Julai 29, 2010

Tidak Berguna

pagi ni setelah dah lama wa x bukak sokkaba..
wa pun bukak la menggunakan medium yang wa ada..
wa tertarik ngan satu berita..

penulis blog wajib tulis yang perkara yang benar
..

persoalannya mengapakah WAJIB..
lu tahu kan wajib tu apa..
bila dibuat mendapat pahala..
ditinggal mendapat dosa..

pendapat wa..
menulis blog ni adalah pendapat lu..
fakta2 yang lu berikan pun adalah dari pemikiran lu..
blog ni adalah satu medium untuk lu suarakan pendapat lu..
x kisah la apa yang lu sampaikan betul ke salah..
tapi tetap betul dari pandangan lu..

sebab yang keluar kat sokkaba pun yang paling benar ialah no ekor..
wa rasa keputusan no ekor je yang betul..
sebab tu la ramai orang melayu yang pergi beli no ekor ni..

sebenarnya apa yang benar ialah apa yang tercatat dalam al-Quran dan al-Hadith..
al-Quran ni paling relevan dan sesuai digunakan x kisah lu ada kat tahun mana pun..
dalam Quran sendiri dah ada cite pasal sejarah kaum2 terdahulu..
wa saspek kaum dahulu lagi gempak la dari zaman skang ni..
x payah la kita nak bajet teknologi skang ni power..
padahal misteri pembikinan piramid pun luorang x diskaver lagi..
Allah saja je tinggalkan benda2 tu supaya luorang sedar..
Allah nak musnahkan mudah je..
bangunan2 yang skang ni komain cantik..
Allah hantar je angin pun dah boleh musnahkan..

so kenapa al-Quran yang benar tu diorang taknak ikut..

lagi mau suruh orang tulis yang benar..

lu penah tak terfikir kat negara barat..
kenapa diorang ramai athies(betul ke wa eja ni)..
sebab diorang suka mengkaji..
bila diorang mengkaji agama diorang..
diorang nampak kesilapan beb..
sebab tu diorang pakat ramai2 keluar agama..
x caya pada agama..
kesian kan..
kalo la wa sempat bagi diorang tafsir suh diorang kaji..
mesti besar pahala wa..
sebab kebanyakan orang islam skang ni malas nak mengkaji pasal agama sendiri..
diorang sibuk mengkaji agama orang..
lepas tu mau blame agama tu nak jatuhkan agama ni la..

akhir kata..
sambutlah lagu dari wa..



lu cariklah lirik dia k..
ini adalah lagu sindiran..


peeslashass camne boleh sampai sini lak ni..

Julai 26, 2010

R E H A T

entri wa semakin berat wa rasa..
so entri kali ini adalah entri2 sempoi..
alhamdulillah pagi ni wa berjaya kalahkan setan..

memang sejak kebelakangan ni..
setan makin kuat nak wa tewaskan..
pagi ni wa teringat kata2 mak wa..
bagun terus baca doa bagun tido..




Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mati (tidur) kami dan kepadaNya kami kembali

luorang semua tahukan..
yang waktu kita tidur tu kita mati..
dan tulah yang dinamakan mati kecil..
kalo lu mati besar..
lu dah tak baca entri wa lagi..
lu dah mengadap mungkar dan nangkir..
tapi bila lu dah mati besar tu..
maknanya lu dah kiamat kecil..
kiamat besar plak kiamat yang bumi hancur semua tu la..
lepas tu lu akan di bangkitkan pada hari akhirat..

dulu wa selalu gak konfius..
sebab kalo dalam bahasa arab qiam tu maksudnya bangun kan..
so wa bajet hari kiamat tulah hari kita di bangkitkan..
tapi sebenarnya hari akhirat ialah hari yang dibangkitkan..
lepas tu kumpul di masyar..
so pada luorang yang nak belajar..
pasal masyar ni..
sok pagi kul 7..
lu tercongok la depan tv 9..
blajar ngan ustaz hassan din..
ye la nak baca tafsir lu malas kan..
apa salahnya waktu2 camtu lu bukak tv..
sementara tengah siap2..
x payahlah lu nak dengar radio2 yang sibuk nak mengena kan semua orang..

