November 09, 2012

Bahasa Jiwa Bangsa



Megorbankan kereta untuk tujuan seni. Jarang-jarang gua dengar kat tanah Melayu buat macam tu. Isu harga kereta jadi bahan mainan politik. Tapi gua bukan nak cerita pasal kereta ataupun seni. Gambar di atas hanyalah hiasan semata-mata.

Gua sebenarnya kini berada di tanah orang. Bukan tanahair gua sendiri. Bermaksud gua tidaklah semudah-mudahnya berkomunikasi dalam bahasa tanahair gua sendiri. Maka gua pun berkomunikasi dengan bahasa kononnya bahasa antarabangsa.

Bahasa ni sememangnya menjadi bahan debat antara parti-parti politik di tanahair gua. Tempat yang gua datang ni sangat terkenal dengan mereka yang hebat berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa. Banyak syarikat-syarikat antarabangsa menubuhkan syarikat bantuan berasaskan telefon di sini. Sebutannya mudah difahami. Namun tidak semua yang mampu berkomunikasi dengan baik.

Ada sesetengahnya langsung tidak tahu apa yang disebutkan. Pernah sekali sedang gua asyik merakam gambar, datang seorang mamat cuba berbicara dengan gua. Dia berkomunikasi dengan penuh komfiden dan gua pula sepatah haram tak faham apa yang dibicarakan.

Lain pula ceritanya di tempat gua bekerja, semua mata-mata disini sering memerhati gerak-geri gua. Gaya potongan rambut gua menjadi bahan bualan. Mereka lebih seronok untuk bersembang dengan gua dari mamat-mamat dan minah berwajah putih yang sememangnya pada tanggapan kita bijak berbahasa antarabangsa. Gua rasa agak seronok bila semua orang disini sangat ramah dan ingin berkenalan dengan gua. Gua pelik kenapa bila gua di tanah gua sendiri, orang-orang sebangsa gua (bangsa Malaysia) sungguh berat mulut untuk bersapa.

Bukankah kesangsian akan terhapus bila bersapa. Dan apa yang gua belajar dari mereka yang digelar 'working class heroes' ni mereka tersangat ingin belajar bahasa antarabangsa. Namun peluang-peluang mereka dihapus oleh golongan yang kononnya golongan atasan yang mampu berbicara bahasa antarabangsa.

Dan gua bersyukur, kerana pendidikan yang guru-guru gua sampaikan dahulu mampu gua gunakan untuk hari ini. Walaupun bahasa gua tidaklah begitu baik, namun sehari seminggu berbahasa antarabangsa membuatkan gua berani berkomunikasi disini.

peeslashass "orang-orang macam ni yang buat negara gua mundur" kata seorang 'working class hero'.

Ogos 27, 2012

Motivasi

Ada orang bitau gua, lu tulis je apa dari hati lu. Biar pun tulisan lu macam celaka, tapi kadang-kadang tulisan lu tu jadik motivasi untuk orang.

Tapi orang mana yang termotivasi baca belog gua ni. Gua bukan pakar motivasi. Gua bukan orang yang boleh cerita lebat, dapat duit dengan cerita gua. Gua cuma tulis belog untuk menjajarkan (harap-harap ini bahasa melayu yang betul) pandangan gua sama dengan seluruh rakyat tanah melayu.

Dulu masa gua tingkatan dua, sekolah gua ada anjurkan kursus motivasi dengan Fadzilah Kamsah. Taim tu zaman dia tengah top. Takde lagi stail marketing pawer masuk dalam sokkaba, cerita kat tivi, ada testimoni-testimoni. Taim tu dia keluar je tivi semua orang tengok. Tapi gua langsung tak terkesan dengan motivasi dia tu. Yang gua tau semua orang kena bodoh dengan dia aritu. Ala main benda baca arahan sebelum buat sesuatu tu. Arahan pertama baca arahan sampai habis, tapi yang cikgu-cikgu pun kena bodoh haritu. Gua macam biasa tak layan.

Lepas tu bila tingkatan tiga, dia bawak pulak Dr Syukri. Yang ni dia bawak budak-budak nak periksa je. Kali ni gua terkesan sekejap dengan motivasi dia. Lagipun gua memang minat mamat ni sebab buku kecik dia tu. Nota kecik dia memang selalu gua beli. Senang jadik toyol masa periksa. Tapi motivasi dia lekat dalam otak gua ni cuma sehari je. Lusanya gua buat perangai balik. Tapi paling show haritu dia, hujung-hujung motivasi dia ni dia ada tanya macam mana nak ambil duit RM50 dekat kerusi atas pentas. Semua sembang kencang, sampai sorang mamat ni g pentas tu ambik duit tu terus jadik hak milik dia. Benda tu yang gua pakai sampai sekarang. Tak perlu nak sembang macam mana lu nak benda tu. Lu buat baru lu dapat.

Masuk tingkatan lima di sekolah lain, dia jemput Dr Syukri ni lagi. Gua yang sememangnya pegang "buat je jangan sembang kencang" mengharap di hujung program berlaku peristiwa sama. Ya, dia ada suruh buat benda yang sama. Cuma kali ini tiada ganjaran. Gua pergi setelkan suruhan dia tu. Sebab gua harap walaupun gua tak dapat kertas bernilai tu, gua dapat sedarkan kawan-kawan gua macam yang brade dapat RM50 tu.

Lu tak perlu termotivasi dengan tulisan orang. Yang penting lu buat baru lu rasa nikmat. Kalau setakat hari-hari lu baca belog-belog agama, lepas tu terkesan sekejap. Kongsi dengan kawan-kawan fesbuk. Tapi lu tak buat apa yang lu kongsi.









