Mei 11, 2009

s e m p u r n a

akhirnya sempurna..
ayat last lagu metera beradu..
sempurna ni lebih kurang tamat la..
lagi 2 game utk liverpool sempurnakan season ni..
walaupun x menang..
wa sentiasa sokong liverpool..

YOU'LL NEVER WALK ALONE

sesempurna cerita merah putih..
penghujung yang menarik..
merah adalah putih dan putih adalah merah..
kombinasi yang sempurna..
merah dan putih..
apa yang perlu dibincangkan lagi..
semua telah terkupas dalam slot lagenda kali ini..



peeslashass wa xde idea la memalam ni


Mei 08, 2009

f u t u r e

wa amek ni kat blog awek cun dari johor..
check out her blog..

Seseorang yang mengaku asal dari tahun 2036 datang ke tahun 2000 untuk memposting di forum internet, mengaku sebagai tentera Amerika di tahun 2036 membawa misi kembali ke tahun 1975 untuk mengambil komputer portable pertama di dunia iaitu IBM 5100, dan singgah di tahun 2000-2001 untuk melihat keluarganya. Pro dan kontra wujudnya terhadap orang ini di forum menjadi topik hangat masa itu, kerana dia dapat membuktikan perkara-perkara yang akan terjadi di masa hadapan, dia juga melampirkan gambar mesin masanya, cara kerjanya, dan juga menyebarkan formula ringkas mesin waktu tersebut di forumnya.

Beberapa orang di forum mulai menerjah John Titor dengan bermacam pertanyaan, kesimpulan yang di dapat bahawa John Titor adalah orang yang pintar dan mempunya ilmu pengetahuan sains yang mendalam, walaupun John hanya mengaku pakar dalam sejarah dan bukannya dalam bidang komputer ataupun sains.

Siapa John Titor ? Dia mengaku lahir tahun 1998 di Florida, dia menjalankan tugas dari tahun 2036 untuk kembali ke tahun 1975 untuk mengambil PC IBM 5100, yang menurutnya hanya pc itu terdapat bahasa unik yang dapat menterjemahkan bahasa unik. Menurutnya, teknologi di pc itu hanya segelintir orang Ibm saja yang tahu dan teknologi itu tidak lagi di pasang pada pc generasi selanjutnya sehinggalah 2036. Menurutnya lagi, semua sistem unik akan menghadapi "time error" di tahun 2036, oleh sebab itu IBM 5100 sangat penting.

Hal ini di akui oleh pihak IBM , dan mereka terkejut, kerana hanya 5 orang sahaja yang mengetahui hal itu, dan itu pun terjadi pada tahun 1975.

Konsep mesin waktu, John mengaku mesin waktu yang dipakainya adalah C204 yang dapat memuatkan seramai 3 orang dan mesin ini dimiliki oleh tentera Amerika di tahun 2036, dan mesin waktu bukannya sesuatu yang aneh di masa akan datang. Ada lagi yang lebih besar iaitu C206 yang di buat oleh GE (General Electric) yang bpleh memuatkan sehingga 7 orang. Mesin ini hanya mampu membawa mereka maksium 60tahun ke masa silam dengan kelajuan 10 tahun per jam.

Teori mesin waktu menurut John Titor,

  1. Apapun yang saya lakukan dengan pergi ke masa silam tidak akan merubah masa depan saya, kerana kita hidup di dimensi yang berbeza. Jadi menurut dia bahawa masa depan adalah keputusan. Apa pun keputusan yang dibuat, di masa depan sudah ada jawapannya.
  2. Mesin waktu sangat berat, panjang seperti kotak amunisi dengan berat mencapai 500kg, dia meletakan alat itu di dalam kenderaan dengan suspensi yang kuat, dan jika dihidupkan akan terbentu suatu lubang hitam kecil yang sama dengan kuih donut dan masa itu lah semua akan terhisap kedalam lubang hitam itu termasuk kenderaannya menuju ketempat tujuan. Dalam proses perjalanan keadaannya sangat panas, sukar untuk bernafas, dan jika dalam perjalanan anda nanti ada benda atau tembok yang menghalang kehadiran anda di titik yang sama maka secara automatiknya mesin waktu akan tertpadam. Jadi anda tidak berpindah dari 1 titik ke titik yang lain, tetapi akan pindahkan ke dimensi yang lain.
  3. Hukum fizik Kuantum Everett-Wheeler adalah teori yang betul untuk mesin waktu, model ini juga boleh disebut “Many-Worlds Interpretation” atau dengan kata lain banyak hasil kemungkinan yang akan terjadi di masa depan berdasarkan keputusan masa ini, contoh nya, jika saya kembali ke tahun 1975 untuk membunuh datuk saya, lalu saya kembali ke tahun2036, saya tetap wujud, begitupun orang tua saya. Tetapi di dimensi tahun 1975 dan masa depan saya dan orangtua saya tidak wujud. Ini lah yang disebut many worlds interpretation.

