Entri wa hari ini lebih kepada santai di mana wa tidak menceritakan tentang keporakperandaan dunia. Enti kali ini lebih menceritakan tentang kemenangan Ana Raffali di Anugerah Juara Lagu Ke 25. Ana Raffali dinobatkan sebagai juara. Ramai yang tidak berpuas hati di atas kemenangan beliau. Sememangnya resmi pertandingan pasti ada yang menang dan pasti ada yang tewas. Dan jika pilihan atau pasukan yang kita sokong tidak menang maka kita akan berusaha menidakkan keputusan kekalahan tersebut. Sebagai contoh pada tarikh keramat yang sama berlansungnya perlawanan antara musuh tradisi perlawanan bola sepak inggeris antara Man U dan Liverpool. Sebagai penyokong Liverpool wa rasa sedikit berang dengan pengadil yang menghadiahkan penalti di awal perlawanan dan mengeluarkan hero pujaan pada minit ke 35.
Namun, adakah keberangan wa tu mampu mengubah keputusan. Tidak sama sekali sedangkan sepatutnya pasukan pilihan wa mempunyai 88 minit untuk mengubah keputusan namun tidak berupaya. Dan inilah yang dinamakan dengan takdir. Walaupun apa yang disokong telah melakukan yang terbaik dan percayalah pasti ada yang lebih baik dari itu. Persoalan mengapa Ana tidak patut menang wa tidak nampak kerana pada pendapat wa apa yang Ana lakukan pada malam itu adalah yang terbaek beliau pernah lakukan. Menyanyi tanpa gitar adalah sesuatu yang amat jarang dilakukan beliau. Dan memerlukan lakonan pula. Wa setuju jika kalian nyatakan yang vokal beliau tidak mantap pada hari tersebut. Hal ini berlaku kerana beliau mengalami virus selsema macam wa gak. Sebab tu lambat apdate blog.
Dan pengadilan terdiri untuk beberapa bahagian, jika vokal ana malam tersebut tidak bagus, banyak lagi yang dinilai. Lagu, lirik, persembahan, teknikal dan macam2 lagi yang wa sendiri pun tak tahu apa yang dinilai. Jika lagu tolong ingatkan aku itu tidak patut menang, mengapa radio kerap memutarkann lagu tersebut. Wa berbincang dari sudut "lagu" yakni irama. Pada wa irama untuk lagu itu sangat menarik berbanding dengan beberapa persembahan yang pada wa lagu asalnya lebih baik dari malam itu contohnya lagu Berlari - Tomok. Wa kurang setuju dengan "pausenya" yang berulang-ulang langsung tidak menggambarkan "LARI".
Berbincang tentang lirik pula,
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Lu baca lirik tu betul2, agak2 lu boleh ke buat lirik yang gila abstrak camni. Wa tau lu suka benda yang direct tapi kadang2 lu kena stadi gak trend yang menang juara lagu, lu ingat hanya kerana lagu sedap dah boleh menang lu try baca lirik lagu tanya sama hud-hud yang m.nasir ada nyanyi malam tu. Betapa puitis dan sinisnya beliau dalam penulisan lirik lagu tersebut. Dan bagi lirik lagu ini pula lu boleh baca entri
belog ni. Dari aspek persembahan pula, wa perasan yang tahun ini semua persembahan agak baik dan apa yang cuba mereka sampaikan dalam lagu tersebut dapat mereka persembahkan dengan baik. Tidak kurang juga Ana dengan membawa naik
Zahiril Adzim yang sememangnya berbakat dalam bidang teater, cuma ending lagu tersebut beliau tersengih untuk apa wa tak tahu. Dari segi teknikal pula wa juga tidak nampak kepicangan sewaktu Ana mempersembahkan Tolong Ingatkan Aku. Dan secara keseluruhan wa rasa ana memang patut menang AJL 25.
peeslashass Frontal Lobe luorang dah teruk sangat ni