Iblis pernah diarah oleh Allah untuk berdialog dengan Rasulullah Sallallahualaihiwasalam..
segala rahsia dan apa yang disoal oleh Rasulullah dijawab dengan jujur oleh iblis..
Iblis datang mengadap Rasulullah dengan menyamar sebagai orang tua yang buta sebelah mata serta berjanggut putih..
berikut adalah dialog antara iblis dan Rasulullah..
R: Wahai iblis! Siapakah sebesar-besar seteru engkau dan apakah pandanganmu terhadapku ini?
I: Ya Nabi Allah, Tuan Hambalah musuh hamba yang paling besar daripada segala seteru hamba di muka bumi ini..
R: Hai Iblis! Bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah SWT?
I: Ya Nabi Allah, hamba goda perempuan-perempuan supaya merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya hingga menghasilkan benih yang bersalah-salahan sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan solatnya dan leka dengan makan minum dan berbuat kemungkaran. Sesetengah hamba lalaikan dengan harta-bendanya daripada emas,perak,rumah,ladang dan hasilnya dibelanjakan ke atas pekerjaan yang haram. Telah banyak kaum lelaki dan perempuan terpesong imannya menerusi tentera jin, iblis dan syaitan yang hamba perintahkan supaya menarik mereka ke jalan kemungkaran. Kalau terdapat sesuatu pesta yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, maka hamba akan menggoda bersungguh-sungguh supaya mereka kehilangan maruah, ,meminum arak dan mempengaruhi rakannya dengan cara paksaan supaya meminum arak sehingga hilang akal dan rasa malu mereka. Lalu hamba hulurkan tali percintaan yang asyik sehingga terbuka beberapa pintu maksiat yang besar supaya mereka berhasad dengki sehingga melakukan penzinaan. Apabila lelaki dan perempuan berkasih-kasihan, maka terpaksalah mereka mencari wang menerusi tipu daya serta mencuri. Sekiranya mereka menyedari kesalahan masing-masing dan ingin bertaubat atau beramal ibadat, hamba akan halang mereka sehingga mereka bertangguh dalam berbuat kebajikan. Hamba juga akan menggoda dengan lebih kuat supaya melazimkan maksiat dan menyukai isteri orang. Maka telah ramai umat Tuan Hamba telah hamba sesatkan dengan jalan ini dengan bantuan jin, syaitan dan iblis di mana hamba menyuruh mereka menghasut seluruh anggota manusia hingga ke dalam tubuh badannya. Apabila mereka digoda pada hati, maka mereka akan sentiasa riak dan takbur, 'ujub serta melengah-lengahkan amalnya dan berlaku sombong. Apabila mereka digoda pada lidah, maka sentiasalah mereka gemar berdusta, mencela dan mengumpat satu sama lain. Demikianlah hamba menghasut mereka siang dan malam..
lotih den menaip ha..
sapo nak curik..
curiklah..
den x heran pun orang nak plagiat ko apo ko..
sobab eh den pun curik kek buku..
kalo buku ni menipu mako eh den pun menipu..
peeslashass panjang laie perbualan eh mako banyaklah laie entri eh..
9 Biddeford Land For Sale Near Me
3 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan