September 30, 2014

Kaya Bahagia

Lu tau ikan ni kat tempat gua mahal harganya.

Kalau lu bawak lagi banyak jual kat tempat gua lu dah beli bot besar.

Lepas tu lu bawak lgi banyak eksport ke tempat lain.

Upah orang lain tangkap ikan ntuk lu.

Lepas tu bolehlah bahagiakan anak bini lu.

Gua nak bawak balik dua ekor ikan ni nak bahagiakan anak bini gua la ni.

Ogos 06, 2014

Lari

Apa kerja lu?

Kerja gua HIDUP.

Ye lah, maksud gua apa lu buat dari 8 pagi sampai 6 petang?

Gua cuma laksanakan KEHIDUPAN gua.

Dah tu, macam mana lu cari makan untuk lu terus hidup?

Cari makan macam anjing dan kucing cari makan.

Lu cari dari tong sampah?

Kalau boleh makan apa salahnya. Dulu heboh cerita budak punk Seremban makan sampah. Lu tau dia makan sampah apa. KFC


peeslashass keluar dari ass ai ass tee e em

Mac 25, 2013

Kehidupan Bola

Ada STIKER



Ada DEFENDER



peeslashass striker selalu skor tapi jarang ingat bagaimana jaringannya, manakala defen jarang skor tapi bila skor ingat sampai mati

Mac 07, 2013

Rindu

Gua rindu menulis. Sekarang ni gua menulis lebih kurang gaya gua ni guna email kampeni. Tulisan gua langsung tak formal untuk rakan-rakan sejawatan gua. Bila email ke orang atasan, gua guna tulisan mudah. "Please find the attachement". Jenis taknak mengarut bila start menaip.

Dan kini rindu gua menulis kat blog gua dah terubat.

peeslashass ghindu gua yang dulu

November 09, 2012

Bahasa Jiwa Bangsa



Megorbankan kereta untuk tujuan seni. Jarang-jarang gua dengar kat tanah Melayu buat macam tu. Isu harga kereta jadi bahan mainan politik. Tapi gua bukan nak cerita pasal kereta ataupun seni. Gambar di atas hanyalah hiasan semata-mata.

Gua sebenarnya kini berada di tanah orang. Bukan tanahair gua sendiri. Bermaksud gua tidaklah semudah-mudahnya berkomunikasi dalam bahasa tanahair gua sendiri. Maka gua pun berkomunikasi dengan bahasa kononnya bahasa antarabangsa.

Bahasa ni sememangnya menjadi bahan debat antara parti-parti politik di tanahair gua. Tempat yang gua datang ni sangat terkenal dengan mereka yang hebat berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa. Banyak syarikat-syarikat antarabangsa menubuhkan syarikat bantuan berasaskan telefon di sini. Sebutannya mudah difahami. Namun tidak semua yang mampu berkomunikasi dengan baik.

Ada sesetengahnya langsung tidak tahu apa yang disebutkan. Pernah sekali sedang gua asyik merakam gambar, datang seorang mamat cuba berbicara dengan gua. Dia berkomunikasi dengan penuh komfiden dan gua pula sepatah haram tak faham apa yang dibicarakan.

Lain pula ceritanya di tempat gua bekerja, semua mata-mata disini sering memerhati gerak-geri gua. Gaya potongan rambut gua menjadi bahan bualan. Mereka lebih seronok untuk bersembang dengan gua dari mamat-mamat dan minah berwajah putih yang sememangnya pada tanggapan kita bijak berbahasa antarabangsa. Gua rasa agak seronok bila semua orang disini sangat ramah dan ingin berkenalan dengan gua. Gua pelik kenapa bila gua di tanah gua sendiri, orang-orang sebangsa gua (bangsa Malaysia) sungguh berat mulut untuk bersapa.

Bukankah kesangsian akan terhapus bila bersapa. Dan apa yang gua belajar dari mereka yang digelar 'working class heroes' ni mereka tersangat ingin belajar bahasa antarabangsa. Namun peluang-peluang mereka dihapus oleh golongan yang kononnya golongan atasan yang mampu berbicara bahasa antarabangsa.

Dan gua bersyukur, kerana pendidikan yang guru-guru gua sampaikan dahulu mampu gua gunakan untuk hari ini. Walaupun bahasa gua tidaklah begitu baik, namun sehari seminggu berbahasa antarabangsa membuatkan gua berani berkomunikasi disini.

peeslashass "orang-orang macam ni yang buat negara gua mundur" kata seorang 'working class hero'.