okay harini wa nak kongsi cerita satu lawak yang sempoi..
sabtu aritu..
wa dan budak2 rumah wa entertaint housemate wa yang baru..
mamat ni dl student uitm..
x taula port2 menarik kat tempat wa ni..
wa pun ajak dia pekena kopi kat stesyen keretapi kluang..
wa rasa kopitiam ni bukan kopitiam yang Jabatan Agama Islam mark tu..
biasalah..
trend budak2 skarang lepak kopitiam..
lepak minum kopi kat situ memang best..
dengan roti bakar yang sangat feel..
beserta telur setengah masak yang betul2 setengah masak..
ditambah perasa nasik lemak yang comel..
memang legend..

sementara menanti roti stim housemate baru wa sampai..
ini adalah pertambahan setelah pekena apa yang wa sebut tadi..
wa terdengarlah perbualan satu famili ni..
wa memang peka benda2 camni..
ye la wa kan stalker..
jangan la lu cerita benda2 ngarut dekat2 wa..
walaupun wa nampak macam x layan lu..
tapi telinga wa ni aktif je..

si bunda pun berceritalah dengan familinya..
kat batu pahat tu macam2 parit ada..
parit sulong, parit yaani, parit botak (okay part parit ni memang wa tambah bagi sedap..sebab wa x dngar sangat parit yang disebut)..
parit apa lagi yang ada eh tanya bunda..
mungkin soalan tu adalah untuk si bapanya..
tapi dengan pantas..
anaknya menjawab...








PARIT KAMIL..






memang smartlah..
parit ni memang paling femes..
siap pernah jadik setan lagi..
dan suasana meja famili tu terus jadi sunyi sepi..

apasal diorang tak gelak2 eh..
dan topik pun terus bertukar..

wa ngan budak2 umah wa je yang lawak dan siap buat teka-teki lagi kepada mereka yang tak dengar cite ni lagi..


peeslashass 3 dari wishlist wa dah sempurna (no 10 menonton godfather, no 3 busking, no 14 snorkelling)

Julai 12, 2010

Kaf Alif Ya Alif

lu ade dengar cite tak negara akan bangkrap..
oleh hal yang demikian subsidi perlulah ditarik balik..
sebelum tu..
lu tau tak apa tu subsidi..
tu bahasa inggeris tu..
orang2 melayu yang tak malu dok sibuk tukarkan bahasa inggeris ke bahasa melayu..
kalo bahasa melayunya peruntukan..
lu tengok..
bukan takde bahasa melayu..
namun bukan itu yang wa risaukan..
wa pelik setiap tahun ada rangking untuk orang2 terkaya..
orang yang kaya semakin kaya..
orang yang miskin semakin miskin..
yang dipertengahan bagaimana pula..
makin tersepit..

______________________________________

kat atas tu dah delay bapak lama..
macam mana ntah wa boleh sangkut menulis ni..
entri kat atas tu wa taip sebelum naiknya harga minyak..
lu x pelik ke..
lepas je harga gula diumumkan naik..
lu pegi lah mana2..
ada balik gula..
kembali semula kepada rangking yang wa cita beberapa minggu sebelum tu..
siapa yang paling kaya..
tu tokey gula..
lu tau tak cammane dia boleh jadik lagi kaya dari tokey minyak ataupun tokey balak..

ada yang akan kata sebab gula semua orang guna..
semua air manis mesti guna gula..
sebab tu gula mesti laku..
bukan ke gula dan minyak tu sama je..
pemberi tenaga..
harga gula ngan minyak pun dah nak dekat sama..
bezanya unit SI yang diorang guna..

skang ni wa nak bongkar satu rahsia..
wa tak tahu la lu tahu ke tak..
tapi rahsia ni kalo wa bitau silap2 wa kena tangkap..
tapi takpelah..
wa bitau je..
balik semula kepada subsidi tu..
kan ke subsidi tu wang yang kerajaan keluarkan untuk tampung harga gula..

macam minyak kita boleh tahu harga pasaran dunia..
hinggakan ada yang siap buat kira2..
kononnya harga minyak waktu tu kita yang bagi duit kat kerajaan..
dan ada gak yang kira brape kerajaan bayar untuk seliter minyak..
tapi kenapa harga pasaran gula kita tak tahu..
dan takde pulak yang nak selongkar benda2 ni..
mana peginya reporter..
benda2 penting macam ni lu xnak amek port..
blaja kat kolej kat universiti..
berkejaran jadik reporter hiburan je..
habis semua luar dalam lu nak tau..

ni rahsia yang wa nak bitau lu..
sebenarnya kerajaan lambat bayar subsidi kepada pengeluar gula..
kalo dah lambat..
dah terang2 kena riba..
lu tahu la kan..
dunia sekarang penuh dengan riba..
harga sepatutnya kerajaan bayar kiralah kalo sekilo gula kena bayar 20 sen..
sebab pengeluar tanggung dulu kerugian..
diorang tag la dalam 1 sen sekilo..
dapat la 21 sen sekilo..
kan ke riba tu..