PREDIKSI

John tidak pernah memberikan prediksi untuk memberikan tips, atau untuk memperkayakan diri

John tidak pernah memberikan prediksi kepada orang untuk menghindari kematian, kecelakaan ataupun tragedi.

John tidak pernah menunjuk/menyebutkan nama lengkap seseorang yang akan berpengaruh nanti di masa depan.

John dalam posting nya tidak pernah memberi prediksi secara langsung, hasil prediksi berikut merupakan rangkuman dari apa yang telah menjadi bahan perbincangan John selama 5 bulan dari november 2000 - march 2001.

  1. John hanya menyebutkan pakar Tipler dan Kerr ,ilmuwan yang akan berpengaruh dengan mesin waktu. Nama kedua orang ini diperiksa akan kebenarannya dan ternyata mereka memang wujud pada masa ini dan mereka adalah profesor dalam fizik.
  2. Konsep asas mesin waktu akan di kemukakan oleh CERN pada tahun 2001, kenyataanya di tahun 2000-2001 belum banyak yang tahu tentang organisasi CERN, dan ternyata benar pada tahun 2001, CERN menyatakan menemukan konsep lubang hitam, dimana akan menjadi asas mesin waktu.
  3. John Titor memberikan perincian mesin waktu yang dia pakai kepada kita, iaitu "Magnetic housing units for dual microsignularities, Electron injection manifold to alter mass and gravity of microsingularities, Cooling and x-ray venting system, Gravity sensors (VGL system), Main clocks (4 cesium units), Main computer units (3)". Para ilmuwan sekarang menyatakan dengan mesin dan cara operasi yang disampaikan John berkemungkinan untuk melakukan pengembaraan waktu.
  4. Prediksi cepat John tentang Amerika bahawa, mulai tahun 2004 USA akan mula terjadi perang saudara, dimana antara tahun 2004-2008 terjadi demontrasi dan pergolakan di dalam USA, tahun 2008-2015 puncak dari perang saudara itu.
  5. Perang dunia 3 akan dimulai tahun 2015, dia menyatakan Rusia akan menyerang amerika dengan nuklier pada tahun 2015, automatiknya perang saudara di Amerika berhenti dan mereka bersatu melawan Russia dan Amerika akan terbentuk menjadi 5 negara bahagian dengan presiden setiap bagian masing-masing dan ibukota akan berpindah ke Nebraska. Menurut dia kota-kota besar di Amerika akan hancur. Begitu juga di eropah, Cina, timur tengah. Negara-negara yang tidak terlibat dalam perang dunia ke 3 adalah Amerika Selatan dan Australia, New Zealand. Perang ini akan menghilangkan 3 juta populasi dunia.
  6. Penyakit lembu gila akan tersebar dan semakin parah pada tahun 2036, kerana penyakit ini dapat berdiam dalam tubuh manusia selama 30tahun lebih dan mula beraksi ketika kita menjelang tua, penyakit AIDS belum ada ubatnya, penyakit kanser sudah boleh diatasi dengan menggunakan virus melawan kanser itu sendiri (teori kanser ini sudah terbukti di zaman kita).
  7. Makanan dan air bersih sangat sukar di dapati akibat radiasi nuklier, di tahun 2036 setiap orang akan berhati-hati dengan makanan atau minuman yang akan di konsumsinya, John menyatakan dia sangat ketakutan di tahun 2000-2001 dimana melihat orang dapat memesan makanan sesuka hati seperti di fastfood tanpa memeriksa tahap kesihatan makanan tersebut.
  8. Dimasa depan kehidupan bertani akan kembali, religi akan menjadi sangat kuat, banyak orang yang menyesali Perang Dunia ke-3 hanya kerana permainan politik.
  9. John pernah menyatakan di New York akan ada bangunan pencakar langit yang akan hilang dalam masa terdekat (9/11) dan tidak ditemui Senjata pemusnah massal di timur tengah (irak) tetap membuat politik Amerika untuk berperang.
  10. Perkembangan IT sangat berkembang, dia menyatakan bahawa bakal ramai orang akan membuat video mereka sendiri dan di upload ke internet (youtube) lalu sistem internet nanti akan beroperasi dengan hanya menggunakan alat kecil dan tenaga matahari dapat memancarkan isyarat sejauh 60 batu (wi-max)
  11. Di tahun 2036 tenaga hydrogen dan solar berperanan penting dan lebih efisien.
  12. Anda-anda sekarang baru sahaja melalui bencana yang menakutkan, cuba anda fikirkan kembali apa yg ditakuti 1- 1.5 tahun yang lalu (tahun 1999), menurut John di forum yang di maksudkan adalah y2k, mereka menyatakan bahwa John telah kembali ke tahun 1975 untuk memberitahu para imuwan tentang y2k.
  13. Menurut John, kehidupan sosial masyarakat sekarang adalah sangat parah, kerana kita semua sangat malas, egois, bersendirian, acuh untuk bersosial seperti biri-biri dan banyak orang yang menghabiskan waktu untuk hal-hal yang tak berguna. Cubalah untuk bangun dan melihat keadaan disekeliling kita, keadaan alam makin rosak, bumi ini lagilah teruk.
  14. Di tahun 2036 tidak ada organisasi kesihatan yang akan melindungi anda jadi jika anda sakit parah, siap-siap gali lubang kubur sendiri. (kalau masa ini ada jaminan kesihatan untuk seluruh penduduk sejagat)
  15. Suhu di dunia akan menjadi lebih sejuk.
  16. Saya tahu tentang prediksi bangsa maya tentang tahun 2012, memang sesuatu hal yang unik akan terjadi, kira-kira seperti cerita tentang laut merah dan orang mesir. tapi itu tidak membuat dunia ini kiamat.
  17. Yahoo and microsoft tidak lagi wujud di tahun 2036.
  18. Marikh dan UFO. Sehingga tahun 2036 masih tidak menemukan apa-apa di Marikh, begitu juga ufo, masih menjadi misteri, walaupun para ilmuwan di tahun 2036 pernah menyatakan bahwa ufo/alien juga adalah pengembara waktu dari masa depan dan alien adalah bangsa manusia yang telah berevolusi akibat perubahan alam/radiasi/perang, mereka para alien memiliki struktur tubuh dan organ-organ dalaman yang sama dengan manusia.

