Jun 11, 2010

Dal Ya Lam Wau Ga (5)

R: Dengan jalan manakah yang dapat menolak tipudayamu?

I: Jika seseorang berbuat dosa, maka ia segera sedar dan bertaubat kepada Allah SWT dan menangis serta menyesal dia atas perbuatannya serta apabila dia marah, dengan segera dia berwudhu', nescaya padamlah kemarahannya. Barangsiapa yang membaca doa ini setiap kali solat Jumaat sebanyak 5 kali, maka dosanya akan diampunkan Tuhan kerana dia telah bertaubat, inilah doanya

-Illahilastu lilfirdausi Ahla
-Wala Aqua A'la Narril Jahimm
-Fahabli Taubatan Waghfir Zunubi
-Fainnaka Ghoo Firruzambil A'zim

R: Hai Iblis! Siapakah yang benar-benar menjadi kegemaranmu?

I: Iaitu apabila lelaki dan perempuan tidak mencukur atau mencabut atau menggunting bulu ari-arinya selama 40 hari, maka hamba akan tinggal mengecilkan diri seperti pepijat bersarang disitu, begitu juga, (menjadi) tempat hamba bergantung dan berbuai pada bulu ketiak orang yang tidak mencukurnya atau mencabutnya..

R: Hai Iblis! Siapakah saudaramu?

I: Iaitu orang yang tidur meniarap atau tidur nynyak di waktu subuh, maka dia masih tidur dan tidak segera solat Subuh, maka dia masih tidur dan tidak segera solat subuh, maka hamba akan mengulitnya sehingga terbit matahari dan begitu juga pada waktu zohor,asar dan maghrib, hamba (akan) beratkan hatinya (sehingga) menjadi malas mengerjakan solat.

peeslashass Lu dah cukur belum apa yang patut, jangan lupa baca doa tu hari ni..

Jun 10, 2010

S R B I J A and M E X I C A N O

lama dah wa x mengentrikan diri pasal bola ni..
sebab semua orang nak demam world cup..
maka wa pun akan mendemamkan diri wa ngan bola jugak la..
bak kata ustaz mad zin..
bola..bola gak..
tapi solat jangan tinggal..

memandangkan waktu perlawanan adalah jam 10 malam dan 2.30 pagi..
maka tiadalah halangan untuk kalian melakukan solat yang wajib..
sebab game pun lepas isya'..
bagi mereka yang ingin bangun pagi tu..
wa cadangkan lu qiamulail dulu..
baru tengok bola..
baru lah team yang lu sokong tu menang..
haha..

wa tengok ramai dah select team diorang..
dan harini wa akan mendeclarekan..
wa menyokong mana..
team yang wa sokong selama wa menonton world cup ni selalunya akan pulang awal..
maknanya..
wa x perlulah nak tunggu sampai final..
x ralat la kalo wa x pat tgk final sebab kedai mapley penuh..
dah tu hari hujan plak..
so bolehla wa tidur nyenyak pada hari final..

team pertama yang wa akan sokong ialah serbia..
nape wa sokong diorang..
sebab ni..



amacam set pice??

team berikutnya ialah team mexico..
wa dah sokong team ni masa world cup yang lepas..
dan wa berpuas hati sebab sampai knock out stage..


ready steady go!!

peeslashass wa akan update setiap game diorang..insyaAllah


Jun 04, 2010

W I S H L I S T

arini ari jumaat..
tadi masa solat jumaat..
khatib bapak x semangat baca khutbah..
wa cadangkan imam2 muda perlulah bersemangat waja..
walaupun kau bercerita tentang IKHLAS..
cuba berkhutbah dengan semangat..
so xde la orang2 yang lemah iman macam wa ni tido..

