisan wa secara beransur-ansur..
pagi tadi wa buka radio xfm..
sebab gerak pun dah kul 8 pagi..
sememangnya wa akan terdengar berita..
dan paling kacak berita pasal graduan menganggur..
yang menariknya berita diperolehi dari jabatan perangkaan malaysia..
wa pernah kerja kat sini..
dan sekarang wa buat kajian pasal graduan menganggur ni..
dan wa bakal menganggur bulan 1 tahun depan..
antara penyebabnya ialah masalah komunikasi..
dan komunikasi tu ialah berkomunikasi dalam bahasa inggeris..

pernah satu ketika negara wa ni kecoh ngan penggunaan bahasa inggeris dalam matapelajaran kritikal..
lepas tu kembali semula ke bahasa melayu..
dan ada juga antara orang-orang wa ketemu berpendapat bahasa inggeris ni penting untuk dipelajari kerana apabila kerja semuanya menggunakan bahasa inggeris..
oleh hal yang demikian, siapa yang lemah berbahasa inggeris tidak akan dapat bekerja dan bakal menyusahkan mak bapak..
wa cemburu ngan nelayan yang mencari ikan dilaut untuk memberi anak bini sesuap nasi..
dan wa cemburu dengan petani-petani yang berbudi kepada tanah demi mengikut kecenderungan penduduk-penduduk bandar yang dikatakan moden..
wa rasa jika ingin dikatakan mereka yang bekerja ialah orang-orang ini..
mereka bekerja untuk kita..
sebab diorang lu masih hidup sampai skang..
sedangkan kebanyakkan pekerjaan adalah kerana kerja tersebut diadakan..



berbalik kepada perjuangan wa..
wa agak konfius kenapa bahasa inggeris tu penting sangat sehingga meminta pekerjaan pun memerlukan mereka yang mampu bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris..
pendapat wa, ini hanyalah idea-idea mereka yang malas..
sepatutnya ilmu2 yang dipelajari dialih bahasa ke bahasa yang difahami oleh masyarakat setempat..
oleh hal demikian ilmu dapat dikembangkan..
dan idea serta inovasi dapat dipertingkatkan..
cuba kita lihat cara korea dan jepun..
wa tengok mereka tidak pun bersungguh-sungguh dalam hal bahasa..
cuma setelah mereka maju barulah mereka sibuk mempelajari bahasa inggeris selari dengan orag yang ingin berhubung dengan mereka terpaksa mempelajari bahasa jepun atau korea..
ini secara tidak langsung menjadikan bahasa mereka di mata dunia..

peeslashass x banyak pun buku ilmiah dalam bahasa melayu..
peeslashass 1 wa sakit hati tengok sambutan hari malaysia dengan lagu omputih..
ni wa mencarut bahasa omputih fuck

November 04, 2010

Pengambil

lu x tau apa nak buat ujung minggu..
wa cadangkan lu g menonton wayang..
bagi mereka yang belum menonton filem takers..
bersama-samalah mengajak suami atau isteri..
anak atau ayah bunda..
sahabat tapi bukan kekasih menonton filem ini..
tindakan wa menonton filem ni semalam memang berbaloi..
memang wa bercadang menonton filem ni dari menonton poster dia lagi..



filem2 merompak ni memang caya kalo dibandingkan dengan filem lagenda budak setan..
sehari sebelum wa menonon filem ni wa menonton filem belukar lakonan bront paralae..
satu cubaan yang baik..
sebenarnya wa terpengaruh ngan ffm..
wa nak tengok baik mana lakonan bront ni..
dan akhirnya wa pun x tau macam mana menilai mutu lakonan seseorang tu..
secara keseluruhan wa bagi 3 dari 5 bintang untuk filem belukar ini..
kerana cginya agak kartun..
dan kamera yang digunakan wa saspek kamera zaman 90 an dulu..



kembali kepada filem takers..
filem dimulakan dengan scene 2 orang polis mengejar penjual dadah..
dan sorang polis je berjaya tangkap penjenayah yang lagi sorang tu x dapat tangkap..
dan kemudiannya watak2 si perompak diperkenalkan sorang persorang..
dan terus melaksanakan tugas mereka sebagai perompak..
wa rasa ni filem rompakan paling stylo wa tengok..
setiap pergerakannya sangat licin..
paling style bila timing dia siap rompak heli media..
penuh konfiden yang akan ada heli media sampai dulu sebelum heli polis..
abaikan yang ini adalah filem..
fikirkan realiti..
kalo berlaku ni wa kompom polis mesia je yang dapat selesaikan..
macam kes sosilawati..

setelah rompakan berjaya..
sorang banduan ni datang jumpe diorang..
danbanduan ni merupakan ahli perompak sebelum ni..
tapi ditangkap kerana menyelamatkan ahli yang lain ditangkap pada rompakan sebelum ini..
oleh kerana berkelakuan baik di penjara..
hukuman 5 tahun dikurangkan ke 4 tahun..
dan bermula mamat tu keluar penjara..
filem ni bertambah menarik di mana banyak gila konflik..
dan rompakan perlu dilaksanakan dalam masa 5 hari..

