Isu murtad memang tengah 'in' sekarang ni. Isu ni isu serius dan bukan isu memain. Sebab selepas kewafatan Rasulullah, ramai orang Islam keluar dari Islam kerana bagi mereka pemimpin Islam dah takde, maka Islam pun berkubur bersama pemimpinnya. Dan tugas terawal Khalifah Abu Bakar ialah membunuh mereka yang murtad bukannya membunuh orang kafir. Ini adalah kerana orang yang murtad jauh lebih merbahaya dari golongan kafir.
Adakah kerana mereka yang murtad ini sudah mengetahui rahsia-rahsia Islam yang tidak diketahui oleh orang kafir dan takut mereka menghebahkan kepada orang Islam ataupun mereka yang berniat untuk mengenali Islam ataupun musuh-musuh Islam sendiri.
Wa tinggalkan dulu dengan persoalan tu, dan wa kaitkan pula dengan jihadist yang mana baru-baru ini melakukan satu perhimpunan dan menggesa orang-orang Islam yang lain untuk berkumpul bersama-sama menyatakan bahawa umat Islam di Malaysia menentang gerakan murtad di tanahair ini. Dan tidak silap wa perhimpunan tersebut gagal menarik lebih ramai orang Islam berkumpul malah angka 1 juta yang dijangka hadir jauh tersasar dari bilangan mereka yang hadir. Ke mana perginya umat-umat Islam di tanah air ini.
Ada yang mengatakan perhimpunan ini adalah agenda politik. Ada juga yang menarik diri kerana tiada agenda politik. Wa tidak pasti sama mana satu yang benar. Menentang golongan murtad adalah wajib namun adakah tindakan berhimpun ini dapat menyelesaikan masalah. Apa yang dapat wa nyatakan disini ialah perhimpunan tersebut menambah lagi masalah kepada orang-orang Islam di Malaysia.
Golongan-golongan murtad mempersendakan perhimpunan ini. Penyokong-penyokong politik mempersendakan perhimpunan ini malah orang-orang kafir dan pendakyah juga bertepuk tangan kerana kegagalan program perhimpunan ini. Ada juga yang mengatakan Bersih 2.0 lebih mendapat perhatian rakyat (orang Islam) berbanding isu murtad ini.
Kembali kepada golongan murtad. Murtad terdiri kepadabeberapa jenis antaranya ialah murtad yang menyembunyikan kemurtadannya, murtad yang menyatakan dengan terang murtadnya dan murtad yang menyerang Islam selepas keluar dari Islam.
Mengapakah fenomena murtad ini perlu diambil perhatian, kerana murtad ialah menjual keimanan kepada kekufuran. Ianya seperti memadamkan lampu di malam yang gelap gelita sewaktu sedang berjalan. Ianya berbeza dengan kafir yang sememangnya dalam kegelapan, dan tugas mereka yang beriman ialah menunjukan cahaya itu kepada golongan kafir ini. Bagi golongan murtad pula, mungkin mereka lebih gembira berjalan dalam kegelapan kerana dalam kegelapan, mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa diketahui oleh orang lain. Dan kebebasan itu merupakan keseronokan yang dipimpin oleh syaitan kerana tugas mereka untuk memesongkan hati-hati manusia ini berjaya.
9 Biddeford Land For Sale Near Me
3 tahun yang lalu