Jun 21, 2011

3 GP

Minggu lepas kecoh apabila kartun keluaran utusan yang mengutuk parti pembangkang. Ramai yang melenting dan ada juga yang memihak kepada pelukis kartun tu. Wa pun terpanggil untuk mengulas sedikit isu kartun itu. Memang jadi lumrah selalunya dari kecik bila bukak surat khabar, page yang wa kejar nak tengok ialah intisari rancangan dan kartun. Tapi semenjak dah besar ni, wa langsung x beli surat kahabar sebab loya ngan berita-berita yang di sampaikan. Sehinggakan waktu 8 malam pun wa lebih rela menonton drama kappow kat astro ceria. Namun tidaklah menjadikan wa ni tak ambil tahu pasal isu semasa.

Yang ingin wa kongsi ngan luorang ialah isu "Bolehkah Rakaman Video Dijadikan Bukti Kes Zina?". Dan isu ini hampir sama ngan kes kartun itu yang mana minah tu nak report kes rogol. Namun untuk kes rogol pesalah boleh dituduh bawak pertuduhan yang lain. Bagi yang rajin membaca boleh usha penerangan yang agak baik di sini. Wa pula nak cerita pasal kes zina seperti zina-zina 3GP yang banyak dan mudah kita dapati di mana-mana laman sesawang di alam maya ni.

Jawapannya ialah TIDAK BOLEH. Rakaman Video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes zina kerana pembuktian dalam kes zina cuma dibolehkan dengan 3 cara. Cara-caranya ialah :-

1. al-iqrar
2. as-syahadah
3. bukti penghamilan
Al-iqrar tu bermaksud pengakuan dari pelaku zina itu sendiri dengan pengakuan yang jelas yakni pengakuan yang tidak boleh ditarik balik. Dan untuk kemantapan, pengakuan tu boleh dilakukan sebanyak 4 kali. Sebagai contoh A dan B berzina kemudian mereka rasa sangatbersalah dan takut dengan azab Allah dan berharap Allah dapat meringankan hukuman mereka, maka mereka pun mengakuilah perlakuan mereka dan qadi pun bolehlah menghukum mereka berdua.

Manakala as-syahadah pula bermaksud kesaksian yang mana seperti yang di sebarkan dalam kartun tersebut, iaitu saksi dari 4 orang Lelaki Muslim yang adil dan merdeka. Dan mereka berempat menyaksikan perbuatan zina itu dengan jelas iaitu memasukan zakar ke dalam faraj. Dan pendapat wa untuk pembuktian yang kedua ni tersangat-sangatlah mustahil kerana untuk mendapatkan lelaki muslim yang adil seperti mencari jarum di dalam longgokan jerami. Dan bagi yang kena tuduh pula masih ada pembelaan bagi mereka di mana jika mereka benar-benar tidak berzina 4 orang saksi ini boleh di jatuhkan hukuman Qazaf. Jika luorang tah tentang hukum-hukum ini lu pasti takut untuk main tuduh je mana-mana pasangan berzina walaupun ketara videonya tersebar.

Dan yang terakhir pula bukti penghamilan. Iaitu seorang wanita yang hamil dan dia tidak menafikan dia telah berzina. Namun lu langsung tak boleh tuduh mana-mana perempuan yang hamil tanpa suami melakukan zina kerana teknologi kini macam-macam perkara boleh berlaku, seperti permanian berhadas yang tidak sengaja dilakukan terhadap perempuan tersebut ke.

Video tersebut tidak boleh dijadikan bukti namun video tersebut boleh digunakan sebagai usaha untuk membuat si pelaku zina mengaku sendiri iaitu kembali ke pembuktian yang pertama. Namun lu kena tahu gak yang cara untuk mendapatkan pengakuan tu bukan lah secara paksaan tidak kira paksaan secara ugutan ataupun fizikal. Kerana syarat utama dalam pengakuan ialah ikhtiyar iaitu tiada paksaan.

Setakat tu je cite wa kali ni. Kalau lu nak tahu lebih lanjut lagi tentang hukum ni mungkin lu boleh baca entri ni. Sebab wa pun rembat dari diorang.

peeslashass seronok baca komen di keretamayat

6 ulasan:

joN berkata...

po hukuman zina kek malaysia ni ek?

[ a D D y ] berkata...

sobab eh nak dapek golongan yang ketamo tu pun payah..mako kigho eh macam takdolah oghang berzina. ingat kito xleh nak tuduh oghang tu berzina tanpo bukti..oleh hal yang demikian jawapan eh diorang tuduh bersekedudukan iaitu khalwat. dan hukuman eh x silap den paling mahal 3 ribu kot..kono cek kek jakim la..sebab diorang x tuduh zina..diorang tuduh khalwat..kalo wa silap wa mintak maaf yo..

muhsync berkata...

aku tgk kartun tu kat fb. yg org lain post. terkejut bila tgk akhbar utusan melayu yg siarkan kartun tu. yg lg terkejut adalah penghinaan terhadap hukum hakam islam. tercatat dalam quran tu. islam harini jatuh bukan disebabkan oleh kuatnya geng kristianisasi tapi sebab orang islam sendiri yang menjatuhkannya.

[ a D D y ] berkata...

betul sync..aku rasa kelas hukum hakam Islam ni wajib di ajar di sekolah walaupun sekarang malaysia tidak mengamalkannya..

GigiWangi berkata...

aku tak tengok pun apa yang akhbar utusan tulis ke lukis amenda ntah. dan aku tak tahu langsung pasal kes ni. dah seminggu eh ? mak aihh, ketinggalan betul aku ni. huhu, tapi hari ini, aku baru tau, sebab hari ini maktab aku ada buat program apa ntah lepas tu jemput penceramah luar, patutlah ada orang bising2 pasal soal utusan meloya ni. kih3. yang pasal zina2 tuh lah, perempuan kena rogol apa entah, tak cukup saksi kan. haha. dahsyat ah sekarang. hukum pun nak main2 kan. ceit

*eh panjang pulak komen

[ a D D y ] berkata...

takdehal gigi lu nak komen panjang-panjang pun takdehal..wa suka baca komen orang..bagi politician memang bagi diorang kartun tu hanya untuk memerli politician yang lain..tapi bagi wa apa yang kartunis tu buat adalah tidak patut..jika ada satu sahaja kartun yakni kartun tentang mamat berserban tu xdehal la..ni dia boleh lukis ada satu lagi kartun polis yang bermaksud undang2 dunia lebih baik dari undang-undang Allah..sedangkan undang2 Allah dah lengkapkan..even wa yang bukan budak law faham dengan mudah benda tu..