Posting terakhir dari John Titor adalah pada 21 march 2001 mengatakan selamat tinggal, dan dia kembali ke tahun 2036.

John Titor pernah meminta ayahnya untuk merakam proses mesin masa sewaktu dia aktifkan untuk kembali ke tahun 2036 dan di upload ke internet melalui pengacara keluarganya Larry Harber, tapi entah kenapa rakaman video itu tidak jadi di upload, ada yang berkata rakaman itu telah di ambil oleh pihak Intelijen Amerika.


Ketika john kembali ke 2036, tadak lama kemudian keluarga Titor pindah ke Nebraska, seminggu sesudahnya terjadi ribut taufan ganas melanda Florida dan menghancurkan tempat tinggal Titor di Florida.

Ketika ini keluarga Titor dirahasiakan, dan bagi orang awam yang ingin melakukan hubungan dengan keluarganya dapat melalui pengacaranya Larry Harber.

Beberapa hal di sarankan John kepada kita,

  • Jangan makan atau menggunakan produk dari binatang yang di beri makan atau makan bangkai sesamanya.
  • Jangan bercium atau berhubungan intim dengan orang yang anda tidak kenal.
  • Belajarlah asas menapis dan penjernihan air
  • Biasakan dengan menggunakan senjata api, belajar menembak dan membersihkan senjata api.
  • Selalu sediakan kotak p3k dan belajarlah untuk menggunakannya
  • Cari lah 5 orang kawan yang anda percayai dalam lingkungan 100 batu dan selalulah berhubungan.
  • Ambilah salinan Undang-undang US dan baca lah
  • Kurangkan makan
  • Carilah basikal dan berbasikallah sejauh 10 batu setiap minggu
  • Fikirkanlah apa yang mesti kamu bawa jika kamu mesti meninggalkan rumah dalam waktu 10 menit dan tak akan kembali lagi.

a f i q

siapa afiq??
mohd afiq bin muyup..
mudah nama beliau..
wa kenal mamat ni masa form 1..
mamat ni satu kelas ngan wa..
beliau adalah seorang lelaki yang gagah pada dasarnya..
x penah pun sekali beliau meraba bontot rakan2nya..
walaupun rakan2nya sedang tidur..
rupa parasnya sedikit hensem dari hritik roshan..

wa x simpan gamba beliau tapi gamba ni paling hampir rupa dia cuma tambah tona gelap lebih sedikit..

ramai budak kata afiq ni anak mak..
sebab dia anak tunggal..
wa ingat dulu umah die kat jelebu..
tapi penah gak wa dengar dia duk pilah..
wa konpius gak sebenarnya mamat ni duk mana..
yang penting ayahandanya..
en muyup bekerja di wisma persekutuan..
masih membawa iswara aeroback merah plat LA ****..
afiq ni agak special kerana..
kemana sahaja dia belajar..
pasti bundanya berada disitu..
jika dahulu..
ketika berada di SMKA SHAMS..
bundanya menetap di sekitar TEMIANG..