tapi sebab dari sehari ke sehari kerajaan mendelaykan pembayaran..
so pengeluar ni pun rasa x puas hati la..
takkan nak tanggung rugi je kan..
so diorang pun stopkan pengeluaran gula..
yang kedai2 kecik plak pandai nak ambil kesempatan bila diorang stop anta gula..
so diorang pun simpan gula..
boleh naik 10 sen 2 barang kali..
kan riba dah tu..

bila kerajaan tak tertampung nak bayar..
dia pun naikkan la harga gula..
nampak simple kan..

kalo tak paham entri ni..
wa akan cuba carik anologi (betul ke ni)..
ni baru persoalan..
camne nak selesaikan..
kita akan bincangkan..

peeslashass nak merapu pun payah dah sekarang ni..

Julai 06, 2010

B A N K I S L A M

bank2 islam tumbuh ibarat cendawan masa kini..
hampir kesemua bank2 konvensional telah convert kepada islam ni..
agak2 lu diorang ada ke ngucap 2 kalimah syahadah sebelum convert ni..

bagi mereka yang dah belajar hampir 5-6 tahun tentang perbankan islam ni pun terus menjadi rebutan bank2 yang dah masuk islam ni..
wa masih teringat lagi lawak potong saga..
lu usha la kat youtube..
lawak dan sangat lawak kerana si namawee tu sanggup potong zakarnya untuk berurusan dengan bank islam..
lepas tu siap fotostat nak bitau yang dah potong..

hei kamon..
masuk islam bukannya bermakna kena potong..
kalo x potong x boleh masuk islam ke?
potong tu kerana kebersihan..
dan kebersihan tu sebahagian dari iman..
yang budak2 sekarang dok sibuk bebual pasal iman tu..
kata sabar tu separuh dari iman..
beb bukan separuh beb..
sebahagian..
betul kan wa kalo silap k..
x silap wa iman tu terbahagi kepada 70 bahagian..

kembali kepada tajuk..
apakah yang dimaksudkan dengan bank islam?
adakah yang dimaksudkan dengan bank islam ni jual belinya dilakukan dengan cara islam?
adakah pelaburan yang dilaksanakan oleh bank islam ini dilaburkan pada orang2 islam?
bermacam persoalan yang bermain dalam kotak pemikiran wa..
dan mengapa baru kini bank islam ni wujud?
kenapa tidak dari zaman kegemilangan islam lagi bank2 ni wujud?
adakah sekarang ni zaman kegemilangan islam?

lu tengok tu..
berapa banyak persoalan yang x dapat wa rungkaikan..
tapi dari apa yang wa nampak..
sekali lagi wa tekan kan..
dari apa yang wa nampak..

tiada bezanya bank islam dan bank konvensional yang lain..
bagi yang meminjam pastinya memulangkan pinjamannya beserta ribanya..
jika sebelum ni wa cerita yang bank konvensional sama je ngan along..
bank islam pun pada wa sama je ngan bank konvensional..
yang berbezanya adalah terma2 dalam perjanjian..
mungkin pada along termanya ialah bunga..
pada bank2 termanya ialah faedah..
dan pada bank islam kalo x silap wa mudarabah..
wa x tau..
wa taip je..
wa x amek perbankan islam..
kalo salah betulkan k..

so kalo lah lu nak melarikan diri dari ke riba an ni macam mana..
maknanya benarlah hadis nabi..
dari 1000 orang 999 darinya akan masuk ke neraka..
fine tu bukan wa yang kata..
wa ada sumber..
ni klik la..
dia cakap bahasa omputih..
so pernisbahannya bukannya 1/10..
999/1000..
wa hanya mampu memberitahu..
tapi x bermakna wa jauh dari riba ni..
dah terang2 wa belajar pun ada PTPTN..
tu dah riba..
apa yang wa boleh buat hanyalah berdoa dan bertaubat setiap hari..
supaya dapat melarikan diri dari semua ini..

nampak macam wa baik kan..
wa x baik pun..
kadang2 wa pun terleka..
tapi bila wa dah tulis ni kurang2 wa cuba untuk memperbaiki diri wa..
sebab yang suka baca tulisan wa ni pun wa sendiri..

peeslashass sekarang ni siapa yang salah..setan ke lu?