Ogos 27, 2012

Motivasi

Ada orang bitau gua, lu tulis je apa dari hati lu. Biar pun tulisan lu macam celaka, tapi kadang-kadang tulisan lu tu jadik motivasi untuk orang.

Tapi orang mana yang termotivasi baca belog gua ni. Gua bukan pakar motivasi. Gua bukan orang yang boleh cerita lebat, dapat duit dengan cerita gua. Gua cuma tulis belog untuk menjajarkan (harap-harap ini bahasa melayu yang betul) pandangan gua sama dengan seluruh rakyat tanah melayu.

Dulu masa gua tingkatan dua, sekolah gua ada anjurkan kursus motivasi dengan Fadzilah Kamsah. Taim tu zaman dia tengah top. Takde lagi stail marketing pawer masuk dalam sokkaba, cerita kat tivi, ada testimoni-testimoni. Taim tu dia keluar je tivi semua orang tengok. Tapi gua langsung tak terkesan dengan motivasi dia tu. Yang gua tau semua orang kena bodoh dengan dia aritu. Ala main benda baca arahan sebelum buat sesuatu tu. Arahan pertama baca arahan sampai habis, tapi yang cikgu-cikgu pun kena bodoh haritu. Gua macam biasa tak layan.

Lepas tu bila tingkatan tiga, dia bawak pulak Dr Syukri. Yang ni dia bawak budak-budak nak periksa je. Kali ni gua terkesan sekejap dengan motivasi dia. Lagipun gua memang minat mamat ni sebab buku kecik dia tu. Nota kecik dia memang selalu gua beli. Senang jadik toyol masa periksa. Tapi motivasi dia lekat dalam otak gua ni cuma sehari je. Lusanya gua buat perangai balik. Tapi paling show haritu dia, hujung-hujung motivasi dia ni dia ada tanya macam mana nak ambil duit RM50 dekat kerusi atas pentas. Semua sembang kencang, sampai sorang mamat ni g pentas tu ambik duit tu terus jadik hak milik dia. Benda tu yang gua pakai sampai sekarang. Tak perlu nak sembang macam mana lu nak benda tu. Lu buat baru lu dapat.

Masuk tingkatan lima di sekolah lain, dia jemput Dr Syukri ni lagi. Gua yang sememangnya pegang "buat je jangan sembang kencang" mengharap di hujung program berlaku peristiwa sama. Ya, dia ada suruh buat benda yang sama. Cuma kali ini tiada ganjaran. Gua pergi setelkan suruhan dia tu. Sebab gua harap walaupun gua tak dapat kertas bernilai tu, gua dapat sedarkan kawan-kawan gua macam yang brade dapat RM50 tu.

Lu tak perlu termotivasi dengan tulisan orang. Yang penting lu buat baru lu rasa nikmat. Kalau setakat hari-hari lu baca belog-belog agama, lepas tu terkesan sekejap. Kongsi dengan kawan-kawan fesbuk. Tapi lu tak buat apa yang lu kongsi.









TAK GUNA!!


7 ulasan:

SlacKerZ berkata...

wa like lu punyer entry ni..
sume ada benarnya..
org skang janji melangit, cakap kencang, tp habuk pon xde..

firjani berkata...

tah la wey. aku rasa motivasi tu dari dalam diri sendiri boleh, selepas, mintak ilham dengan Allah. dulu aku cam lost jugak la kalau kecewa ke apa sibuk nak cari motivasi. tapi yang sebenarnya lead membawa diri termotivasi adalah hati kecil sendiri. baiklah. menyampah pulak aku komen panjang kikikiki

[ a D D y ] berkata...

Slackerz
tulisan gua sebenarnya adalah salah satu arkib yang mana gua akan baca kembali dikala gua bosan..gua insan yang selalu lupa..dan arkib ni jadik pengingat untuk gua..

kadang-kadang gua pelik gak suatu ketika, yang gua boleh tulis dengan baik dan kadang-kadang gua baca balik gua rasa macam haram tulisan gua..

[ a D D y ] berkata...

firjani
diri sendiri yang memotivasi diri sendiri..namun kadang-kadang kita perlu memerhati dan menafsir tindak tanduk orang untuk jadikan pengajaran kat kita..

pergh ayat aku macam motivater lah pulak..

JAIE berkata...

AKU ADA HUTANG KO 1 THING

aDDy berkata...

hutang apa bro?
haha..

kita lunaskan time hang out la..
gua rindu nak lepak ngan lu ni..
kita pun dah lost kontek ni..

nasib baik lu tegur kat belog gua..

jaie berkata...

nanti kita set up. insyaAllah.
n nanti aku update contact.



jaga diri bro. aku rindu tunggu ko update. update2 la selalu blog ni.