wa nak cite pun x reti sangat..
so wa cadang lu g cinema berhampiran yang ada tayang filem ni..
tengok dan jangan lupa tepuk tangan..
semalam wa tepuk tangan sorang2 kat dalam wayang..


peeslashass ada lagi bukak 3 jawatan kosong..wa nak ganti tempat aj

November 03, 2010

Prestij

mungkin cite wa ni dah basi..
namun wa tetap gak nak cite..
tahniah kepada kelate kerana memenangi piala mesia baru2 ni..
wa sebagai salah seorang penyokong tegar nismilan x rasa keciwa pun ngan kemenangan kelate..
bukannya kami menyerah kalah..
berjuang sehingga titisan darah terakhir..
memang tu semangat player nismilan..
2 gol yang terhasil adalah kerana kelekaan pertahanan nismilan..

tiket dinaikkan dari RM 20 ke RM30..
alasan yang diberikan oleh pegawai FAM ialah prestij..
alasan yang wa berikan adalah kapitalis..
ini adalah kerana jualan tiket yang memberansangkan pada tahun sebelumnya..
so tahun ni diorang ambil kesempatan untuk menaikkan harga tiket..
katakanlah perlawanan tu bukan kelantan..
wa kompom harga tiket sama..

namun yang paling wa x puas ati ialah ulat2 tiket..
dalam masa beberapa jam penjualan tiket boleh habis..
sedangkan yang datang x sampai 30 ribu orang..
menyebabkan penyokong2 bola sepak ni x tentu hala..
ada yang try beli kat mudah..
memang bodoh yang jadik peniaga tiket kat mudah.my tu..
mungkin lu x tau yang dosa lu buat tu sama ngan dosa riba..
dari lu riba baik lu berzina..

wa minta pertolongan sahabat wa yang bekerja di area bukit jalil untuk beli tiket pada hari perlawanan..
harga tiket sama RM 30..
prestij yang digembar gemburkan masih meragui wa..
harga tiket naik RM 10 tapi paking macam celaka jauh..
paking2 yang bersepah kat stadium tu sume untuk VVIP..
butoh lu VVIP..
wa paling menyampah bila ada perbezaan antara seorang dengan seorang..
beb bila dalam kubur..
malaikat treat lu sama..
yang membezakan cuma amalan lu je..
kalo lu datang lambat xde paking..
lu paking jauh la..
ni wa tengok kat area stadium sangat bersepah paking kosong..
kalo RM10 yang lu rembat tu bagi paking free wa sokong..

sebelum masuk stadium wa dengar diorang cite komain lebat..
pompuan pun ada pemeriksaan badan..
kononnya pompuan bawak mercun la botol arak la dadah sintetik la..
ada anjing nak bau bahan letupan la..
memang sangat gempak..
wa rasa kalah pemeriksaan kat kastam malaysia..
tapi bila wa sampai stadium..
paling power cek tiket ori ke x..
tapi ada gak tukang cek cakap..
kalo lu bawak tiket tiruan pun wa lepaskan..
wa usha kiri kanan..
banyak anjing bersepah-sepah dalam stadium..
tapi anjing ni x pandai menyalak..
kalo menyalak pun sakit telinga lu je..
ni sume anjing2 pemalas..
masuk stadium bukan untuk bekerja mencari bahan letupan..
masuk stadium cuma untuk isap rokok ngan makan kuaci sambil tengok bola..
yang beza penyokong ngan anjing2 ni ialah..
anjing2 tu pakai baju biru..
wa tak tau sokong mana..
ada gak anjing yang pakai baju hijau..
yang baju hijau ni bagus sket ikut arahan orang..
tapi yang biru tu betul2 mangkuk..
pemalas..

perlawanan akhir tu memang prestij bila penyokong2 buang sampah merata2..
macam trek tu tempat buang sampah..
x pun wa saspek diorang melontar jamrah..
kepala membe wa kena 2 kali..
kalo lu nak kira betul2 prestij lu letaklah netting supaya senang sket keje luorang nak bersihkan sampah..
silap2 kalo baling kat net tu mercun tu melantun balik kat dia..
baru la takut sket penyokong yang obses ngan bahan letupan ni..

perlawanan memang prestij bila subkidin jadik refree..
tapi wa rasa wa dah tau nape lu x jadik ref masa world cup ari tu..
lu sebenanya pemalas..
dah la bias lak tu..
konon nak naikkan mutu bola sepak..
mutu pengadilan macam celaka..
apa cite..
ni x kira lagi mutu pengurusan bola sepak..
kunalan kena jatuhkan dalam kotak penalti memang dapat penalti..
tapi lu langsung x reti keluarkan kad kat keeper..
sukor adan tarik baju sebab dia kena kasar sebelum tu lu senang2 je keluarkan kad..
camne lu jadik referee..
cadangan wa..
dari bawak masuk awang hitam ke awang putih jadik player..
wa cadangkan bawak masuk refree2 yang berkelayakan..
player biar rakyat mesia sendiri..
ni cikgu skolah yang jadik referee..

wa rasa dah puas wa kutuk prestij yang bernilai RM 10 tu..
wa kutuk siap bagi cadangan beb..
bukan kutuk2 sahaja..

peeslashass ralat sebab kunalan x jadik midfield terbaik..