November 09, 2012

Bahasa Jiwa Bangsa



Megorbankan kereta untuk tujuan seni. Jarang-jarang gua dengar kat tanah Melayu buat macam tu. Isu harga kereta jadi bahan mainan politik. Tapi gua bukan nak cerita pasal kereta ataupun seni. Gambar di atas hanyalah hiasan semata-mata.

Gua sebenarnya kini berada di tanah orang. Bukan tanahair gua sendiri. Bermaksud gua tidaklah semudah-mudahnya berkomunikasi dalam bahasa tanahair gua sendiri. Maka gua pun berkomunikasi dengan bahasa kononnya bahasa antarabangsa.

Bahasa ni sememangnya menjadi bahan debat antara parti-parti politik di tanahair gua. Tempat yang gua datang ni sangat terkenal dengan mereka yang hebat berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa. Banyak syarikat-syarikat antarabangsa menubuhkan syarikat bantuan berasaskan telefon di sini. Sebutannya mudah difahami. Namun tidak semua yang mampu berkomunikasi dengan baik.

Ada sesetengahnya langsung tidak tahu apa yang disebutkan. Pernah sekali sedang gua asyik merakam gambar, datang seorang mamat cuba berbicara dengan gua. Dia berkomunikasi dengan penuh komfiden dan gua pula sepatah haram tak faham apa yang dibicarakan.

Lain pula ceritanya di tempat gua bekerja, semua mata-mata disini sering memerhati gerak-geri gua. Gaya potongan rambut gua menjadi bahan bualan. Mereka lebih seronok untuk bersembang dengan gua dari mamat-mamat dan minah berwajah putih yang sememangnya pada tanggapan kita bijak berbahasa antarabangsa. Gua rasa agak seronok bila semua orang disini sangat ramah dan ingin berkenalan dengan gua. Gua pelik kenapa bila gua di tanah gua sendiri, orang-orang sebangsa gua (bangsa Malaysia) sungguh berat mulut untuk bersapa.

Bukankah kesangsian akan terhapus bila bersapa. Dan apa yang gua belajar dari mereka yang digelar 'working class heroes' ni mereka tersangat ingin belajar bahasa antarabangsa. Namun peluang-peluang mereka dihapus oleh golongan yang kononnya golongan atasan yang mampu berbicara bahasa antarabangsa.

Dan gua bersyukur, kerana pendidikan yang guru-guru gua sampaikan dahulu mampu gua gunakan untuk hari ini. Walaupun bahasa gua tidaklah begitu baik, namun sehari seminggu berbahasa antarabangsa membuatkan gua berani berkomunikasi disini.

peeslashass "orang-orang macam ni yang buat negara gua mundur" kata seorang 'working class hero'.

5 ulasan:

GigiWangi berkata...

Wah, merantau di negara orang ke sekarang ?

[ a D D y ] berkata...

tulah cikgu gigi wangi..merantau carik ilmu kat negara orang..kata malique, ijazah terbaik datangnya dari jalanan..

jaie berkata...

university of sidewalk.. gua tgh check in

Tanpa Nama berkata...

[url=http://www.cheapcanadagooseparkas.ca]canada goose kensington parka[/url] The dress that was featured here was simple and short.. [url=http://www.busesbitermi.com]dr dre beats heartbeats cheap[/url] Nlabnx
[url=http://www.christianlouboutindiscountsale.co.uk]christian louboutin[/url] [url=http://www.ogrelarp.com]http://www.ogrelarp.com[/url] Hdbqtk [url=http://www.pandorajewelryukonsale.co.uk]pandora jewellery[/url]

Tanpa Nama berkata...

[url=http://www.cheapcanadagooseparkas.ca]canada goose hybridge[/url] That their products are high quality, meeting tough market standards. [url=http://www.busesbitermi.com]cheap beats by dre[/url] Rjeveu
[url=http://www.christianlouboutindiscountsale.co.uk]christian louboutin outlet uk[/url] [url=http://www.ogrelarp.com]Canada Goose Parka[/url] Qvfqop [url=http://www.pandorajewelryukonsale.co.uk]pandora charm[/url]