R: Hai Iblis! Apakah tipu helah terawal engkau ke atas manusia?
I: Pertama hamba pesongkan iman mereka sehingga terpesong iktikad mereka kepada kekafiran samada pada perkataan, perbuatan, kelakuan dan hati mereka. Namun jika mereka gagal hamba pesongkan, hamba akan berusaha menarik mereka ke jalan yang mengurangkan pahala supaya lama-kelamaan, mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuan hamba.
R: Hai Iblis! Apabila umatku mendirikan solat, bagaimanakah keadaan engkau?
I: Itulah sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementar seluruh badan hamba dan lemahlah tulang sendi hamba, maka pada waktu itu hamba menyuruh puluhan syaitan dan iblis menggoda setiap orang yang hendak bersolat menerusi anggotanya supaya malas bersolat dan hatinya supaya was-was dalam solatnya serta lupa bilangan rakaatnya dan bimbangkan pekerjaan dunia dan hatinya hendak cepat-cepat menamatkan solatnya. Dan sesetengah iblis masuk ke dalam mata orang yang hendak bersolat supaya ia tidak khusyuk dalam solatnya sehingga mereka berpaling atau menjeling ke kanan dan kiri semasa solat. Dan sesetengah iblis masuk telinga orang yang sedang bersolat supaya mendengar perbualan orang, bunyi-bunyian dan sebagainya yang sia-sia. Dan sesetengah iblis duduk pada belakangnya supaya orang yang bersolat itu tidak berupaya lama-lama semasa bersujud atau bertahiyat. Dalam hatinya berkehendakan agar solatnya segera tamat, dan ini tentunya akan mengurangkan pahala solat. Jika sekelian iblis berkenaan gagal menggoda seperti yang demikian, nescaya mereka akan hamba hukum seberat-beratnya.
R: Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apakah engkau rasa?
I: Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka terbakarlah rasa tubuh hamba serta putus-putus segala urat hamba, maka larilah hamba dari mereka.
R: Hai Iblis! Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah apakah engkau rasa?
I: Telah binasalah diri hamba dan gugurlah tulang hamba kerana mereka telah menyempurnakan rukunnya.
peeslashass Selamat hari Jumaat
9 Biddeford Land For Sale Near Me
3 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan