Mei 27, 2010

S E N G A J A

besok hari lahir wa..
tahun lepas wa celebrate kat Perangkaan..
wa kene keje luar..
tahun sebelum tu..
wa celebrate ngan family wa..
tahun ni wa celebrate ngan lu..
wa penah gak celebrate 3 kali ngan orang yang wa suka..

kalo cik terompah bagi hadiah untuk pertandingan "i wish"..
wa cuma mampu bagi motivasi je kat lu..
nak bagi duit..
alhamdulillah duit wa cukup wa pakai sendiri je..
nak bagi hadiah raksase kecik..
wa x pandai..
so cukuplah motivasi-motivasi wa kat dalam blog ni..

sebenarnya wa jeles ngan cik terompah..
sebab dia ada wishlist..
dan kerana itu pun wa nak meniru cik terompah..
akan wa wujudkan senarai 25 wishlist perlu wa lakukan sebelum umur 25 wa tamat..
tapi wa rasa wa tak cukup 25..
dan wa mengharapkan bantuan luorang menambah apa2 wish untuk wa..
ganjaran akan diberkan kepada mereka..
diharap cadangan luorang tu xdelah menyalahi hukum syara'..

ni antara wish yang wa ada terpikir..
1.record lagu sendiri.. (x kesah le demo ke ep ke..wa mengharap bantuan rakan2 band..paling kurang 1 lagu)
2.perform kat mana2 gig..(sebab skarang zaman kapitalis kena p2p..wa nak buat gig kat dalam kedai jamming je..)
3.busking
4.menuju ke perlis dari johor dan patah balik ke johor dalam masa sehari..
5.buat satu je trick men skateboard..(wa penah belajar dulu..tapi ollie pun x lepas)
6.belajar buat softdoll..(cik terompah wink..wink)
7.berada di 3 tempat dalam satu masa..
8.mendaki gunung..
9.memancing di lautan..(wa x penah memancing)
10.tamatkan menonton Godfather..(semua sekali termasuk the Don)
11.anta baju2 x pakai wa yang masih elok ke rumah anak yatim..
12.menaikkan layang-layang..(benda yang wa tak pernah berjaya lakukan masa kecik2)
13.menjahit pakai mesin jahit..(paling kurang pun sarung bantal)
14.snorkeling bukan snookering..
15.derma darah..(bapak wa banyak kali..adik-adik wa pun dah 2,3 kali..wa sekali pun x penah)
*16.ice skating..
*17.buat 1000 origami bentuk angsa..(YNWA)
*18.buat kapal terbang banyak2, lepastu terbangkan dari atas bangunan..


lagi sepuluh luorang tolong wa boleh..

nampaknya wa menulis dengan perasaan ceria hari ni..
bengong betul..
sebelum ni perasaan menulis adalah biasa..
dan marah..

peeslashass budak2 ni nak sediakan telur ngan tepung nak buat kek ke?
* adalah pertambahan

Mei 24, 2010

Dal Ya Lam Wau Ga (3)

R: Hai Iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah, apakah yang engkau rasa?



I: Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang besar bahayanya terhadap hamba kerana apabila masuk malam awal Ramadhan maka memancarlah nur Arasy dan Kursi serta segala Malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar anugerah Allah yang Maha Pengampun. Segala dosa yang telah lalu diganti dengan pahala yang amat besar serta tiada tulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta Malaikat sehinggalah burung-burung dan ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang-orang yang berpuasa.



Satu lagi setinggi-tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah Tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam Bulan Ramadhan, segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka, angin/bayu syirah yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga. Maka pada harinya umat Tuan Hamba berpuasa, datanglah segala bala tentera Malaikat yang garang tanpa mengira lawannya menangkap hamba dengan perintah Allah serta ditangkapnya segala tentera hamba iaitu jin, syaitan dan ifrit serta dipasung kaki dan tangannya dengan besi panas - dan dirantainya hamba sekaliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasa umat Tuan Hamba baharulah hamba dilepaskan supaya hamba tidak boleh menggangu mereka. Dan umat Tuan Hamba sendiri telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasa sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorang diri sekalipun tanpa sedikit perlu merasa takut seperti malam-malam lain.

R: Siapa pula yang sama (tarafnya) seperti engkau?

I: Orang-orang yang meringankan syariat Tuan Hamba dan membenci orang yang mempelajari Islam.

R: Siapakah pula yang memberi cahaya pada muka engkau?

I: Orang-orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan (menjadi) saksi pembohong serta memungkiri janji.

Mei 21, 2010

Dal Ya Lam Wau Ga (2)

R: Hai Iblis! Apakah tipu helah terawal engkau ke atas manusia?

I: Pertama hamba pesongkan iman mereka sehingga terpesong iktikad mereka kepada kekafiran samada pada perkataan, perbuatan, kelakuan dan hati mereka. Namun jika mereka gagal hamba pesongkan, hamba akan berusaha menarik mereka ke jalan yang mengurangkan pahala supaya lama-kelamaan, mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuan hamba.

R: Hai Iblis! Apabila umatku mendirikan solat, bagaimanakah keadaan engkau?

I: Itulah sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementar seluruh badan hamba dan lemahlah tulang sendi hamba, maka pada waktu itu hamba menyuruh puluhan syaitan dan iblis menggoda setiap orang yang hendak bersolat menerusi anggotanya supaya malas bersolat dan hatinya supaya was-was dalam solatnya serta lupa bilangan rakaatnya dan bimbangkan pekerjaan dunia dan hatinya hendak cepat-cepat menamatkan solatnya. Dan sesetengah iblis masuk ke dalam mata orang yang hendak bersolat supaya ia tidak khusyuk dalam solatnya sehingga mereka berpaling atau menjeling ke kanan dan kiri semasa solat. Dan sesetengah iblis masuk telinga orang yang sedang bersolat supaya mendengar perbualan orang, bunyi-bunyian dan sebagainya yang sia-sia. Dan sesetengah iblis duduk pada belakangnya supaya orang yang bersolat itu tidak berupaya lama-lama semasa bersujud atau bertahiyat. Dalam hatinya berkehendakan agar solatnya segera tamat, dan ini tentunya akan mengurangkan pahala solat. Jika sekelian iblis berkenaan gagal menggoda seperti yang demikian, nescaya mereka akan hamba hukum seberat-beratnya.

R: Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apakah engkau rasa?

I: Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka terbakarlah rasa tubuh hamba serta putus-putus segala urat hamba, maka larilah hamba dari mereka.

R: Hai Iblis! Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah apakah engkau rasa?

I: Telah binasalah diri hamba dan gugurlah tulang hamba kerana mereka telah menyempurnakan rukunnya.

peeslashass Selamat hari Jumaat

Mei 18, 2010

Dal Ya Lam Wau Ga

Iblis pernah diarah oleh Allah untuk berdialog dengan Rasulullah Sallallahualaihiwasalam..
segala rahsia dan apa yang disoal oleh Rasulullah dijawab dengan jujur oleh iblis..
Iblis datang mengadap Rasulullah dengan menyamar sebagai orang tua yang buta sebelah mata serta berjanggut putih..
berikut adalah dialog antara iblis dan Rasulullah..

R: Wahai iblis! Siapakah sebesar-besar seteru engkau dan apakah pandanganmu terhadapku ini?

I: Ya Nabi Allah, Tuan Hambalah musuh hamba yang paling besar daripada segala seteru hamba di muka bumi ini..

R: Hai Iblis! Bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah SWT?

I: Ya Nabi Allah, hamba goda perempuan-perempuan supaya merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya hingga menghasilkan benih yang bersalah-salahan sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan solatnya dan leka dengan makan minum dan berbuat kemungkaran. Sesetengah hamba lalaikan dengan harta-bendanya daripada emas,perak,rumah,ladang dan hasilnya dibelanjakan ke atas pekerjaan yang haram. Telah banyak kaum lelaki dan perempuan terpesong imannya menerusi tentera jin, iblis dan syaitan yang hamba perintahkan supaya menarik mereka ke jalan kemungkaran. Kalau terdapat sesuatu pesta yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, maka hamba akan menggoda bersungguh-sungguh supaya mereka kehilangan maruah, ,meminum arak dan mempengaruhi rakannya dengan cara paksaan supaya meminum arak sehingga hilang akal dan rasa malu mereka. Lalu hamba hulurkan tali percintaan yang asyik sehingga terbuka beberapa pintu maksiat yang besar supaya mereka berhasad dengki sehingga melakukan penzinaan. Apabila lelaki dan perempuan berkasih-kasihan, maka terpaksalah mereka mencari wang menerusi tipu daya serta mencuri. Sekiranya mereka menyedari kesalahan masing-masing dan ingin bertaubat atau beramal ibadat, hamba akan halang mereka sehingga mereka bertangguh dalam berbuat kebajikan. Hamba juga akan menggoda dengan lebih kuat supaya melazimkan maksiat dan menyukai isteri orang. Maka telah ramai umat Tuan Hamba telah hamba sesatkan dengan jalan ini dengan bantuan jin, syaitan dan iblis di mana hamba menyuruh mereka menghasut seluruh anggota manusia hingga ke dalam tubuh badannya. Apabila mereka digoda pada hati, maka mereka akan sentiasa riak dan takbur, 'ujub serta melengah-lengahkan amalnya dan berlaku sombong. Apabila mereka digoda pada lidah, maka sentiasalah mereka gemar berdusta, mencela dan mengumpat satu sama lain. Demikianlah hamba menghasut mereka siang dan malam..

lotih den menaip ha..
sapo nak curik..
curiklah..
den x heran pun orang nak plagiat ko apo ko..
sobab eh den pun curik kek buku..
kalo buku ni menipu mako eh den pun menipu..

peeslashass panjang laie perbualan eh mako banyaklah laie entri eh..

Mei 14, 2010

S I R I B E R K E N A L A N D E N G A N A N A K I B L I S 2

Dasim melaksanakan tugas dengan menyebarkan sifat2 emosi..
mudah marah dan permusuhan..
selalunya berlaku dalam rumah tangga..
bila berlakunya konflik..
si Dasim ni datanglah untuk membesar-besarkan masalah tu..
sampai terjadinya keretakan dan kehancuran antara suami, isteri dan anak..

minggu lepas wa dah sebut nama dia..
si Zaknabur..
tugas dia menggoda para pedagang agar berbuat kecurangan dan penipuan dalam berdagang..
seperti mengurangi timbangan..
menipu dan mengajak manusia melakukan Riba..
lu penah tak terpikir..
si iblis ni ada x hasut orang kafir..
wa rasa la..
dia hasut orang kafir bagi nampak yang riba ni menguntungkan la..
sebab dulu masa wa praktikal ni..
ada la minah ni masuk keje..
dia cakap dia keje ngan ALONG dulu..
memanglah bos yang suh dia keje tu CINA..
tapi bos besar dia MELAYU..
tapi MELAYU tak semestinya ISLAMkan??

anak iblis yang ke enam..
si Khanzab yang bertugas sebagai penghalang manusia..
supaya tidak melakukan solat..
ataupun menggangu orang yang sedang solat agar solatnya tidak sempurna..
ni paling wa anti ni..
wa rasa senjata nak lawan ngan si Khanzab ni ialah..
Wudhu'..
sebab benda ni berlaku baru2 ni gak..
wa punyalah ngantuk..
tapi wa x solat Isya' lagi..
dalam hati wa memang dah nak burn Isya' wa..
bajet boleh bangun malam..
tapi bila wa rasa nak terkencing..
boleh lak wa nak gagahkan diri ke tandas..
dalam hati wa..
alang2 masuk bilik air tu..
baik wa amik wudhu..
smart beb..
Alhamdulillah wa jadik segar semula..
dan berjaya menyempurnakan solat wa..

anak yang terakhir Walhan namanya..
tugasnya menggoda manusia yang sedang berwudhu'..
ha lu tengok..
betapa pentingnya wudhu'..
sampai ada si iblis yang khas untuk melaksanakan tugas ni..
si Walhan ni selalu bagi manusia was-was kalau wudhu'nya tidak sah..
dan bila dia pikir wudhu' x sah..
maka dia akan berfikir solat dia x sah..
sebab wudhu' ialah salah satu syarat sah solat..

peeslashass bila wa nak start bangun malam ni..


**lu dah tengok cite Sang Murabbi - FWT
FWT = Filem Wajib Tonton

Mei 07, 2010

S I R I B E R K E N A L A N D E N G A N A N A K I B L I S

lu tau x sape iblis ni..
iblis ni musuh wa..
wa tak taula apa hubungan iblis ngan lu..
tapi wa harap iblis sentiasa akan menjadi musuh saudara2 wa..

orang kata x baikkan menuntut ngan buku..
sekurang2nya mestilah ada tok guru..
oleh hal yang demikian wa ada offer la..
sape yang nak jadik tok guru wa..
boleh contact wa..
tapi x payah la pakai emel yang wa buh kat profil wa tu..
agak2nya wa ni bijak sangat nak bagi emel wa kan..
ni emel wa markonikov99 at yahoo dot co dot uk..
brape wa nak kene bayar kalo jadik anak murid lu..
kalau lu terima wa terus panggil lu sifu..

berbalik kepada topik arini..
anak iblis ada banyak..
tapi apa yang wa nak cite ni lebih kurang macam nama iblis ngan tugas-tugasnya..
macam malaikatlah..
kan malaikat ada banyak..
tapi yang kita tau ada 10 je kan..
lu ingat x 10 malaikat tu..
g carik kat youtube..
search lagu raihan - 10 malaikat..
belajar balik..