TAK GUNA!!


Ogos 06, 2012

Orang Asing


Menjadi orang asing adalah seronok pada awal perkenalan. Namun adakah orang asing itu menjadi menarik di akhir perkenalan?

Julai 08, 2012

SMS Memandu



Apa pendapat lu kalau test macam tu berlaku kat Tanah Melayu. Rasa-rasanya berapa ramai yang lulus ujian memandu. Lu dahlah baru belajar bawak kereta. Tapi lu kena bawak sambil menaip.

Tapi bagi yang dah lama memandu, wa rasa tak menjadi masalah untuk mereka memandu sambil texting. Dan yang pasti, tidak kira payah mana telefon yang lu pakai tu. Bila dah biasa lu gunakan lu akan mampu kawal kedua-duanya. Namun perkara itu membawa kemudaratan kepada semua orang jika berlaku kemalangan. Maksudnya benda camni boleh jatuh dalam kategori haram dalam Islam. Sama seperti merokok, langgar lampu isyarat, tak pakai seat belt, tak pakai helmet, tak pakai safety boot dan apa-apa peraturan yang dibuat bukannya untuk menyusahkan orang lain.









peeslashass tadi wa dah tulis panjang-panjang lepas tu wa delete semua, tulisan macam haram

Jun 28, 2012

CigaRatus


peeslashass Walaupun Terlalu Banyak Berita & Pemberitahuan, Namun Masih Jawapan Mereka Sama "Ada Aku Kesah?"

Jun 23, 2012

Tuhan Merahmati Amerika?













peeslashass Mohon tayang di tanah Melayu

Jun 19, 2012

Party Sampai Pagi

Wa rasa lagu Karnal - Party Sampai Pagi mesti akan up kat radio-radio komen kat Tanah Melayu. Semenjak hari pertama dengar lagu tu, wa sebenarnya jatuh cinta ngan beat lagu tu. Walaupun jiwa punkrok tu kuat, tapi wa boleh terima muzik-muzik camtu.

Lagunya taklah berat mana, direk je. Semua boleh faham. Memandangkan wa jauh di perantauan, wa cariklah lagu tu sebab kat sini mustahil dapat dengar. Akhirnya wa jumpa lagu tu beserta vidiyo yang menarik. Wa nak lu tengo vidiyo tu satu-satu lepas tu nilai mana lagi bagus.



Tu Jimbo. Dia memang pawer.



Yang ni plak Jimbit. Lagi dewa.


peeslashass Majulah hiphop untuk Malaysia


Jun 17, 2012

Keras

Bila lama lu tak menulis, lu akan mendapat satu perangai yang pelik. Perangai tidak yakin dengan tulisan lu. Walaupun lu dah taip 5-6 perenggan, lu tetap tak mampu tamatkan cerita lu. Bila lu nak mulakan tulisan, lu akan delete semua perkataan yang lu tulis.























Itu yang berlaku kat wa sekarang ni. Walaupun ada perasaan untuk menekan button backspace sekarang ni. Wa gagahi juga untuk menulis sehingga ke akhirnya.


Dan akhirnya wa berjaya tamatkan tulisan wa.


peeslashass Sebenarnya pelik ngan seting blogger kini

April 05, 2012

Darwinisme

ehsan 9Gag
peeslashass mempercayai wujudnya zaman paleolitik juga mempercayai darwinisme

April 04, 2012

Pening

"Apakah perkara yang paling benar dan dibenarkan oleh semua orang? - KEMATIAN
Apakah perkara yang paling menipu di antara yang paling menipu? - DUNIA
Apakah yang paling menguntungkan di antara yang paling beruntung? - SYURGA
Apakah perkara yang paling berharga di antara yang paling berharga?" - IMAN
peeslashass Jawapan ni semua percaya kot
peeslashass tekan Ctrl + A

Januari 15, 2012

Selamat

Secara officialnya wa pada tahun yang baru, telah keluar dari zon selamat. Sama seperti zaman-zaman sebelum ini di mana pertama kalinya wa menjejakkan kaki ke zon yang tidak selamat untuk wa jadikkan kawasan selamat.

Wa mendapat satu tawaran kerja di kawasan yang wa tak pernah jejaki. Tiada saudara mara, dan yang ada hanyalah kenalan. Wa bersyukur walaupun kenalan wa cuma setahun perkenalan, namun ukhwah tu macam wa dah kenal dia lama.

Kini wa cuba merasai kehidupan rokes-rokes yang sebelum ini lari dari keluarga untuk kepuasan diri. Manakala wa pula lari dari keluarga untuk cari diri sendiri. Wa bukan tak pernah berjauhan dari keluarga, tapi setiap tempat yang wa pergi masi dalam zon selamat wa.

Wa juga, meninggalkan tabiat-tabiat menonton wa, mungkin untuk sementara waktu. Siapa tahu ketagihan menonton itu akan kembali lagi. Tiada sebarang peralatan elektronik selain kipas, lampu dan penghalau nyamuk. Tiada lagi dinding-dinding batu yang mampu wa geselkan untuk memindahkan haba. Peneman wa hanyalah gitar usang, sawang-sawang dan titis-titis air hujan yang mengalir dari palang yang kian uzur.

10 langkah ke kubur, mungkin itu motivasi terbaik untuk wa setiap kali melalui kawasan itu. Ya, zon itu mungkin zon selamat wa ketika ini.


peeslashass terlalu selesa