ni wa kasik tambah lagi wishlist wa

1.record lagu sendiri.. (x kesah le demo ke ep ke..wa mengharap bantuan rakan2 band..paling kurang 1 lagu)
2.perform kat mana2 gig..(sebab skarang zaman kapitalis kena p2p..wa nak buat gig kat dalam kedai jamming je..)
3.busking
4.menuju ke perlis dari johor dan patah balik ke johor dalam masa sehari..
5.buat satu je trick men skateboard..(wa penah belajar dulu..tapi ollie pun x lepas)
6.belajar buat softdoll..(cik terompah wink..wink)
7.berada di 3 tempat dalam satu masa..
8.mendaki gunung..
9.memancing di lautan..(wa x penah memancing)
10.tamatkan menonton Godfather..(semua sekali termasuk the Don)
11.anta baju2 x pakai wa yang masih elok ke rumah anak yatim..
12.menaikkan layang-layang..(benda yang wa tak pernah berjaya lakukan masa kecik2)
13.menjahit pakai mesin jahit..(paling kurang pun sarung bantal)
14.snorkeling bukan snookering..
15.derma darah..(bapak wa banyak kali..adik-adik wa pun dah 2,3 kali..wa sekali pun x penah)
*16.ice skating..
*17.buat 1000 origami bentuk angsa..(YNWA)
*18.buat kapal terbang banyak2, lepastu terbangkan dari atas bangunan..
**19.belajar bermain gambus
**20.membuat teleskop macam cite jiwang tu..
**21.menaiki keretapi mengelilingi tanah melayu..
**22.wallclimbing..
**23.menjadi wingmen yang paling stailo..
**24.tukar minyak itam kereta sendiri..
**25.set-up small bisnes..

peeslashass wa dah tengok Godfather Part I ngan Part II tinggal satu part lagi ngan The Don

Jun 03, 2010

sume sibuk cite pasal keganasan Zionis..
wa tak paham la..
nape skarang lu baru nak sibuk pasal Yahudi ni..
kat dalam al-Quran tu dah lama cite pasal mangkuk-mangkuk tu..

Allah dah warning lama dah..
tapi luorang sibuk lagi cari kemewahan dunia..
sama gak la ngan wa..
dok tekejar tu terkejar ni..

wa bukak fesbuk..
wa tgk update kawan2 wa..
semua support group2 anti yahudi ni..
sekejap je dah bersepah yang join group2 ni..
lepas tu diorang buat ape ngan group2 tu selepas beberapa bulan..
wa malas nak bual pasal group tu..
tokey kat australia pun dah cite..
baik lu join group2 yang dia nak bukak tu..
hahaha..
kadang2 wa pelik gak..
nape group yang memang dah lama menentang benda ni..
x ramai plak nak ikut eh..
wa cabar lu join group hizbut tahrir malaysia..
mereka ni geng2 yang nak menghidupkan semula zaman Khilafah..
dan wa rasa merekalah yang paling kewl sekarang ni..

bagi wa satu cara je nak kembalikan kegemilangan Islam..
perpaduan..
dan x silap wa..
wa dah penah cite dah..
malas nak carik..
lu carik sendiri..

peeslashass tren rambut zaman sekarang ialah rambut baykem..

Jun 01, 2010

Dal Ya Lam Wau Ga (4)

R: Apa pula rahsia engkau terhadap umatku?

I: Jika seorang muslim ingin membuang air besar (ke tandas), jika tidak membaca doa kepada Allah memohon perlindungan dari syaitan, nescaya hamba lumurkan najis itu ke tubuhnya tanpa disedari.

R: Hai Iblis! Jika umatku berjimak dengan isterinya bagaimanakah keadaan engkau?

I: Jika seseorang hendak berjimak dengan isterinya dan jika dia membaca. Bismillahillahuma Janibna Syaitana Wa Jannabi Syaitana Marazaktana (Dengan Nama Allah, Ya Tuhan kami, jauhilah syaitan dari kami dan jauhkanlah syaitan itu daripada yang Engkau kurniakan nikmat kepada kami)

Maka larilah hamba daripadanya. Dan jika dia tidak membacakan doa tersebut, maka hamba terlebih dahulu berjimak dengan isterinya dan jika menjadi anak, maka anak itu menggemari pekerjaan maksiat serta malas berbuat baik atas jalan kebajikan dengan sebab kelalaian ibubapanya.

Begitulah juga sekiranya mereka makan dan minum jika tidak membaca Bismillahirrahmanirrahim maka hambalah yang mendahului makan dan minum daripadanya, maka makanlah ia sedangkan tiada kenyang.

peeslashass teringat wa masa sekolah dulu kene tasmiq ngan otai2 doa melancap..S E N G A L