Julai 12, 2010

Kaf Alif Ya Alif

lu ade dengar cite tak negara akan bangkrap..
oleh hal yang demikian subsidi perlulah ditarik balik..
sebelum tu..
lu tau tak apa tu subsidi..
tu bahasa inggeris tu..
orang2 melayu yang tak malu dok sibuk tukarkan bahasa inggeris ke bahasa melayu..
kalo bahasa melayunya peruntukan..
lu tengok..
bukan takde bahasa melayu..
namun bukan itu yang wa risaukan..
wa pelik setiap tahun ada rangking untuk orang2 terkaya..
orang yang kaya semakin kaya..
orang yang miskin semakin miskin..
yang dipertengahan bagaimana pula..
makin tersepit..

______________________________________

kat atas tu dah delay bapak lama..
macam mana ntah wa boleh sangkut menulis ni..
entri kat atas tu wa taip sebelum naiknya harga minyak..
lu x pelik ke..
lepas je harga gula diumumkan naik..
lu pegi lah mana2..
ada balik gula..
kembali semula kepada rangking yang wa cita beberapa minggu sebelum tu..
siapa yang paling kaya..
tu tokey gula..
lu tau tak cammane dia boleh jadik lagi kaya dari tokey minyak ataupun tokey balak..

ada yang akan kata sebab gula semua orang guna..
semua air manis mesti guna gula..
sebab tu gula mesti laku..
bukan ke gula dan minyak tu sama je..
pemberi tenaga..
harga gula ngan minyak pun dah nak dekat sama..
bezanya unit SI yang diorang guna..

skang ni wa nak bongkar satu rahsia..
wa tak tahu la lu tahu ke tak..
tapi rahsia ni kalo wa bitau silap2 wa kena tangkap..
tapi takpelah..
wa bitau je..
balik semula kepada subsidi tu..
kan ke subsidi tu wang yang kerajaan keluarkan untuk tampung harga gula..

macam minyak kita boleh tahu harga pasaran dunia..
hinggakan ada yang siap buat kira2..
kononnya harga minyak waktu tu kita yang bagi duit kat kerajaan..
dan ada gak yang kira brape kerajaan bayar untuk seliter minyak..
tapi kenapa harga pasaran gula kita tak tahu..
dan takde pulak yang nak selongkar benda2 ni..
mana peginya reporter..
benda2 penting macam ni lu xnak amek port..
blaja kat kolej kat universiti..
berkejaran jadik reporter hiburan je..
habis semua luar dalam lu nak tau..

ni rahsia yang wa nak bitau lu..
sebenarnya kerajaan lambat bayar subsidi kepada pengeluar gula..
kalo dah lambat..
dah terang2 kena riba..
lu tahu la kan..
dunia sekarang penuh dengan riba..
harga sepatutnya kerajaan bayar kiralah kalo sekilo gula kena bayar 20 sen..
sebab pengeluar tanggung dulu kerugian..
diorang tag la dalam 1 sen sekilo..
dapat la 21 sen sekilo..
kan ke riba tu..

tapi sebab dari sehari ke sehari kerajaan mendelaykan pembayaran..
so pengeluar ni pun rasa x puas hati la..
takkan nak tanggung rugi je kan..
so diorang pun stopkan pengeluaran gula..
yang kedai2 kecik plak pandai nak ambil kesempatan bila diorang stop anta gula..
so diorang pun simpan gula..
boleh naik 10 sen 2 barang kali..
kan riba dah tu..

bila kerajaan tak tertampung nak bayar..
dia pun naikkan la harga gula..
nampak simple kan..

kalo tak paham entri ni..
wa akan cuba carik anologi (betul ke ni)..
ni baru persoalan..
camne nak selesaikan..
kita akan bincangkan..

peeslashass nak merapu pun payah dah sekarang ni..

7 ulasan:

jaie berkata...

good info.

n 1 lg, dlm sibuk2 kononnya gula utk kegunaan tempatan diimport dari luar, n dicatu utk rakyat, blh pulak kita eksport senyap2 gula ke singapore... bnda ni kantoi bila ada train yg nak hantar gula tu tgelincir. tv1 lgsung xhebohkan. nasib baik ada 1 paper matsaleh pecah lubang. hampeh kan?

aDDy berkata...

tu lah bro..
bukannya kita xnak sokong kerajaan..
diorang dah suh kita belaja tinggi2..
so diorang kene terima hakikat supaya menipu pun kelas tertinggi la..

dulu mahathir penah cadangkan untuk buat dinar emas..

ape cite eh projek tu..

jaie berkata...

xsure.. tapi dinar tu mmg ok gua rasa. zaman dulu pun pakai dinar kan? matawang yg based on emas ni lg stabil rasanya.

aDDy berkata...

lepas aku layan kat youtube islam dan sistem kewangan antarabangsa..

sistem kewangan memang dah lumpuh..

ni semua fitnah dajal..

shiekh tu pun cakap pasal mahathir punya plan nak buat dinar emas..

dia cakap kalo setakat nak buat ngan negara2 asean..
macam sistem kat euro tu..
diorang xkan kena kacau..

tapi kalo dah sampai tahap antarabangsa kompom kena bunuh..

maybe diorang goyang kot nak buat camni..
sebab kalo kita dah stat buat..
nanti arab mesti nak join punya..

last2 jual beli minyak kita dah oleh take over dari US..kan dollar diorang yang jadik wang perantaraan..

padahal negara dia xde emas pun..
diorang kuar duit banyak2..
beli minyak secara percuma..
sebab tu harga minyak naik..

Tanpa Nama berkata...

ko tulis guna bahasa betul boleh tak?serabut aku baca

aDDy berkata...

thanx tanpa nama..

bahasa betul tu maksudnya saya awak ke..
kau aku ke..

ke aku kena susun ayat dulu..

jelaskan sikit bos..

DONLOD LAGU INDIE berkata...

DONLOD DI SINI