anak iblis yang pertama..
Tsabr: keje dia ni menggoda manusia melakukan maksiat ketika dalam kesusahan atau kesedihan..
keje dia agak kritikal la..
bisik kat telinga si mangsa untuk bunuh diri la..
suh minum arak la..
sebab selalunya orang bila kesusahan ni memang x pandai nak fikir sangat..
so apa tugas lu sebagai khalifah..
kalo lu jumpa orang2 yang camni..
lu bagi semangat kat dia..
janganlah nak downkan dia lagi..
sebab bisikan si Tsabr ni dapat lu tewaskan dengan pertolongan dari luar..
kalo bahasa2 skang ni orang panggil kaunseling la..
lu tengok..
sape lagi power..
iblis ke lu..
lu kan khalifah..

anak kedua, A'war..
keje dia hasut untuk melakukan zina..
dia akan selalulah menggambarkan tentang kenikmatan melakukan zina ni dan keseronokan melakukan zina..
wa ada la baca cerpen2 lucah ni..
ada yang kata walaupun dah kawen..
tapi tetap nak berzina gak..
sebab dia kata feel zina ni lain sket..
ni mesti dah jadik membe baik si A'war ni..
dia dah x payah nak hasut orang camni..
orang camni yang tolong dia hasut orang lain berzina..
senjata untuk melawan si A'war ni ialah puasa..

yang ketiga..
Miswath : yang dok sebar2kan berita dusta ataupun fitnah agar manusia menjadi kalut dan kacau..
mission dia ni akan tercapai bila ada orang sanggup berbunuhan kerana fitnah ni..
si Miswath ni wa nampak tengah bergembira..
dia selalu lepak ngan reporter2..
blogger2..
paling senang dia join lepak ngan orang2 berpengaruh la..
dia paling x suka lepak ngan orang2 alim ni..
sebab orang2 alim mudah je membezakan mana yang haq dan yang batil..

dia ada lagi 4 ekor..
sok lusa wa sambung k..
ni wa dah layan si Zaknabur sebab menyeleweng waktu bekerja..

peeslashass tiada peeslashass

Mei 05, 2010

P O P U L A R



You try to play cool
Like you just don't care
But soon I'll be playin' in your
Underwear
I'm like the mage
With the magic spell
You come like a dog
When I ring yo' bell
I got the money
And I got the fame
You got the hots
To ride on my plane
You givin' me all
That I desire
'Cos down with me
I'm taking you higher

I'm the baddest of the bad
I'm the best that you've ever had
I'm the tops, I'm the king
All the girls get up when I sing, yeah
I'm the meanest in the place
Step up, I'll mess with your face
I don't care where you are
Look up and follow the star.

I, I'm gonna tear down the wall
I may not be here when you call
So best be givin' me your all.

After the havoc that I'm gonna wreak
No more words will critics have to speak
I've got to answers to the tangled knot
Sleep tight in your cot.

Oh baby,
I've been told I'm goin' crazy.
Oh baby,
I can't be held down.
Oh baby,
Somehow I'm keeping it steady.
Oh baby,
I'm tearing up this town.

Hey, this is what I like
Cut my heart with a modern spike.
Hey, this is nothing new
I've got more than enough for you.

I can take on anybody
I can do my thing
I don't wanna hurt nobody
But a bee has gotta string
I'ma fix it if you mix it up (Hoo, hoo)
Talk smack, and I'ma gonna shut you up. (Hoo, hoo)

I am the greatest man that ever lived
I was born to give. (I was born to give.)
I am the greatest man that ever lived, oh
Radio a Dio

Somebody said all the worlds is stage,
And each of us is a player.
That's what I've been tryin to tell you.
In Act 1 I was struggling to survive.
Nobody wanted my action dead or alive.
Act 2, I hit the big time.
And bodies be all up on my behind.
And I can't help myself because I was born to shine.
And if you don't like it, you can shove it.
But you don't like it, you love it.
So I'll be up here in a rage,
'Til they bring the curtain down on the stage.

I'm the greatest man that ever lived...
I'm the greatest man that ever lived...
I'm the greatest man that ever lived...

I am the greatest man that ever lived
I was born to give and give and give.
I am the greatest man that ever lived
Radio a (Dio a) Dio a (Dio a)

I am the greatest ever lived.
I was born to give


peeslashass WAKLU wa nak carik populariti..
kalo wa nak carik populariti dah lama wa buat..
wa bukan baru sehari dua tulis blog..