kemudian apabila melanjutkan pelajaran di MATRIKS KUALA PILAH..
wa dengar mak dia pun duk pilah..
setiap minggu mak dia akan datang untuk mencuci pakaian anaknya..
kehadirannya setiap hari sabtu dan ahad..
sungguh untung beliau mendapat bunda sebegitu..
afiq seorang yang bijak..
beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke UTEM di melaka..
wa dengar mak dia pun berhijrah ke sana..
memang sempoila mak dia..
GEMOK penah jupe afiq muyup satu ketika sebelum aku jumpa afiq di alumni matrikulasi..
gemok cakap afiq dah berubah..
gemok masih lagi paw afiq kerana bajet afiq boleh diperkotak-katikkan..
ayat yang masih terngiang di telinga gemok ialah
"woi ni afiq yang baru la"
gemok hampa xpat paw afiq muyup..
kali terakhir wa jumpe afiq ialah majlis alumni di kuala pilah..
wa saja je layan kepala mamat ni..
nak tgk betul ke kata gemok..
memang..
afiq dah berubah..
dah macam tanggang aku tgk..
slambe2 je die sound mak die kat henpon..
mentang2 dah pakai kancil merah lowed..
afiq dah ade awek..
siap nak pakai baju sesama lagi masa majlis tu..
lu memang makin ganas la fiq..
wa pun xde awek lagi..
yang penting wa lagi power dari gemok..
sebab wa berjaya paw afiq muyup..
haha..
mok lu kene blaja psycho ngan wa..

ada gak wa dengar cita..
mak afiq amek anak angkat..
sebab tu lah afiq jadik REBEL..
dah x jadik anak kesayangan..
hahahaha..
ilex la afiq..
lu dah 24 tahun kot..

afiq dikhuatiri bergaul dengan budak2 ni

bersempena hari ibu ni..
wa nak wish selamat hari ibu untuk bonda terchenta..
PN ZAINON BTE ISMAIL..
dan sume ibu di dunia..
dan kepada adik wa yang bakal menjadi ibu..
x kesahla sape yang rasa dia ibu pun ni ucapan untuk lu..
terima kasih untuk kasih sayang yang dicurahkan..
wa bukan daun keladi..





peeslashass dalam kete afiq muyup ada kaset anti-flag



Mei 07, 2009

p o l i s

wa baru je baca buku yang wa beli tu..
baru 5 muka surat..
tapi wa paham sikit2..
siapa polis sebenarnya..
apakah tugas polis..
polis = pengawas kat sekolah..
dulu kat skolah teknik..
ramai yang panggil pengawas ni anjing..
wa ingat gak..
ada gak budak2 yang panggil polis ni anjing..

macam2 gelaran yang diberikan kepada polis ni..
bond..
otek..
ada lagi tak..
wa x ingat..
kalau pengawas plak..
lebih mudah di gelar barua..
barua cikgu..
betul ke semua ini..



dalam buku yang wa baca tugas polis ialah..
menjaga keamanan rakyat..
sepatutnya polis lebih dekat ngan rakyat..
sebab perlu mendengar rintihan rakyat..
polis ni macam pengantara rakyat ngan pemimpin..
ibarat kat skolah..
pengawas pengantara murid ngan guru..
tapi..
bila pengawas atau polis lebih mendengar kata orang atasan..
maka..
tugas polis akan dipandang enteng..
maka keluarlah..
kata2 kutukan dari budak2 punk..
yang sememangnya menentang..

jika polis lebih mesra dengan rakyat pulak..
apa yang akan berlaku..
jenayah makin bertambah la..
macam lu la ada bapak polis..
pastu lu langgar traficlight..
mesti bapak lu tolong pye..

so polis perlulah ada margin..
x menyokong mana2 pihak..
supaya orang datang nak bagi maklumat jenayah..
pun x goyang nak bagi maklumat..

Mei 06, 2009

s e p i

seminggu wa sepi tanpa entri..
ini akibat memuat turun bahan2 yang tidak sepatutnya di pc ini..
mmg asal wa muat turun je..
berlakulah bende ni..
system 32 ilang..
pejadah la benda tu..
penyokong setia SETAN MERAH pinjam cd BEDZ..
yang wa gunakan untuk format pc adik wa ni..
pc wa terkulai layu..
malas betul nak format..



seminggu wa duk umah memikirkan masa depan..
semalam wa dapat projek baik..
tapi PNC lagi..
ZACK x kasik aku bitau..
kalo x jadik baru boleh cite..
tapi semangat wa campur semangat ZACK..
rasanya mampu merealisasikan impian kami..





peeslashass pasni wa nak wat liga futsal.. ada brani??