September 11, 2009

m e r c u n

sebagai peniaga mercun..
hari ini wa nak anta surat rasmi..
kat kerajaan malaysia..
kerana mengharamkan permainan mercun..
ni draft surat wa..
bitau eh kalo silap format..



persatuan peniaga mercun malaysia sektor N9(PPMNS),
no 66 jalan tampin,
seremban,

Pihak Kerajaan,
Putrajaya

Per: Tuntutan kerugian penjualan mercun

berhubung perkara diatas..
kami menuntut agar mercun tidak diharamkan..
kerana pengharaman mercun akan..
menyebabkan kami sebagai peniaga mercun mengalami kerugian..
incik tau x sehari kamitidak berniaga..
kami akan kerugian sebanyak RM 100..
tu tidak dicampur dengan stok tutup kami yang banyak..
oleh hal yang demikian..
kami terpaksa menjual stok mercun tersebut di tahun hadapan..
jika tidak..
terasa bodohlah kami menjualnya di bulan bukan musim perayaan..

2.menurut pihak tuan..
larangan bermain mercun serta penjualannya..
adalah kerana mercun ini merbahaya..
dan menyebabkan kecederaan..
jika itu adalah sebab pengharaman nya..
pihak kami mencadangkan..
agar penjualan kereta juga diharamkan..
kerana pada pendapat kami..
kematian di musim perayaan adalah meningkat akibat..
kemalangan jalan raya..
selain itu kami juga mencadangkan agar pengangkutan awam disediakan lebih banyak lagi..
serta harga tambang juga berpatutan dengan servis yang disediakan..
disamping itu kami juga berharap insurans disediakan kepada penumpang bas..
manalah tau jika berlakunya kecelakaan yang tidak diingini..

3.penjualan mercun hanyalah diadakan sewaktu musim perayaan..
oleh hal yang demikian..
kami sebagai penjual mercun hanya mendapat..
pendapatan tahunan lebih kurang 3 kali sahaja setahun..
kami terpaksa menaikan harga mercun sekali ganda..
namun kerana pengharaman mercun..
kami terpaksa menaikan harga..
kadang2 sehingga 3 kali ganda..
ini adalah bagi menampung perbelanjaan anak bini kami..
jika kami tertangkap..
bermakna harga tersebut adalah harga risiko..
jika pihak tuan tetap mahu mengharamkan mercun..
maka pihak tuan juga perlulah menyediakan..
pekerjaan untuk kami..
bukannya pekerjaan untuk pendatang asing..
yang datang ke sini..
bukannya kami tidak mahu menjadi buruh kontraktor..
tapi pihak tuan juga yang menyebabkan kami membenci pekerjaan itu..
filem2 sering menunjukan kesukaran kehidupan seorang buruh kontraktor..
sedangkan buruh kilang atau nama glamer mereka operator..
jauh lebih sukar kehidupan mereka dari buruh kontraktor..
sepatutnya pihak tuan..
memberitahu betapa beruntungnya menjadi buruh kontraktor..
selain seni yang dapat dipelajari..
kemahiran serta kesihatan juga diperolehi..
jika keselamatan di tempat kerja dipertingkatkan..
cara2 yang lebih selamat bagi melakukan kerja kasar..
juga perlu dididik dari zaman persekolahan lagi..

4. mercun juga dijual bagi memeriahkan lagi musim perayaan..
perkataan raya sendiri telah menunjukkan ia perlulah meriah..
oleh hal yang demikan apalah maknanya..
jika di hari raya sunyi sepi tanpa letupan serta warna-warni percikan api..
sedangkan kelab2 malam yang pihak tuan luluskan..
bagi memenuhkan poket tuan sendiri..
lebih meriah setiap malam..
warna-warni lampu di dalam kelab tersebut lebih meriah..
dari peita dan lampu yang di pasang di jalan raya(sepatutnya meriah)..
jika pihak tuan masih mahu menghalalkan kelab malam..
perlulah menukarkan nama kelab tersebut..
kepada kelab raya..
selain itu, pada pendapat kami..
minuman keras yang dijual juga merbahayakan kesihatan..
bukan sahaja kepada penonggang..
namun kepada orang sekeliling juga..
kami menutut jika mercun diharamkan..
arak,rokok dan apa2 yan merbahayakan kesihatan..
diharamkan juga..
usahlah memikirkan tentang cukai sahaja..

5.kerjasama tuan didahulakn dengan ucapan terima kasih..
terlupa pula, tuntukan kami adalah RM 150 sehari bagi seorang peniaga..
oleh itu kami menuntut untuk 30 hari berniaga..
untuk 15 dibulan ramadhan dan 15 di bulan syawal..


Yang benar,

(presiden PPMNS)


peeslashass amacam dah boleh hantar..

Tiada ulasan: