September 29, 2010

M A Y A




































peeslashass agak2 the silent reader baca lagi x blog wa..ni lagu tuk dia..

September 28, 2010

Mim Pee

sabtu aritu kat tempat keje wa..
di langsungkan hari inovasi satu malaysia..
wa x ingat langsung nama program dia..
yang penting ada bas2 memenuhi ruangan parking..
exhibition pakai bas memang rare..
bila semua barang pameran letak dalam bas..
x silap wa ada dalam 5-6 buah bas..

namun terdapat gak booth yang tidak menggunakkan bas..
buat style yang biasa2..
wa ngan dak2 rumah wa trus menuju ke bas cyber safe..
lepas layan seframe dua video dalam bas..
cite pasal stalker..
wa dapat simpulkan yang sebenarnya kita semua adalah stalker..
so kalo lu xnak kena stalk..
lu xyah dedahkan identiti lu kat internet..
tapi kalo orang yang sayang lu ari2 dok usya page lu..
bermaksud dia benar2 sayang lu..
kuar dari bas diorang pelawa jamuan ari raya..
lepas makan..
ada hackers sorang bebual ngan wa..
okay la mamat tu..
kalo bergandingan ngan angelina jolie memang sepadan..

dalam semua2 booth..
wa teruja ngan booth angkasawan..
tapi yang ngarutnya..
bapak panas..
wa rasa memang macam tu perasaan bila kat dalam space ship kot..
kiranya training awal la..
memasuki booth angkasawan ni..
mengimbau sejarah wa masa darjah 2..
wa disuruh menulis karangan omputih bertajuk my ambition..
wa masa tu yang sememangnya bodoh omputih..
mengambil kesempatan meminta bantuan ayahanda wa..
yang sememangnya hebat bahasa inggeris..
mana taknya..
dulu skolah mat salih..
bapak wa suh wa tulis..
my ambition is to be the first malaysian astronout..
wa pun x tau jadah ape astronout tu..

bila wa dah besar ni wa ada krisis identiti lak..
camne eja astronout ni..
betul ke wa eja..
nape lak akcik gugel kata astronaut..
ke memang orang melayu eja camni..
cita2 wa tu memang jauh..
masa darjah dua..
bermakna tahun 1993..
time tu fesbuk belum ada lagi..
myspace pun belum boleh digunakan di angkasa lepas..
komputer zaman tu memang untuk main prince of persia je..
paling power main moto gp..
faveret wa tu..
sebelum menang mesti wa willy..
tapi wa punya cita2 melampaui zaman..
mahathir pun belum tepikir nak anta budak melayu g angkasa lepas..
ini mimpi seorang bapa kepada anaknya..

zaman berlalu..
wa sering bertukar cita2..
hampir terlupa kepada mimpi ayahanda wa..
antara perubahan cita-cita wa..
mula2 wa nak jadik bomba..
posmen, pemain bola sepak profesional..
jadik perdana menteri..
langsung x terfikir jadik jurutera..
walaupun wa belajar engineering..
dan sedar2 syeikh muzafar dah jadik astronout tanah melayu yang pertama..

dan di booth tersebut ada satu kaunter yang mana awek2 orang tengah layan tetamu..
wa cuba mendekati awek2 tu..
wa tanya no telefon..
dia x layan..
wa mintak akaun fesbuk..
lagi diorang x layan..
dia kata di x reti nak tangkap gambar jelir-jelir lidah..
so xde akaun fesbuk..
wa kumpul tenaga..
straight to the point tanya pasal pemilihan menjadi angkasawan..
baru diorang nak layan..
lepas register semua..
wa jalan2 kat booth lain..

semangat wa untuk menjadi angkasawan semakin bertambah..
apatah lagi sehari sebelumnya wa mendapat motivasi dari menonton filem melayu indonesia..



penuh dengan semangat..
lepas berpeleseran..
g makan free di kenduri kawen sahabat wa..
balik rumah..
rilek2 sambil menanti aktiviti malam..
walaupun cadangan awal mahu menonton teater muzikal..
namun aktiviti diganti dengan menonton wayang chen zhen..
terbaik beb..
riviyu filem2 ni..
kalo rajen wa buat..
tinggal wallstreet je wa x tonton lagi..
sampai tempat tayangan..
wa tgk seat dah penuh..
tapi demi mengejar mimpi..
wa x kesah tengok wayang jam 12.30 malam..
walaupun keesokan paginya pemilihan angkasawan tu berlangsung seawal jam 6.30 pagi..

selesai menonton..
wa x mampu tido..
sempat wa main game henpon 40-50 minit sebelum cuba tidur..
henpon wa yang sememangnya mengejut wa jam 6.40 pagi wa stop kan je pagi tersebut..
kul 7.20 membe wa kejut..
"sempat lagi register ni..7.30 last kan?" tanya beliau..
setan kat telinga wa bisik tidur je..
sedang wa cuba menarik selimut babi..
terus wa teringat filem sang pemimpi dan mimpi ayahanda wa..
wa bingkas bangun..
cuci muka..
x gosok gigi..
terus tunggu dalam kete membe wa..
sedangkan dia pun belum siap lagi..

waktu kami tiba..
wa nampak ramai dah bersenam robik..
wa masih dalam keadaan mamai + bersemangat..
layankan je..
wa memang dah merancang menipu haritu...
demi menjadi angkasawan..
tidak semestinya cergas..
namun cerdas juga..
wa dah bajet nak memotong laluan larian..
owh terlupa pula memberitahu laluan menjadi angkasawan..
perlu berlari 3.5 kilometer sebelum 25 minit bagi lelaki dan 30 minit bagi wanita..
lepas tu ada la ujian kecerdasan..
kemudian temuduga..
semangat wa menjadi angkasawan masih berkobar2 sehingga hon di bunyikan..
bagi melepaskan peserta..
wa duduk di hadapan semua peserta..
wa memecut hampir 30 km/j..
baru sampai 100 meter pertama..


















wa dah pancit..
wa try je lari sampai 1.5 kilometer..
wa jumpa membe wa yang tadi memecut lebih laju dari wa..
dia menanti wa..
menyebabkan wa..
mengajak beliau menipu..
kami lepak dulu di tepi tasik sambil menikmati keindahan gadis2 berlari..
hingga mereka semua hilang dari pandangan..
kami potong laluan tersebut..
sehingga bertemu seorang pegawai bertugas..
dem..
kami dah kantoi..
namun pegawai tersebut rilek je sound..
nape korang x potong jalan sana tadi?
pergh..
wa silap langkah..
boleh kautim rupanya pegawai bertugas..

wa ngan membe wa jalan je..
buat rilek2..
hampir tiba di garisan penamat..
wa dengar sore2 suh wa lari..
tapi kerana keimanan wa..
memberitahu jika wa membuat larian..
wa seorang yang munafik..
wa buat bodoh je dari mendapat peluang secara haram..
mimpi wa..
terpaksa wa bunuh pagi tu..







peeslashass tanpa mimpi dan harapan orang macam kita boleh mati..

September 24, 2010

Ri Vi Yu


sebelum pengkaji2 illuminati menyerang filem MAGIKA..
wa akan meriview filem ni dulu..
lu tau tak MAGIKA dah kuar wayang..
smalam first day..
wa memang menyokong filem2 melayu..
kecuali filem2 prof..
sori prof bagi wa cite lu memang sampah..
wa tunggu cd cetak rompak je nak tengok cite lu..
cite2 david teoh plak..
bergantung kepada situasi..
ade duit lebih wa tengok..
dan selepas filem cicak man..
wa masih lagi boleh menyokong filem2 kru..
filem wa wajib tonton ialah filem afdlin..
walaupun my-spy mengecewakan wa..

sebelum wa cite..
lu usha dulu teaser ni..



secara officially cerita ini masih tidak meruntuhkan akidah sebagai orang islam..
walaupun tiada scene solat dalam filem ni..
dan dari pengkajian wa star of davids pun x muncul dalam filem ini..
apatah pak pandir yang memakai songkok hitam..
bukan kopiah putih seperti pope..
walaupun banyak tulisan jawi dalam filem ini..
namun jawinya masih betul dan tidak terbalik..
justeru elemen menghina al-Quran tidak wujud dalam filem ini..
tetapi terdapat beberapa babak yang perlu pengawasan ibu bapa..
seperti pokok yang boleh bercakap..
walaupun pada dasarnya kita boleh bercakap kepada pokok..
bagi meningkatkan kesuburan..
lagu-lagu yang dimuatkan dalam filem ini juga tiada unsur2..
lagu di dalam church..

oleh itu bagi mereka yang merasai filem malayu mempunyai harapan..
tontonlah filem magika..

kisahnya dimulai dengan watak si fimie yang hangin satu badan..
wa pun x tau nape..
gaduh ngan kakak dia si DD..
oleh kerana hangin tu si fimie ni pun blah dari umah wan dia..
biasalah konon2..
merajuk..
ngelak dari akak dia masuk dalam hutan..
lepas tu si kakak kena tiow ngan bapak lak sebab tak tau jaga adik..
suh kakak carik adik..
kat sini kita boleh nampak isu yang di bangkitkan ialah isu kekeluargaan yang pincang..
oleh kerana kematian seseorang yang di sayangi..
so jadik camnilah bila x didik anak betul2..
x ajar nak menerima kenyataan..
yang ajal maut tu di tangan Allah..
dan percaya kepada qada' dan qadar tu rukun iman ke 6..
dalam si adik ni nyorok dari akak dia..
dia pun yterjatuh dalam perigi yang membawa dia ke alam magika..
si akak yang terdengar jeritan adik pun cuba selamatkan adik dia..

di alam magika dia bertemu dengan watak2 cerita dongeng..
yang sering luorang dengar dari mak ayah luorang..
sebelum tidur..
anak2 sekarang payah sket nak dengar dari mak ayah..
mak ayah kan sibuk carik harta..
so dia dengar kat skolah la..
antara watak2 dongeng yang wujud dalam cite ni ialah..
anggota polis hang tuah lima bersaudara..
mahsuri yang langsung tak tahu berbahasa melayu..
si awang yang sibuk sangat nak bunuh si dayang (lembing awang pulang ke dayang)..
pak pandir dan mak andeh yang kurang lawaknya..
nenek kebayan yang hot..
puteri gunung ledang yang dah tua..
orang minyak yang menjadi usahawan minyak berjaya..
wartawan bawang putih dan bawang merah..
penunggu yang bertukar kepada naga..
dan tidak lupa badang yang poyo..


isu2 semasa yang cuba diketengahkan juga menarik..
namun lawak2 lucahnya juga bakal menyebabkan hanya mereka yang betul2 faham je tergelak..
tapi lawak nabil memang betul2 ketara..
ade sket kat teaser tu..
plot kucar kacir semamangnya trademark cite malayu..
paling kucar kacir cite epilog syurga cinta..
dalam filem plotnya masih tidak licin..
mungkin kerana sume watak2 dongeng dikumpulkan di awal cerita..
lebih menarik jika watak2 dongeng di kembangkan pada setiap journey si kakak menyelamatkan adiknya..
pemilihan pelakon begitu berkesan..
setiap watak memang berjaya mereka mainkan dengan baik..
walaupun pada mulanya wa berfikiran negatif kepada lakonan mawi..
namun beliau berjaya melakonkan wataknya dengan baik..
sekarang ni wa sedang menanti untuk menonton filem awek wa sorang ni..



ulasan wa, wa bagi 4 bintang untuk filem ni..
bagi mereka yang x suka cite2 muzikal..
xyah tonton filem ni..
lu dengar je orang cite..

peeslashass lepas ni nak tgk legend of chen zhen ngan wallstreet..

September 23, 2010

M E L A Y U

Orang Melayu Sebenar..









Bila Berkata Hujungnya Ee..







Contohnya GILEE..
APEE..
MANE..




Yang Lain Pikir Sendiri..





peeslashass sempoi benar entri harini..

September 21, 2010

MAAF

wa paling x suka pagi raya..
sebab kena mintak maaf..
betul beb..
mintak maaf ialah sesuatu yang sangat sukar dilaksanakan wa..
waktu wa mintak maaf wa akan terbayang2 salah wa kat orang tu..
apa yang wa ada buat..
ni kira untung sebab yang wa akan ingat ialah apa yang zahir..
tapi..
yang wa dah terguris dengan kata2 wa tanpa wa sedar macam mana plak..

sebab tu la wa x suka nak mintak maaf..




yang kat atas tu wa masa zaman rebel..
wa memang banyak buat salah..
zaman mana wa sentiasa salahkan orang..
apa yang mak bapak wa cakap semuanya salah..
wa yang betul..

sebab tu la wa x suka mintak maaf..



tapi bila wa pikir balik..
sampai bila wa nak salahkan semua orang..
nape bukan wa yang salah..
nape bukan wa yang ubah..


wa tersedar lepas satu ketika..
wa mintak maaf kat bapak wa..
bapak wa ada tegur gak..
tahun ni wa banyak sangat lawan cakap dia..
wa sedih sangat time tu..
tapi adakah kesalahan wa tertebus dengan menitiskan air mata..


kalo setiap salah boleh terhapus dengan air mata..
wa nak menangis setiap hari..



peeslashass nape wa x dapat bayangkan silap wa pada Allah masa wa solat..