R: Hai Iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah, apakah yang engkau rasa?
I: Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadap hamba kerana apabila masuk malam awal Ramadhan maka memancarlah nur Arasy dan Kursi serta segala Malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar anugerah Allah yang Maha Pengampun. Segala dosa yang telah lalu diganti dengan pahala yang amat besar serta tiada tulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta Malaikat sehinggalah burung-burung dan ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang-orang yang berpuasa.
Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah Tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam Bulan Ramadhan, segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka, angin/bayu syirah yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga. Maka pada harinya umat Tuan Hamba berpuasa, datanglah segala bala tentera Malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap hamba dengan perintah Allah serta ditangkapnya segala tentera hamba iaitu jin, syaitan dan ifrit serta dipasung kaki dan tangannya dengan besi panas - dan dirantainya hamba sekaliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasa umat Tuan Hamba baharulah hamba dilepaskan supaya hamba tidak boleh menggangu mereka. Dan umat Tuan Hamba sendiri telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasa sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorang diri sekalipun tanpa sedikit perlu merasa takut seperti malam-malam lain.
R: Siapa pula yang sama (tarafnya) seperti engkau?
I: Orang-orang yang meringankan syariat Tuan Hamba dan membenci orang yang mempelajari Islam.
R: Siapakah pula yang memberi cahaya pada muka engkau?
I: Orang-orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan (menjadi) saksi pembohong serta memungkiri janji.
9 Biddeford Land For Sale Near Me
3 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan